Tuesday, December 29, 2009

MeAnS....

bismillahirrahmanirrahim....



.......


halus-halus kecaian
ku kutip
sambung
namun, harus bagaimana aku
bila pedihya makin terasa
saat ku ingin mengorak ketawa....



.......


pegang aku
jangan lepaskan
kerana aku mungkin tenggelam....



.......



Wahai Tuhanku, kerana limpahan nikmatMU, Kau berikan kebahagiaan meliputiku..
namun kerana kebahagiaan itu, aku jadi lupa padaMU
ampunilah dosaku ya Allah,
kerana tidaklah kebahagiaan itu melainkan dusta semata buatku
bukan kerana kebahagiaan itu bukan dariMU
namun kerana kebodohan itu padaku..
maka ampunilah dosaku ya Allah....




amin ya Rabbal alamin..



**words that cannot be said stream down my face..

Wednesday, December 23, 2009

padanya sebaik-baik..

bismillahirrahmanirrahim

dengan namaMU yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

tetapkanlah hati kami pada agama kami
teguhkanlah ketaatan kami
tsabitkanlah kami dalam perjuangan ini

demi saudara-saudara kami
demi agama kami
demi tuhan kami
dan tiadalah yang disembah kami melainkan Engkau ya Allah..

amin ya Rab





Sabda Rasulullah s.a.w. ketika menggali Parit Khandaq; “..Constantinople (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera……”

(Hadis riwayat Imam Ahmad)

maka 800 tahun kemudian, constantinople (istanbul) jatuh ke tangan Islam oleh raja sebaik-baik raja, tenteranya sebaik-baik tentera.

Siapakah dia sebaik-baik raja tersebut? bagaimanakah sebaik-baik tentera yang dikatakan itu?

Beliau adalah Sultan Muhammad al-Fatih yang sentiasa tenang, pendiam, berani, sabar, tegas dan kuat menyimpan rahsia pemerintahan.

Bagaimanapula dengan Salehuddin al-Ayubi yang telah mengembalikan al-Aqsa kepada umat Islam suatu ketika dahulu. Yang telah bersumpah pada dirinya tidak akan tersenyum selagi al-Aqsa tidak menjadi milik ISLAM.

Melihat keadaan umat Islam kini,melihat negara-negara Islam kini, melihat jatuhnya al-Aqsa ke cengkaman israel, kita tertanya-tanya, kita menjadi ternanti-nanti bila kan muncul nya al-Fateh 2, Salehhuddin al-Ayubi seterusnya.

Hakikatnya kita lupa, perjuangan bukan hanya pada al-Fateh dan Salehuddin semata, mereka berjuang bersama tentera mereka. Lalu dimana tentera sebaik-baik tentera kini untuk kita mengharap raja sebaik-baik raja muncul datang memimpin? kitakah? mampukah kita membentuk tentera sebaik tentera. Atau adakah kita terlalu taksub menunggu kemunculan al-Fateh dan Salehuddin semata sehingga kita lupa pada tanggungjawab pada pundak bahu kita?

SEBAIK-BAIK RAJA DAN SEBAIK-BAIK TENTERA

Pada kali pertama solat Jumaat hendak didirikan, timbul pertanyaan siapa yang layak menjadi imam. Baginda memerintahkan kesemua tenteranya termasuk dirinya bangun lantas bertanya, “Siapa di antara kita sejak baligh hingga sekarang pernah meninggalkan solat fardhu walau sekali sila duduk!”. Tiada seorang pun yang duduk, kerana tidak seorang pun di antara mereka pernah meninggalkan solat fardhu.

Baginda bertanya lagi, “Siapa di antara kita yang sejak baligh hingga kini pernah meninggalkan solat fardu berjemaah sila duduk!”. Sebahagian daripada tenteranya duduk.

Baginda bertanya lagi, “Siapa di antara kita yang sejak baligh hingga kini pernah meninggalkan solat sunat rawatib sila duduk!”. Sebahagian lagi daripada tenteranya duduk.

Kemudian Baginda bertanya lagi, “Siapa di antara kamu sejak baligh hingga ke saat ini pernah meninggalkan solat tahajjud walaupun satu malam, sila duduk!”. Kali ini semuanya duduk, kecuali Sultan Muhammad Al-Fatih sendiri. Baginda tidak pernah meninggalkan solat fardhu, Solat Sunat Rawatib dan Solat Tahajjud sejak baligh . Inilah dia anak didikan Syeikh Shamsuddin Al Wali. Bagindalah sebaik-baik raja yang telah diisyaratkan oleh Rasulullah saw di dalam Hadisnya itu.


**pada soalan ke berapakah kita sudah terduduk?

Maka apabila telah wujudnya tentera sebaik tentera, barulah akan lahir raja sebaik raja. Andai bukan generasi ini yang sanggup menjadi tenteranya, Allah berkuasa menggantikan generasi ini dengan generasi yang lebih baik kerana Islam itu tetap akan tertegak walau tanpa generasi ini...

lalu ayuh sahabat-sahabat
muhasabah diri,islah peribadi. usaha yang dipandang Allah,bukan hasilnya.
generasi yang baik bermula dari asal-usul yang baik
kalau bukan kita, mungkin anak, cucu, cicit ataupun selepasnya
rantai-rantai perjuangan itu, biar kita yang menyambungnya..


wallahua'lam



_____________________________________________




kalau tanya saya, tahun 2 rasa siapa boleh?
saya jawab
i vote for;
1.Nur Asilah Abu Bakar
2.Salhatul Asma Ruslan
3.Ismah Mansurah
4.Sakinah Ismail

(^^)

Thursday, December 17, 2009

Indah Islam

bismillahirrahmanirrahim...

dengan namaMu ya Allah..

golongkanlah kami dalam kalangan hambaMu yang bersyukur
dan
jauhkanlah kami dari mengkufuri nikmatmu

ampunilah kami
kerana kami sering lupa...

amin ya Rab






subhanallah
subhanallah
subhanallah

indahnya nikmat menerima hidayah Islam

Allah membuka jalan dan memberi petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakinya. Kerana ISLAM itu indah, ia datang juga dengan cara yang indah. Setiap yang diatur oleh ISLAM itu menghasilkan keindahan dan setiap yang datang dari ISLAM itu membawa kepada keindahan. Persoalannya, dapatkah kita rasai mahupun hayati keindahan agama yang kita anuti ini? tepuk dada tanya iman. Kerana keindahan ISLAM itu bolah jadi terhijab oleh muslim itu sendiri.

"if you want to know about ISLAM, study ISLAM, don't study MUSLIMs"

ayuh tukar

"if you want to know ISLAM, study ISLAM, study MUSLIMs"


Sesungguhnya agama yang diredhai disisi Allah hanyalah Islam. (ali-Imran:19)

wallahua'lam

Tuesday, December 1, 2009

korban diri

bismillahirrahmanirrahim

dengan namaMU ya Allah
yang membolak balikkan hati
tetapkanlah hati kami
atas satu2nya jalan yang Kau redhai..

kembalikan diri kami
yang terkadang hilang kala perjalanan menuju redhamu..

amin ya Rab..


golak bolak sang hati
kecil buih ombak yang berarak
kadang datang memukul pesisir
pecah pecah
kedian datang lagi..

dia butir pasir paling halus
turut pecah pecah
bersama buih
pasang dia tenggelam
surutnya basah hitam

bukan kerana halus dia perlu tenggelam
bersama buih menyurut
tapi kerana dia halus dia mampu timbul
memukul bersama ombak

biarlah
andai dia larut mencuba
andai pecah memukul
biar menjadi korban dirinya

biar jadi halus berkilau pada pesisir
bukan kerana kering
bukan putih

kilaunya kerana
pernah surut bersama buih
bangkit melantun bersama ombak

biar dia si halus
yang menghiasi pesisir putih pantai

andai larut andai pecah
biar diterima
jadi korban diri
kerana ini juang
dia si pasir halus....

_________________________________________________________


"apa itu korban?"

"korban?...... hurmmm.. macam korban sembelih lembu je.."

"okeh, tuka.. pengorbanan. apa itu pengorbanan?"

"kite rse.. pengorbanan tu kan.. macam menggadaikan sesuatu demi mencapai sesuatu.. betul tak?"

"ap yang digadaikan?.. demi mencapai ap?.."

"-mengadaikan, meninggalkan segala kepentingan, kesukaan dan kecintaan duniawi demi mendekatkan diri dan mencapai redha Ilahi- ...betul tak? boleh diterima tak?"

"kalau macam tuh.. ap pengorbanan yang telah dibuat?"

"....."

apa erti pengorbanan pada anda?
apa pengorbanan yang telah anda lakukan?

_______________________________________________________
bismillahirrahmanirrahim

100. Ya tuhanku, anugerahkanlah kepadaku (seorang anak) yang termasuk org-org yang soleh.

101. Maka kami beria dia khabar gembira dengan seorang anak yang amat sabar.

102. Maka tatkala anak itu sampai (pada umur sanggup) berusaha bersama-sama ibrahim, Ibraim berkata, "Hai anakku, sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku menyembelihmu. Maka fikirkanlah apa pendapatmu " Ia menjawab, " Hai bapaku, kerjakanlah apa yng diperintahkan kepadamu; insya allah, kamu akan mendapatiu termasuk orang-orang yang sabar:"

103. Tatkala keduanya telah berserah diri dan Ibrahim membaringkan anaknya atas pelipisnya (nyatalah kesabaran keduanya).

104. Dan Kami panggillah dia : Hai Ibrahim,

105. sesungguhnya kamu telah membenarkan mimpi itu" sesungguhnya demikianlah Kami memberi balasan kepada orang yang berbuat baik.

106. "Sesungguhnya ini benar-benar suatu ujian yang nyata."

107. Dan Kami tebus anak itu dengan seekor sembelihan yang besar.

108. Kami abadikan untuk Ibrahim itu (pujian yang baik) di kalangan orang-orang yang datang kemudian.

109. (iaitu) kesejahteraan dilimpahkan atas Ibrahim

~as-soffat~

maka benarlah kata-kataNYA yang Maha Agung..

____________________________________________________

assif jiddan kerana terlalu lalai dalam mengupdate blog
seharusnya perlu lebih bertanggungjawab
insyaAllah,
bantu saya
doakan saya....

wallahua'lam

Wednesday, November 4, 2009

i'm a muslim

bismillahirramanirrahim..




What do you call someone who explodes a bomb and kills innocent people? - A terrorist
What do you call someone who drops a bomb from a plane and kills innocent people?-A brave American pilot.

What do you call it when a Palestinian uses violence against the Jews who have illegally occupied his land? - A terrorist attack.
What do you call it when an Israeli helicopter fires rockets at Palestinian youths armed with stones?- Self-defence

What do you call it when someone gives money to a government official in return for favours? - Bribery.
What do you call it when a large corporation gives money to a government official in return for favours?- A campaign contribution.

What do you call the form of government where a small elite exploits and intimidates the citizens? - A dictatorship.
What do you call the form of government where a small elite exploits and intimidates the citizens, and the citizens can choose every few years which part of the elite should occupy the government buildings? - A democracy.

What do you call it when a group of people take the law into their own hands and kill people without a fair trial? - A lynching.
What do you call it when the US takes the law into its own hands and kills people without a fair trial? - Operation Enduring Freedom.

What do you call someone who steals from the rich and gives to the poor? - Robin Hood.
What do you call someone who steals from the poor and gives to the rich? - The US government.

What do you call a weapon that can kill thousands of people? - A weapon of mass destruction.
What do you call a weapon that has killed 1.5 million Iraqis, including more than 500,000 children? - Sanctions.

What do you call an army that will fight for whoever pays the most money? - Mercenaries.
What do you call an army in Afghanistan that will fight for whoever pays the most money? - The Northern Alliance (or United Front).

What do you call an attack on the Pentagon, a command and control centre in the US? - A cowardly attack on American freedom and democracy.
What do you call the destruction of an Afghan village by US bombs? - An attack on a Taliban command and control centre.

What do you call it when just over 3 thousand people were killed in the September 11 attack on the US? - An atrocity.
What do you call it when nearly 5 million people were killed in the Vietnam war? - A mistake.

What do you call it when very rich people exploit poor people? - Greed and selfishness.
What do you call it when very rich countries exploit poor countries? - Globalisation.

What do you call it when people are slaughtered? - A massacre.
What do you call it when 100.000 to 200.000 Iraqi's are slaughtered by the US at a loss to American forces of 148 (46 of which were killed by friendly fire)? - The Gulf War.

~copy pasted~



"poor muslims.....
...........poor muslims.............................
..........................poor muslims...............
....................................poor muslims.........."



oh~it just breaks my heart
it does'nt feel right
this is'nt right...



why are people calling us poor?
and why are we soo poor yet so happy?

muslims..
com'on, let's not be poor anymore..
enough with the dreaming n drooling,
enough with the stupid excusess,
lets not be poor anymore..

the world is watching
and the world is calling us
~poor muslims~

are we poor because we're muslims?
or are muslims poor because of us?

lets not curse the darkmess
if we are able to light the candle..

wallahua'lam

Friday, August 21, 2009

Marhaban ya Ramadhan

bismillahirrahmanirrahim..

"Ya Allah berikan kepada kami barakah pada bulan Rejab, Sya'ban dan berikanlah kami kesempatan untuk berjumpa kembali dengan RamadhanMu yang suci..."

bersihkanlah hati kami bertemu bulan barakah ini ya Allah

amin ya rabbal alamin..




Ahlan warga ramadhan sekalian, ahlan!

Saya dapat lihat wajah-wajah yang tersenyum manis serta berseri (^^,) kegembiraan sahabat sekalian telah terpancar hingga ke sini. Alhamdulillah, Allah mengurniakan rasa gembira buat kita dalam menyambut kedatangan bulan penuh barakah dan nikmat ini. Lalu persoalannya kini; mengapa gembira?

boleh jadi sebab sudah hampir pada eid al-fitr kah?
atau kerana hari lahir yang makin mendekat? (apakah? (^,~))
atau cuti sekolah bakal tiba?
atau kerana konsert2 ramadhan yang diadakan? ??
atau kerana bazar2 Ramadhan yang akan dibuka dengan hidangan dan sajian yang mampu membangkitkan selera?

Tepuk dada tanya iman. Mengapa kita berasa gembira menjelang Ramadhan ini?

Andai diciptakan Rejab itu adalah bulan Allah dan Syaaban itu adalah bulan Nabi, maka Ramadhan adalah bulan buat hambaNYA. Ya, ia dicipta khas untuk kita, warga Ramadhan sekalian. Lalu apakah yang dapat menandingi hadiah kurniaan Yang Maha Mengurniakan? Ayuh, rebut Ramadhan ini habis-habisan.

"Sekiranya ummatku mengetahui akan kandungan yang dibawa bulan Ramadhan, maka semuanya akan berharap agar sepanjang tahun berisi hanya bulan Ramadhan".
(al-hadith)


ada apa pada Ramadhan?
macam-macam ada~~

Ramadhan datang membawa risalahnya dari Allah yang tidak ada pada bulan-bulan lain.

Dari Abu Hurairah radhiallahu 'anhu: Adalah Rasulullah SAW memberi khabar gembira kepada para sahabatnya dengan bersabda, "Telah datang kepadamu bulan Ramadhan, bulan yang diberkahi. Allah mewajibkan kepadamu puasa didalamnya; pada bulan ini pintu-pintu Surga dibuka, pintu-pintu neraka ditutup dan para setan diikat; juga terdapat pada bulan ini malam yang lebih baik daripada seribu bulan, barangsiapa tidak memperoleh kebaikannya maka dia tidak memperoleh apa-apa'."
(HR. Ahmad dan An-Nasa'i)

Dari Ubadah bin AshShamit, bahwa Rasulullah bersabda: "Telah datang kepadamu bulan Ramadhan, bulan keberkahan, AIlah mengunjungimu pada bulan ini dengan menurunkan rahmat, menghapus dosa-dosa dan mengabulkan do'a. Allah melihat berlomba-lombanya kamu pada bulan ini dan membanggakanmu kepada para malaikat-Nya, maka tunjukkanlah kepada Allah hal-hal yang baik dari dirimu. Karena orang yang sengsara ialah yang tidak mendapatkan rahmat Allah di bulan ini. "

(HR.Ath-Thabrani, dan para periwayatnya terpercaya). Al-Mundziri berkata: "Diriwayatkan oleh An-Nasa'i dan Al-Baihaqi, keduanya dari Abu Qilabah, dari Abu Hurairah, tetapi setahuku dia tidak pemah mendengar darinya."

Dari Abu Hurairah radhiallahu 'anhu, bahwa Rasulullah shallallahu 'alahi wasallam bersabda: "Umatku pada bulan Ramadhan diberi lima keutamaan yang tidak diberikan kepada umat sebelumnya, yaitu: bau mulut orang yang berpuasa lebih harum di sisi Allah daripada aroma kesturi, para malaikat memohonkan ampunan bagi mereka sampai mereka berbuka, Allah Azza Wa Jalla setiap hari menghiasi Surga-Nya lalu berfirman (kepada Surga),'Hampir tiba saatnya para hamba-Ku yang shalih dibebaskan dari beban dan derita serta mereka menuju kepadamu, 'pada bulan ini para jin yang jahat diikat sehingga mereka tidak bebas bergerak seperti pada bulan lainnya, dan diberikan kepada ummatku ampunan pada akhir malam. "Beliau ditanya, 'Wahai Rasulullah apakah malam itu Lailatul Qadar' Jawab beliau, 'Tidak. Namun ovang yang beramal tentu diberi balasannya jika menyelesaikan amalnya.' " (
HR. Ahmad)'" Isnad hadits tersebut dha'if, dan di antara bagiannya ada nas-nas lain yang memperkuatnya.

dan Ramadhan itu padanya puasa yang merupakan rukun islam ke4.

Sabda Nabi : Islam didirikan di atas lima sendi, yaitu: syahadat tiada sembahan yang haq selain Allah dan Muhammad adalah rasul Allah, mendirikan solat, menunaikan zakat, puasa Ramadhan dan pergi haji ke Baitul Haram. " (Hadits Muttafaq 'Alaih).

salah satu kokurikulum dalam madrasah Ramadhan ini adalah puasa itu sendiri. Puasa bukanlah hanya mehanan lapar dan dahaga sebaliknya ia adalah latihan jasmani dan rohani dalam memperbaiki diri dalaman dan luaran, kesihatan mahupun jiwa.

Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wasallam telah bersabda, ertinya: " Setiap amal baik manusia akan dibalas sepuluh sampai tujuh ratus kali lipat." Allah Ta'ala berfirman: "( Kecuali puasa ), amal ibadah ini khusus untuk-Ku dan Akulah yang akan membalasnya. Kerana ia telah meninggalkan nafsu makan dan minumnya kerana Aku." Bagi orang yang berpuasa ada dua kebahagiaan; kebahagiaan ketika berbuka dan kebahagiaan ketika menemui Rabbnya. Sungguh bau mulut orang yang berpuasa lebih harum di sisi Allah daripada aroma kasturi." HR Al Bukhari dan Muslim

Orang mukmin yang berpuasa di bulan Ramadhan adalah mereka yang berjihad. Ya warga Ramadhan sekalian, anda sedang melakukan dua jihad, insyaAllah. Iaitu jihad pada siang hari dengan berpuasa dan jihad pada malam hari dengan solat malam. Bajailah jiwa jihad itu, pupuklah agar ia subur membesar. Di madrasah Ramadhan ini, jiwa kita belajar untuk berjihad semata kerana Allah.

Ibadah puasa merupakan salah satu jalan utama untuk mencapai takwa, dan salah satu sebab untuk mendapatkan ampunan dosa-dosa, pelipatgandaan kebaikan, dan pengangkatan derajat. Allah telah menjadikan ibadah puasa khusus untuk diri-Nya dari amal-amal ibadah lainnya.

sabda Nabi : "Barangsiapa berpuasa Ramadhan karena iman dan mengharap pahala dari Allah, niscaya diampuni dosa-dosanya yang telah lalu. "
(Hadits Muttafaq 'Alaih).

Orang yang berpuasa wajib menjauhkan diri dari perbuatan dusta, ghibah (menyebutkan kejelekan orang lain), namimah (mengadu domba), laknat (mendo'akan orang dijauhkan dari rahmat Allah) dan mencaci-maki. Hendaklah ia menjaga telinga, mata, lidah dan perutnya dari perkataan yang haram, penglihatan yang haram, pendengaran yang haram, makan dan minum yang haram. Inilah penyucian hati, inilah didikan nafsu. Andai menghadapi ujian maka katakanlah "inni so-imun" (sesungguhnya aku ini berpuasa). Hanya yang berjiwa kental dan ikhlas akan dapat memanfaatkan Ramadhan dengan sepenuhnya.

Keistimewaan-keistimewaan lain yang dapat kita peroleh pada bulan Ramadhan adalah:

i. Ramadhan merupakan bulan yang permulaannya penuh rahmat, pertengahannya penuh dengan keampunan dan akhirnya penuh dengan kebebasan dari api neraka.

ii. Allah akan mengampuni dosa-dosa yang terdahulu bagi orang-orang yang melakukan puasa semata-mata kerana keimanan dan mengharapkan keredhaan Allah.

iii. Terbukanya pintu-pintu syurga dan tertutupnya pintu-pintu neraka.

iv. Ibadah wajib yang dilakukan pada bulan Ramadhan akan dilipatgandakan nilai pahalanya, dan bila melakukan ibadah sunnah pahalanya sama dengan ibadah wajib.

v. Di dalam bulan Ramadhan tersebut ada satu malam yang dinamakan malam lailatul qadar yang barangsiapa beribadah pada malam tersebut nilai pahalanya lebih dari beribadah selama 1000 bulan.

vi. Pada bulan ini terjadi peristiwa besar yaitu Perang Badar, yang pada keesokan harinya Allah membedakan antara yang haq dan yang bathil, sehingga menanglah Islam dan kaum muslimin serta hancurlah syirik dan kaum musyrikin.

vii. Pada bulan suci ini terjadi pembebasan kota Makkah Al-Mukarramah, dan Allah memenangkan Rasul-Nya, sehingga masuklah manusia ke dalam agama Allah dengan berbondong-bondong dan Rasulullah menghancurkan syirik dan menyembah berhala yang terdapat di kota Makkah, dan Makkah pun menjadi negera Islam



Pada bulan Ramadhan syaitan-syaitan digari, pintu-pintu neraka ditutup. Hanya tinggal nafsu yang mampu dijinakkan dengan didikan. Tiada lagi bisikan-bisikan syaitan. Hanya kita vs nafsu. Dalam madrasah Ramadhan inilah peluang mendidik nafsu terbuka seluas-luasnya. Pintu-pintu syurga dibuka dan segala amal kebaikan dipermudahkan. Lihatlah betapa besarnya nikmat dan kasih-sayang Allah di bulan penuh barakah ini, bukan sahaja dipermudahkan untuk beramal malah amal-amal yang dilakukan dibalas dengan berlipat kali ganda kebaikan berbanding bulan lain. Subhanallah wal hamdulillah.

Antara Kokurikulum madrasah Ramadahan

1. Puasa

Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wasallam telah bersabda, ertinya: " Setiap amal baik manusia akan dibalas sepuluh sampai tujuh ratus kali lipat." Allah Ta'ala berfirman: "( Kecuali puasa ), amal ibadah ini khusus untuk-Ku dan Akulah yang akan membalasnya. Kerana ia telah meninggalkan nafsu makan dan minumnya kerana Aku." Bagi orang yang berpuasa ada dua kebahagiaan; kebahagiaan ketika berbuka dan kebahagiaan ketika menemui Rabbnya. Sungguh bau mulut orang yang berpuasa lebih harum di sisi Allah daripada aroma kasturi." HR Al Bukhari dan Muslim

hendaklah kita menjaga puasa dengan sebaik mungkin.

Betapa banyak orang puasa, bagian dari puasanya (hanya) lapar dan dahaga. " (HR. Ahmad, hadits hasan shahih)

2.Qiyamullail (tarawih)

Dalam sebuah riwayat, Nabi pernah bersabda: " Barangsiapa sholat malam dibulan Ramadhan kerana iman dan mengharap pahala dari Allah, maka diampunilah dosanya yang telah lalu." HR.Al Bukhari dan Muslim

Aisyah Radhiallaahu 'anha pernah menceritakan bahawa Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wasallam tidak pernah meninggalkan sholat malam, dan jika sakit atau keletihan beliau sholat dengan duduk.

Disyariatkan sahur itu berhampiran dengan subuh agar dapat memanfaatkan sepertiga malam itu dengan sebaiknya.

3.Sedekah

Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wasallam adalah orang yang sangat dermawan, terutama sekali pada bulan Ramadhan. Beliau pernah bersabda: " Sebaik-baik sedekah adalah sedekah di bulan Ramadhan." HR At Tirmidzi

4.Membaca Al-Quran

Dalam hal ini ada dua point penting iaitu :

i. Memperbanyak bacaan Al-Qur'an.

Supaya lebih cepat atau lebih banyak dalam mengkhatamkannya, namun tetap harus memperhatikan kaedah bacaan yang benar. Memperbanyak bacaan Al Qur'an ketika bulan Ramadhan merupakan amalan Rasulullah, sahabat dan para Imam kaum muslimin.

ii. Menangis ketika membaca Al-Qur'an

Hal ini dapat tercapai dengan cara benar-benar meresapi, merenungkan dan memahami makna dari ayat-ayat yang kita baca sehingga akhirnya tenggelam dalam pengaruh keagungan Al-Qur'an yang menggetarkan hati.

Nabi saw pernah memberi pandangan mengenai para ahli shuffah ( kaum Muhajirin yang tinggal di Masjid Nabawi ) yang menangis kerana mendengarkan Al-Qur'an surat An Najm 59-60,

beliau bersabda, ertinya: " Tidak akan masuk neraka orang yang menangis kerana takut kepada Allah." HR Al Baihaqi

5.I'tikaf ( Berdiam di Masjid dalam rangka ibadah )

I'tikaf merupakan ibadah yang merangkum berbagai macam ketaatan seperti membaca Al Qur'an, sholat, zikir, doa dan sebagainya. Ibadah ini sangat ditekankan pada sepuluh malam terakhir bulan Ramadhan untuk mendapat lailatul qadar.

6.Umrah

Tentang umrah dibulan ini Rasulullah saw pernah bersabda, ertinya: " Umrah di bulan Ramadhan menyamai ( pahala ) haji. " dalam riwayat lain, " menyamai ( pahala ) haji bersamaku." HR Al Bukhari dan Muslim

7.Mencari Lailatul Qadr

" Sesungguhnya Kami telah menurunkan Al Qur'an pada malam kemuliaan. Dan tahukah kamu apa malam kemuliaan itu? Malam kemuliaan itu lebih baik daripada seribu bulan." QS Al Qadr 1-3


Lalu ap tunggu lagi sahabat sekalian? Ayuh kita kutip mutiara-mutiara sepanjang Ramadhan sebagai bekalan buat kita, dunia mahupun akhirat, insyaAllah.

akhir kata,

~kuharapkan Ramadhan kali ini penuh makna.. Agar dapat ku lalui dengan sempurna~~ **lagu kegemaran kala Ramadhan-always touch my heart


Selamat Berpuasa dan Selamat menempuh Ramadhan sahabat2 semua (^^,) Ramadhan kareem!!(jawabnya:Allahu Akram- sesungguhnya Allah itu lebih mulia)

*windu pada kawan2 alex. datang la rumah(^^,). bawak buah tangan sekali tau (^,~)hehe

Tuesday, August 18, 2009

ke alam seterusnya

bismillahirahmanirrahim

dengan namaMu yang memiliki segenap kekuasaan dan belas kasihan

"Sesungguhnya kami mohon berlindung dari azab api neraka dan kami mohon berlindung dari azab kubur.”

amin ya rabbal alamin

kisah ini pernah menjadi buah mulut ramai org dan kini mungkin masih lagi. hakikatnya, ini hanyalah salah satu dari peringatanNYA buat ummat manusia. tarbiyah dan pengajaran terus dari Allah, tazkiyatun nasf buat diri. lalu andai kita hanya seram kerana gambar dan takut hanya pada kata ,tanpa meresap dalam jiwa terus mengubah sedikit sebanyak corak hidup kita ke arah lebih baik, maka jadilah seperti mendengar tapi pekak, melihat tapi buta.. *naudzubillah ya Rahman naudzubillah

manusia itu mudah lupa, manusia berubah dan istiqamah itu payah, kerana itulah peringatan itu sentiasa perlu buat kita



dalam kubur Pictures, Images and Photos



kubur itu bukanlah pada tempat atau pada nisannya tapi kubur adalah alam. alam yang pasti dilalui setiap manusia setelah mati sementara ke alam selepasnya iaitu alam akhirat. nikmat azab di alam kubur / barzakh menentukan nikmat azab kita di akhirat kelak.

“Apabila salah seorang di antara kamu mati, akan ditunjukkan kepada-Nya setiap pagi dan petang tempat tinggalnya. Bila ia penghuni syurga, akan ditunjukkan kepada-Nya kenikmatan syurga, dan bila ia penghuni neraka, akan ditunjukkan kepada-Nya keazaban neraka. Lalu dikatakan kepada mereka : “itulah tempat tinggalmu, sampailah Allah membangkitkanmu pada hari kiamat.”
(Hadis riwayat Muslim)

“Sesungguhnya kubur itu, adalah singgahan pertama ke akhirat, sekiranya yang singgah itu terselamat, maka perjalanan selepas daripada itu lebih mudah lagi. Dan jika tidak selamat, maka perjalanan selepas daripada itu lebih sukar lagi.”

(Hadis riwayat tarmizi)

sudah begitu terseksa di alam kubur, akhiratnya bagaimana? lalu siapa yang akan dapat menolong lagi waktu itu. siapa yang dapat menolong wahai sahabat2 yang dikasihi? . lalu siapa lagi yang kita salahkan? melainkan diri kita?

betapa lemah dan seksanyanya kita ketika itu, 'mati sahaja lagi bagus', tapi kita sudahpun mati, ke mana lagi mahu lari?


“Kesudahan golongan yang kufur ingkar apabila sampai ajal maut kepada salah seorang di antara mereka berkatalah ia “Wahai Tuhanku kembalikanlah daku (hidup semula di dunia). Supaya aku mengerjakan amal-amal yang soleh dalam perkara-perkara yang telah aku tinggalkan”. Tidak! Masakan dapat? Sesungguhnya perkataanya itu hanyalah kata-kata yang ia sahaja yang mengatakannya, sedang di hadapan mereka ada alam barzakh (yang mereka tinggal tetap padanya) hingga hari mereka dibangkitkan semula (pada hari kiamat).”
(surah al-mukminun :99-100)


sahabat2 yanga dkasihi, di dalam Al-Quran terdapat lebih kurang 300 ayat yang menyatakan tentang kematian dan keadaan-keadaan kehidupan selepas daripada mati seperti di alam barzakh /di akhirat. Nas-nas Al-Quran dan hadis-hadis Rasulullah SAW menerangkan bahawa roh itu kekal, ada roh yang mendapat nikmat kerana amalannya di dunia dahulu baik dan ada roh yang terseksa lantaran amalannya di dunia dahulu jahat.

manakala hadis2 mengenai azab kubur, adalah sabit dan dikatakan sampai ke attawatur (tahap kesahihan yang tinggi).Semua dalil ini mengambarkan keyakinan bahawa wujudnya seksa kubur dan tidak ada ruang langsung untuk mengingkarinya.

nas2 dan dalil2 ini bukanlah 'maklumat' atau 'pemberitahuan' sebaliknya ia adalah peringatan atau nasihat, boleh jadi ancaman.

Apabila kita mengingati tentang kewujudan azab yang ditanggung selepas mati oleh orang-orang yang derhaka kepada Allah, maka kita terasa gementar kerana takut akan azab Allah yang menggerunkan dan insyaAllah akan mendekatkan diri kita kepada-Nya.

Justeru, kita boleh kasihkan harta tapi tidak lupakan soal hisab, kita boleh kasihkan rumah tapi tidak lupakan soal kubur, kita boleh kasihkan hidup tapi tidak lupakan soal maut, kita boleh kasihkan dunia tapi tidak lupakan soal akhirat.

amalkanlah al-Quran agar ianya sentiasa menerangi kuburan, istiqamahlah pada al-mulk demi menjauhi seksaan, jagalah solat kerana *3 seksa kubur datang kerana meninggalkannya, berimanlah bertaqwalah dan berdoalah sebagamana diajar nabi Muhammad saw.
"Wahai Tuhanku! Sesungguhnya aku mohon berlindung dari azab api neraka dan aku mohon berlindung dari azab kubur.”


“(Iaitu) orang-orang yang berdoa dengan berkata: Wahai Tuhan kami sesungguhnya kami telah beriman, oleh itu ampunkanlah dosa-dosa kami dan peliharalah kami dari azab api neraka.”

(Surah Ali-Imran:16)


wallahua'lam



*Rasulullah bersabda, bermaksud: "Sesiapa yang meninggalkan sembahyang atau bermudah-mudah dengannya nescaya diseksa Allah dengan 15 perkara.

"Enam perkara di dunia, tiga perkara di waktu matinya, tiga perkara di dalam kuburnya dan tiga perkara di hadapan Tuhannya di akhirat nanti. Lalu sahabat bertanya: "Ya Rasulullah, apa dia seksa di atas dunia ini?"

Jawab Rasulullah: "Dibuang Allah berkat pada umurnya yang menyebabkan hidupnya terumbang-ambing, tidak mendapat kebahagiaan yang sejati, hidupnya diibaratkan seperti buih di atas permukaan air yang mengikut arus aliran air.

"Diangkat Allah berkat pada rezekinya walaupun dia mempunyai harta yang banyak tetapi dibelanjakan pada perkara yang tidak memberi faedah.

"Diangkat padanya tanda orang yang salih. Tiada terpelihara baginya agama Islam, iaitu ditakuti mati dalam kekufuran. Amalan menjadi sia-sia kerana tiap amal kebajikan dilakukan tidak diterima oleh Allah dan tidak diberi pahala olehnya serta doa tidak diangkat ke langit."

"Bertanya lagi sahabat: Ya Rasulullah, apa seksa pada waktu matinya?" Jawab Rasulullah: "Dimatikannya dalam keadaan hina, dimatikannya dalam keadaan sangat lapar dan dimatikannya dalam keadaan sangat dahaga, iaitu jika diberi minum air tujuh lautan sekalipun, tidak hilang rasa dahaganya.

Bertanya lagi sahabat. "Apa seksa di dalam kubur itu ya Rasulullah?"

Jawab baginda: "Disempitkan tubuhnya hingga sempit dua tulang rusuknya, disuruh Allah dua malaikat untuk menyeksanya hingga hari kiamat."

"Yang menyeksakan orang yang meninggalkan solat itu ialah ular diberi nama Sujaulakraa, iaitu dua mata daripada api neraka, dua kuku malaikat yang menyeksa itu daripada besi Kharsari dan panjang kuku itu perjalanan sehari semalam.

"Pada tangannya itu satu tingkat daripada besi lantas berkata malaikat itu kepada mayat atau roh orang yang mati itu, aku disuruh oleh Tuhanku supaya aku memukul engkau kerana meninggalkan sembahyang Subuh hingga Zuhur, Zuhur hingga Asar, Asar hingga Maghrib, Maghrib hingga Isyak dan Isyak hingga Subuh.

"Maka setiap kali pukulan itu terbenamlah mayat tadi ke dalam bumi hingga 70 hasta lalu diangkat dengan kukunya pada permulaan, begitulah seterusnya hingga ke hari kiamat."

Friday, July 31, 2009

belajar dari masa

bismillahirrahmanirrahim

dengan namaMU ya Allah yang menguasai malam dan siang
dan masa yang berlalu dan yang akan datang
jadikan kami hambaMU yang mensykuri nikmat..
golongkan kami dalam golongan hambaMU yang sentiasa beruntung
tidak rugi
tidak celaka..

amin ya Rab..

suka saya memulakan tiap post saya begini
agar para pembaca turut sama berdoa
kerana itu saya lebih suka menggunakan 'kami' yang bersifat plural dari 'saya' yang hanya singular - sendiri..
moga kabul
kebaikannya kita kongsi bersama
insyaAllah

cuti akhir tahun 1 telah pun bermula
sedar tak sedar, pejam celik pejam celik
saya dan sahabat sudahpun menghabiskan tahun pertama ijazah muda kedoktoran kami
masih jauh lagi perjalanan
alhamdulillah segala puji bagiMU ya Allah
yang telah mengatur dengan sebaik2 pengaturan..

waktu berlalu dengan cepat
begitu juga cepat hayat dunia kita
kadang kita terlalu sibuk merancang masa depan hidup yang singkat ini
yang kabur masih sempat atau tidak kita melaluinya
sedang kita lupa merancang utk masa depan yang lebih panjang di akhirat sana
yang sudah pasti kan kita setiap hamba lalui..


he who fails to plan
plans to fail

gagal merancang
beerti merancang untuk gagal

gagal di negeri abadi
siapa mampu menolong??

"Dan apabila datang tiupan sangkakala yang kedua. pada hari itu manusia lari dari saudaranya, dari ibu dan bapanya dan isteri dan anak-anaknya. setiap orang dari mereka itu mempunyai urusan yang cukup menyibukkannya. banyak muka pada hari itu berseri-seri, tertawa dan gembira ria, dan banyak pula muka pada hari itu tertutup debu, dan ditutup lagi oleh kegelapan" 'Abasa:33-41


masa lapang yang banyak di rumah membuatkan saya sedikit sebanyak menghabiskan masa dengan menyelongkar barang lama
barang yang sudah tidak digunakan tapi terlalu sayang untuk dibuang
membuka album2 yang mengembalikan pelbagai memori kisah lalu
membangkitkan rasa rindu, bukan hanya pada insan2 di dalam gambar
malah juga pada usia dan suasana itu sendiri..

benarlah yang paling jauh itu masa lalu,
selaju mana pun kita kejar ianya hanya akan bertambah jauh..

masih dapat dirasakan debaran menunggu keputusan UPSR
kemudiannya PMR, kemudiannya SPM

masih terasa pengalaman gembira pulang ke kampung
mulanya setelah 2 minggu di asrama KOSPINT dengan bas tidak bertiket dari kuala terengganu ke dungun- 1jam setengah
kemudian setelah 3 bulan dari klang ke dungun dengan express sani atau transnasional selama 6-7 jam
kini setelah hampir setahun saya pulang ke rumah dengan kapal terbang egypt air yang memakan masa 13 jam perjalanan dari mesir ke tanah air malaysia

begitulah aturan kehidupan
segalanya makin besar makin matang
makin sukar
kerana akal kita juga manusia Allah kurniakan semakin mampu untuk berfikir dan menilai
harus masihkah kita di takuk lama?

setiap yang diatur Allah begitu sempurna
pelbagai pengajaran dan pengalaman sepanjang kehidupan yang mampu kita kutip
setiap jatuh bangun kita mematangkan
tidak merubah cuma menambahbaikan bagi mereka yang mampu melihat hikmah Allah dalam setiap jalan hidup yang mereka lalui
kita makin mampu untuk memilih yang mana betul dan yang tidak
cuma kadang segelintir tidak mahu, malah lebih suka mencipta alasan
sedang asalan itu hakikatnya cuma helah menipu diri


"kenapa begini sekarang?"
"tak mahu hipokrit. ini diriku yang sebenar"



bukankah menjadi hipokrit sementara untuk menjadi baik adalah lebih baik dari menggunakan alasan tak mahu hipokrit untuk tak mahu jadi baik?

andai dengan 'hipokrit' itu kita menutup aurat, menjaga pergaulan, beradap dan bersopan
bukankah itu lebih baik dari kita membuka aurat, bebas bergaul dan tiada adab hanya dengan alasan kononnya satu 'kebaikan' yang kita lakukan iaitu tidak hipokrit?


jangan pula salah faham, di sini saya tidak menggalakkan menjadi hipokrit tetapi yang saya ajak ialah kita sama2 mencuba untuk jadi baik, mula2 mencuba lama2 sebati
amin..

sahabt2
jangan kita menjadi rugi
jangan kita menjadi celaka
andai tidak menjadi beruntung, cukuplah tergolong dalam mereka yang sekurangnya mencuba..

insyaAllah

hargai masa yang ada
belajar dari peristiwa yang lalu
berpesan2 lah ke arah kebaikan
berpesan2 lah dengan kesabaran




wallahua'lam

Wednesday, July 29, 2009

jaulah akhir sem 2

bismillahirrahmanirrahim...

dengan namaMU ya Allah
moga kami tergolong dalam mereka yang mengambil peringatan dan pengajaran..
amin

tak perlu untuk saya mengulas panjang

hanya klik di link bawah

TQ asma
TQ adek

(^^,)

wallahua'lam

Monday, July 13, 2009

dr o dr~~

bismillahirrahmanirrahim..

dengan rahmat dan petunjukMU yang Maha Agung
bersihkan diri ini dari segala penyakit hati..
amin ya Rab

baru sahaja sebentar tadi saya melihat seorang sahabat saya yang sakit dibawa ke hospital..
(moga Allah yang Maha Mengetahui buruk baik sesuatu memberikan kesudahan terbaik buatnya.. amin)
luluh betul hati melihat sahabat sendiri mengangis kesakitan sehingga begitu sekali..
kami semua hanya mampu melihat dan berusaha melakukan apa yang termampu; doa dan doa..
andai boleh diagihkan rasa sakit itu sikit seorang antara kami rasanya semua rela.

bila mendengat cerita dari sahabat yang lain bahawa sebenarnya dia sudah pun pergi berjumpa dr tengah hari tadi, kerana sakitnya sudahpun berlanjutan semalaman (tidak cakna betul saya T.T ) saya menjadi begitu marah(astaghfirullahal-azim)sehingga sebak.. sungguh-marah (;dgn dr-agak tak pasal~~).

dalam hati saya
' ap yang doktor ni buat ni?'
' diagnose betul2 tak nih?'
' macam mana kalau jadi apa2 pada ****?'
' bek tak yah jumpa dr...'

(*salawat2*)..
tidak patut saya su'udzon pada dr itu smpai macam tu sekali . padahal die da tolong rawat sahabat saya tuh.

saya tak setuju betul
-dr datang kerje lambat (pesakit da tunggu 2 3 jam, dr maseh tak dtg keje... ade ke? believe me ade..)
-dr merawat demi duit <--poyo sket, tapi btul, mmg tak setuju..


work Pictures, Images and Photos



*tidak merujuk pada mana2 pihak

motivasi buat saya mungkin. tidak berhak untuk saya membenci atau menghukum mana2 pihak. siapalah saya tuk menghakimi.. harapannya

moga saya dapat menjadi seorang doktor yang

-tidak lmbat (risaunya sbb saya bole jadi masuk kategori org yang ~agak~ lambat..hadoyyai)
-merawat kerana ingin merawat... moga2 ikhlas kerana Allah
*bole menjadi seperti Nusaibah bt Kaab yang setia merawat tentera Allah di kala perang (amin)

'Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, matiku, llillahi Taala'
amin ya Rab



"Dan kami pasti akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. dan sampaikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar. Iaitu orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka berkata 'inna lillahi wa inna ilaihi raji3un'(sesungguhnya kami milik Allah dan kepadaNYA lah kami kembali). Mereka itulah yang memperoleh ampunan dan rahmat dari Tuhannya, dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk"

al-Baqarah:155-157



*mohon sama2 doakan agar sahabat saya dikurniakan yang terbaik, jzkk
*alhamdulillah hanya tinggal 2 paper lagi.. mohon doakan jugak, jzkk
*kepada sahabt2, org mintak maaf sgt.. org bukan sahabat yang baik n selalu buat korang terasa sebb sikap org nih samada sengaja atau pun tak.. moga ukhwah antara kita fillah abadan abada... amin
*lepas pharma nak paking.. sukenye paking(^^,).. ke awal sgt? hurmmm...

Saturday, July 11, 2009

dari jendelaku

bismillahirrahmanirrahim..

dengan namaMU yang mengatur segala sesuatu..
ampuni kami yang terlalu sering lalai lupa..

dari jendela ini ku lihat dunia dan seisinya
ku lihat kemiskinan, peperangan,
ku lihat perpecahan

ku lihat si ibu mengemis
ku lihat si anak menangis
ku lihat saudara bertengkar
ku lihat keluarga bubar

pada mata mereka
ku lihat kekayaan, darjat,
dunia, nama,
ku jumpa miskin, rendah,
lalai, murah

ku lihat bumi tua menderita
mula berantakan

ku lihat manusia membunuh demi mencuri
ku lihat manusia seronok menjual maruah dan diri
ku lihat manusia lupa keluarga anak dan isteri
lalu ku lihat kedamaian, kebahgiaan, kesetiaan, kasih sayang menjauh pergi
ku dengar bumi tua menangis
beratapan

dari satu sudut dunia
aku lihat senario menyayat hati

aku lihat saudaraku dibunuh diseksa tanpa belas kasihan
dalam masa yang sama aku juga lihat saudaraku sendiri saling berbunuhan
aku lihat saudaraku disana bergadai nyawa dan segala demi agama dipertahankan
hairan, dalam masa yang sama aku lihat saudaraku disini sendiri yang memijaknya
aku lihat saudaraku itu lapar mencedok nasi pada pasir mencari rasa pada rumput
aku lihat saudaraku ini pula kenyang tanpa syukur membazir-bazir pada nikmat

aku lihat saudaraku memanggil di sana
aku lihat saudaraku ramai berbondong di serata dunia
seolah lemas di laut kerana kehausan
ramai hakikatnya bersendirian

aku lihat mereka yang lalai kebanyakan masa
cakna seketika cuma

kemudian aku tak dapat melihat lagi
kabur mata basah
bila aku lihat
ditengah-tengah mereka itu ada aku..

"Hai orang-orang yang beriman, taatlah kepada Allah dan RasulNYA, dan janganlah kamu berpaling daripadaNYA, sedang kamu mendengar (perintah-perintahNYA), dan janganlah kamu menjadi seperti orang-orang (munafik) yang berkata: 'kami mendengarkan' padahal mereka tidak mendengarkan."

al-Anfal:20-21


"dan tiadalah yang dapat mengambil pengajaran (dan peringatan) melainkan orang-orang yang menggunakan akal fikirannya"

al-Baqarah: 269




*alhamdulillah da habis 4 paper, 3 mores to go.. mohon doakan kami (^^,) jzkk
*sangat tak sabar nak balik mesia. 22.7 insyaAllah
*post ini adalah sempena pelancaran blog angah secara public *wink* hehe.. chaiyok angah tembam xp ~tapi tak de kne mengena pun~~

Sunday, June 21, 2009

SpOrTinG n SuPpoRtiVe

bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah
setelah beberapa hari persiapan penuh bersungguh+semangat malam UKM GATHERING berjaya diadakan semalam.
tahniah kepada semua rakan2..
smart+nice~~

objektif (bak kata pengerusi majlis)
1. merapatkan ukhwah
2. meruntuhkan tembok2 malu
-serasanya maksud yang ingin disampaikan mungkin meruntuhkan segan yang tak bertempat. kerana malu itu perlu, cuma tak kena andai disalah tempatkan.
3. mencungkil bakat2 terpendam
-tahniah, dak2 UKM sememangnya berbakat
4. mereleasekan tension
-adakah korang tension? tidak rasanya. kerana jiwa mukmin itu tenang fitrahnya.. dan mungkin kalau sedikit letih sedikit risau, kita ada cara lebih mujarab tuk menyelesaikannya.. ayah org selalu cakap, orang Islam takde istilah tension. w/p kadang2 kita gne gak perkataan tension tuh, kite kne didik bahawa tension itu bukan jalan kita bukan fitrah kita tuk merasakan tension and depress. lalui setiap ujian dengan tenang dan sabar, kerana dari situlah datang pertolongan Allah. kita solat LIMA kali sehari sudah cukup patutnya utk halang segala tension yang mungkin mendatang.
- mungkin maksud mereleasekan tension ini adalah tuk bergembira bersama rakan, merapatkan ukhwah n menambah semangat tuk terus mengharungi 6 tahun di mesir ni bersama-sama dengan jayanya. insyaAllah

majlis bermula dengan ucapan dari tetamu jemputan iaitu ummi (ayah n walid sekeluarga tak dapat datang)
zahin (ketua) n amira aka un (penolong)

tentatif paling utama-MAKAN

persembahan-
1. syukam 2(sambungan syukam 1);credits to pengarah n para pelakon
2. deklamasi sajak 'chentaku seteguh muscle tendon';credits to fazira, aisyah n penulisnya nani
3. persembahan musical ;credits to amin n gitarnya
4. ucapan dari ust. duwenk dari mesia
5. deklamasi sajak SEPI ;credits to azim solid
6. LENA ;credits to Boys Generation
7. SITUASI ;credits to zafran,imran, amin n fadhil
8. slide show DIARI UKM ;credits to my n aisyah

permainan-
1. TREASURE HUNT ;credits to ismah n aina ;congrats to kump 3 yang menang
2. BUBBLY BUBBLY BOO ;credits to anas ; congrats to semua pemain
3. NUMBERS (kowt) ;credits to ismah n anas ;congrats to nisah n madi

cabutan bertuah- tahniah kepada yang bertuah 13 orang, grand prize dapat kat yang menguruskan cabutan bertuah Dib. kongsi2 yer dib *wink* ;credits to dib n yusma

makanan-makanan yang sedap-
1. nasi goreng ;credits to nisah, kinah, asma
2. coleslow ;credits to madi n zahirah
3. caramel ;credits to manju n un (ju-un)
4. air bandung ;credits to aina n geng
5. trifle ;credits to ikhwah
6. spaghetti ;credits to ikhwah
7. apam balik ;credits to ikhwah
8. garlic bread ;credits to ikhwah
9. wedges (kowt) ;credits to ikhwah n akhawat yang membantu
10. kek -beli
11. puding-tak pasti
12. ayam bakar ;credits kepada yang memerap n membakar
13. buah-tembikai n anggur
*maaf kalu ad tertinggal*

lupa lak pengerusi majlis bertema hitam putih
credits to alif al-ain n nani yang berjaya memeriahkan majlis n memastikan majlis sentiasa Sporting n Supportive.

credits juga kepada semua props yang membantu menyediakan tempat, penyediaan makanan, audio , pentas n semua


tidak lupa juga kepada mereka yang kluar membeli belah
dan juga kepada yang bertungkus lumus melekatkan banner ke dinding w/p byk kali jatuh



tidak lupa kepada nani yang manjadi ansar org- the beg is nice~~like it
n my muhajirin cea- glad u like them*big smile+relief*




'sesungguhnya setiap mukmin itu adalah bersaudara'
'tidak beriman seseorang mukmin selagi dia tidak mengasihi saudaranya sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri'


wallahua'lam

Monday, June 8, 2009

adikku panglima perang



bismillahirrahmanirrahim..

duduk jauh dari keluarga ni kadang2 buat kita banyak imbas kembali kenangan2 dulu dengan mereka. orang masih ingat pernah sekali sewaktu kecil, ayah bawak orang ngan usamah (adik 2nd) pergi kedai buku. mase tuh umur berapa ek? orang pun tak pasti. waktu darjah dulu. mungkin.

ayah kasi kitaorg beli satu buku sorang. ayah mmg selalu macam tuh. kalau satu family pegi kedai runcit pun bole beli satu barang sorang. lalu jenuhlah kami adik-beradik mencari satu-satunya barang terbaik utk kami beli. kadang yang kecik lagi tuh, nak jugak 2 sebab tak dapt buat pilihan, pastu pujuk2 ayah ngan muka innocent. lemah lutut ayah, ayah pun kasi. yang besar lak, jeling jelez. hihik. kadang2 ayah nak jugak buat syarat. "ha, satu barang je sorang. harga kurang 2 ringgit". maka kami pun~alaaaa ayaaahhhh~~~ sedang dalam hati tau je, ayah tengah bergurau.
tak pe ayah, kitaorang layan~~ (^^,) (apakah? ini da lari tajuk)

kembali. usamah masih kecil. beza 3 tahun ngan orang. tak de lah kecil sangat, cuma agak kecil tuk mencari buku sendiri. lagipun dia bukan bce, men game je byk (ya ampun usamah). jalan punya jalan cari buku tbe2 orang ternampak satu buku. "ayah2!, buku tuh ad nama usamah!". Usamah bin Zaid. ayah pun capai buku tuh. "beli buku ni lah tuk usamah, Usamah bin Zaid". usamah tanpa ragu2 terus nak beli. bangga + hepi benor ad buku tajuk nama die. kakak usamah pulak, sedikit cemburu lalu, "ayah, yang nama nusaibah binti zaid tak de ke?"
....

motif entry nih?
ntah la..
mungkin usamah da genap umur 16 tahun 4 jun yang lalu
selamat menyambut ulangtahun kelahiran usamah(^^,)

dan apa yang nak disampaikan adalah
akak bangga mempunyai adik bernama Usamah bin Zaid
jadilah usamah hebat sebagaimana hebatnya Usamah bin Zaid
panglima perang muda yang gagah berani
juangnya demi Islam, Rasul dan Allah
usamah sudah meningkat remaja.. rse macam tak caye da 16.. (rase macam kakak die da tue da~~)
waktu begini permulaan membentuk personaliti diri
mencari ap yang mahu dicari
mendalami ap yang mahu didalami
dalam membentuk Usamah masa hadapan, waktu2 beginilah memainkan peranan
apa yang usamah mahu dalam hidup usamah
apa yang usamah nak capai untuk akhirat usamah
orang bagaimana yang ingin usamah jadi
lalu di sini akak katakan, jadi lah seperti Usamah bin Zaid!

umat Islam kekurangan hero
adik akak 5 orang lelaki
seme bole jadi hero
seme hero2 kan? (^^,)

takpe hani' kitadua ley jadi heroin.. hihik (^,~) (ntah tak tau apakah motif ini~~~ maaf)


Usamah bin Zaid “Panglima Terakhir Rasulullah”


Ketika islam berjaya pada masa Rasulullah di Arab. Dengan suka rela, setiap insan yang mendengar seruan kalimat laa ilaha illallalah Muhammadur Rasulullah berbondong-bondong menyambutnya. Wajah-wajah kusut yang semula diselimuti kabut kemusyrikan menjadi cerah disinari pancaran cahaya Ilahi. Tidak ketinggalan juga Farwah bin Umar Al-Judzami, kepala daerah Ma’an dan sekitarnya yang diangkat Kaisar Romawi. Mengetahui hal itu, para penguasa Romawi marah dan mereka segera menangkap Farwah dan menjebloskannya ke penjara. Selanjutnya, ia dibunuh dan kepalanya dipancung, lalu diletakkan di sebuah mata air bernama Arfa’ di Palestina. Mayatnya disalib untuk menakut-nakuti para penduduk agar tidak mengikuti jejaknya.

Mengetahui hal itu, Rasulullah Shalallahu Alaihi wa Sallam segera menyiapkan pasukan. Sebagai panglima perang, diangkatlah Usamah bin Zaid bin Haritsah. Ketika itu usianya 18 tahun. Rasulullah memerintahkannya untuk mendirikan markas perkemahan di daerah Juraf, di luar kota Madinah. Beberapa sahabat sempat mempertanyakan keputusan tersebut. Apalagi turut dalam pasukan itu para sahabat senior seperti Umar bin Khatthab, Abu Ubaidah bin Jarrah, Sa’ad bin Abi Waqqash, Abul A’war Sa’id bin Zaid bin Amru bin Nufail, dan lainnya.

Mendengar desas-desus yang seolah menyepelekan kemampuan Usamah itu, Umar bin Khatthab segera menemui Rasulullah. Beliau sangat marah, lalu bergegas mengambil sorbannya dan keluar menemui para sahabat yang tengah berkumpul di Masjid Nabawi. Setelah memuji Allah dan mengucapkan syukur, beliau bersabda, “Wahai sekalian manusia, saya mendengar pembicaraan mengenai pengangkatan Usamah, demi Allah, seandainya kalian menyangsikan kepemimpinannya, berarti kalian menyangsikan juga kepemimpinan ayahnya, Zaid bin Haritsah. Demi Allah, Zaid sangat pantas memegang kepemimpinan, begitu juga dengan putranya, Usamah. Kalau ayahnya sangat saya kasihi, maka putranya pun demikian. Mereka adalah orang yang baik. Hendaklah kalian memandang baik mereka berdua. Mereka juga adalah sebaik-baik manusia di antara kalian.”
Setelah itu, beliau turun dari mimbar dan masuk ke rumahnya. Kaum muslimin pun beradatangan hendak berangkat bersama pasukan Usamah. Mereka menemui Rasulullah yang saat itu dalam keadaan sakit. Diantara mereka terdapat Ummu Aiman, ibu Usamah. “Wahai Rasulullah bukankah lebih baik, jika engkau biarkan Usamah menunggu sebentar di perkemahannya sampai engkau merasa sehat. Jika dipaksa berangkat sekarang, tentu dia tidak akan merasa tenang dalam perjalanannya,” ujarnya. Namun Rasulullah Shalallahu Alaihi wa Sallam menjawab, ‘Biarkan Usamah berangkat sekarang juga.”

Tentara kaum muslimin sudah berkumpul di perkemahan pasukan. Malam itu mereka menginap. Keesokan harinya Usamah menemui Rasulullah Shalallahu Alaihi wa Sallam yang sakitnya semakin berat. Ketika Usamah mencium wajahnya, beliau tidak mengatakan apa-apa selain mengangkat kedua belah tanganya ke langit serta mengusap kepala Usamah, mendoakannya.
Usamah segera kembali ke pasukannya yang masih menunggu. Setelah semuanya lengkap, mereka mulai bergerak. Belum jauh pasukan itu meninggalkan Juraf, tempat markas perkemahan, datanglah utusan dari Ummu Aiman memberitahukan bahwa Rasulullah Shalallahu Alaihi wa Sallam telah wafat. Usamah segera memberhentikan pasukannya. Bersama Umar bin Khatthab dan Abu Ubaidah bin Jarraf, ia segera menuju rumah Rasulullah. Sementara itu, tentara kaum muslimin yang bermarkas di Juraf membatalkan pemberangkatan dan kembali juga ke madinah.

Melalui syura yang diliputi kesedihan mendalam, kaum muslimin sepakat mengangkat Abu Bakar sebagai Khalifah. Abu Bakar segera memanggil Usamah untuk kembali memimpin pasukan, sebagaimana yang diperintahkan Rasulullah sebelumnya. Tindakan Khalifah tentu saja mendapat reaksi dari beberapa sahabat. Apalagi saat itu beberapa kelompok kaum muslimin murtad dari agama Islam. Kota Madinah memerlukan penjagaan ketat.

Menanggapi hal itu Abu Bakar menjawab, “Demi jiwaku yang berada di tangan-Nya, seandainya aku tahu akan dimakan binatang buas sekalipun, niscaya aku akan tetap mengutus pasukan ini ketujuannya. Aku yakin, mereka akan kembali dengan selamat. Bukankah Rasulullah Shalallahu Alaihi wa Sallam yang diberikan wahyu dari langit telah bersabda, “Berangkatkan segera pasukan Usamah!’ "Namun, ada satu perintahku, biarkan Umar tetap tinggal di Madinah untuk membantuku. Aku tidak tahu apakah permintaanku ini disetujui Usamah atau tidak.”

Abu Bakar segera pergi menemui Usamah dan memintanya agar membiarkan Umar tinggal di Madinah untuk membantunya. Usamah setuju. Abu Bakar lalu memerintahkan kaum muslimin yang semula bergabung dengan pasukan Usamah untuk terus ikut serta.

Ketika pasukan yang berjumlah sekitar 3000 orang_1000 orang diantaranya menunggang kuda mulai bergerak, Abu Bakar datang untuk mengucapkan selamat kepada mereka. Saat itu ia berjalan kaki di samping Usamah yang menunggang kuda. Melihat hal itu, Usamah bergegas hendak turun dari punggung hewan tunggangannya. Namun, Abu Bakar buru-buru mencegah, “Demi Allah, jangan turun wahai Usamah. Biarkan telapak kakiku ini dipenuhi debu sabilillah beberapa saat. Bukankah setiap langkah pejuang akan memperoleh imbalan tujuh ratus kebaikan, dan menghapus tujuh ratus kesalahan.”

Usamah dan pasukannya terus bergerak dengan cepat meninggalkan Madinah. Setelah melewati beberapa daearah yang masih tetap memeluk Islam, akhirnya mereka tiba di Wadilqura. Usamah mengutus seorang mata-mata dari suku Hani Adzrah bernama Huraits. Ia maju meninggalkan pasukan hingga tiba di Ubna, tempat yang mereka tuju. Setelah berhasil mendapatkan berita tentang keadaan daerah itu, dengan cepat ia kembali menemui Usamah. Huraits menyampaikan informasi bahwa penduduk Ubna belum mengetahui kedatangan mereka dan tidak bersiap-siap. Ia mengusulkan agar pasukan secepatnya bergerak untuk melancarkan serangan sebelum mereka mempersiapkan diri. Usamah setuju. Dengan cepat mereka bergerak. Seperti yang direncanakan, pasukan Usamah berhasil mengalahkan lawannya. Hanya selama empat puluh hari, kemudian mereka kembali ke Madinah dengan sejumlah harta rampasan perang yang besar, dan tanpa jatuh korban seorang pun.

Sejak saat itu, Usamah bin Zaid kian benderang di kalangan para sahabat. Selain dikenal sebagai panglima pasukan termuda, ia juga adalah sahabat sekaligus putra sahabat yang dicintai Rasulullah Shalallahu Alaihi wa Sallam. Setelah menjalani hidupnya bersama para sahabat, Usamah bin Zaid wafat tahun 53 H / 673 M.

(di copy paste-link kat tajuk)

wallahua'lam

Thursday, June 4, 2009

luruskan, padukan

solat Pictures, Images and Photos

bismillahirrahmanirrahim....

"lurus-luruskan saf.. rapat-rapatkan saf.."
si imam akan melaungkan setiap kali mula solat jemaah.. namun sejauh mana imam itu malah kita sendiri mengambil ihtimam dalam meluruskan saf. merapatkan bahu. meluruskan barisan.mempadukan saf yang merupakan simbol kekuatan dan kesatuan umat islam..

apa yang biasa kita lihat di masjid-masjid terutamanya di Malaysia, para imam hanya melaungkan suruhan ‘luruskan saf!’ tanpa melihat jemaah dibelakang waima mereka mengikuti arahan tersebut atau tidak. Tindakan ini adalah seperti melepaskan batuk di tangga. Dan ada juga imam yang menyuruh makmum meluruskan saf akan tetapi dia jahil tentang cara meluruskan saf. Oleh sebab itu, imam hendaklah dipilih dalam kalangan orang yang berilmu.

kita lihat bagimana Rasulullah saw sebagai imam berperanan dalam meluruskan saf di mana Rasulullah S.A.W. sebelum memulakan solat, baginda akan memastikan makmum dibelakangnya meluruskan saf terlebih dahulu.

Anas bin Malik r.a. berkata: Ketika telah iqamah untuk solat. Maka Rasulullah S.A.W. menghadap kepada kami dengan wajahnya seraya bersada: “Luruskan saf dan rapatkanlah kerana sesungguhnya aku melihat kalian dari belakang punggungku.”
(HR. Bukhari)


Ada juga riwayat yang mengatakan bahawa Rasulullah S.A.W. pergi ke setiap barisan untuk melihat sama ada saf telah benar-benar lurus sebelum memulakan solat.
Maksud matan hadis:Daripada al-Bara’ bin ‘Aazib (r.a.), dia berkata, “Adalah Rasulullah S.A.W. memasuki celah-celah barisan (saf) sambil mengusap dada dan bahu kami”.

Di zaman Sayyidina Umar Al-Khattab r.a. pula, beliau mewakilkan tugas meluruskan saf kepada seseorang. Beliau tidak akan bertakbir untuk memulakan solat sehingga orang yang membantunya dalam meluruskan saf itu memberitahu bahawa saf telah benar-benar lurus. Begitu juga dengan Sayyidina Uthman al-Affan r.a. dan Sayyidina Ali r.a., mereka berdua bersepakat untuk melakukan apa yang telah dilakukan oleh Sayyidina Umar. Dahulu, Sayyidina Ali selalu mengatakan: “Maju wahai si fulan! Mundur sedikit wahai si fulan."

menjadi tanggungjawab imam memastikan saf lurus,namun makmum yang bertanggugjawab bertindak meluruskan saf itu sendiri.

Berita daripada Abu Hurairah r.a. daripada Nabi S.A.W., bahawa beliau bersabda: “Imam itu ditetapkan untuk diikuti. Kerana itu janganlah kamu menyalahinya. Apabila dia ruku’, maka ruku’ pulalah kamu. Apabila dia membaca Sami’allahu liman hamidah, maka baca pulalah Rabbana lakal hamdu. Dan apabila dia sujud, sujud pulalah kamu. Apabila dia duduk, duduk pulalah semuanya. Dan luruskanlah saf (barisan) dalam solat, sesungguhnya meluruskan saf itu sebaik-baik solat.”(HR. Bukhari)

Luruskan dan rapatkan saf juga merupakan satu daripada kesempurnaan solat.

Daripada Qatadah, daripada Anas, daripada Nabi S.A.W. bersabda: “Luruskan saf kamu, sebab sesungguhnya lurusnya saf itu termasuk dalam kesempurnaan solat.(HR. Bukhari)

akibat tidak meluruskan saf ini mudah sahaja(tapi jangan diambil mudah), malah dapat kita lihat sendiri kesannya kini

Berita daripada Nu’man bin Basyir r.a. mengatakan, bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda: Luruskan saf (barisan)-mu! Atau Allah akan mempertikaikan arahmu (berpecah-belah) nanti.(HR. Bukhari)

lihat sendiri ap yang berlaku pada umat Islam kini
islam itu tinggi, dan tidak ada yang lebih tinggi darinya
harus begitu, numun mengapa Islam kini ada yang dibunuh tanpa belas kasihan
disembelih bagai serendah ayam.
masih ada yang memilih untuk tidak mengendahkan.
saudara sendiri sebetulnya dicubit peha kanan peha kiri terasa jua..
begitu semantapnya persaudaraan umat islam haq
muhasabah segera..kita tak punya banyak masa..kita ramai penganut, namun kita kurang muslim muslimah, mukmin mukminah.

mulakan dengan langkah mudah. btulkan saf kita, padukan saf kita.
ruku' bersama,sujud bersama.saf Islam saf terhebat,ayuh kita tuju.

solat di masjid, surau, rumah mahupun di bilik
walau makmum hanya dua, kiri dan kanan harus dibetulkan. biar selari,sehati..

Islam itu walau jatuh akan tetap tertegak, tetap akan gagah gemilang kembali..
itu janji Allah dan Islam itu agamaNya. persoalannya, generasi mana yang akan menegakkan Islam itu? siapa mereka?

kerana sebelum Islam itu gemilang, Islam itu telah dijatuhkan. oleh siapa?

lalu generasi manakah kita?

wallahua'lam

Thursday, May 28, 2009

Cinta Luar Biasa

Cinta luar biasa..
Cinta seorang Kekasih kepada umatnya..
Hingga pada hembusan nafasnya yang terakhir..
Lidah Rasulullah menuturkan tanpa henti..
"Ummati.. ummati.. ummati.."

Cinta luar biasa..
Kisah cinta Handzalah..
Meninggalkan isteri di malam pernikahan..
Lantaran menyahut seruan jihad..
Akhirnya syahid di medan perjuangan..

Cinta luar biasa..
Seteguh kasih Khadijah..
Tak pernah jemu memberikan sokongan..
Rela mengorbankan segala kemewahan..
Di saat Rasulullah dan Islam dipinggirkan. .

Cinta luar biasa..
Kisah kesetiaan Abu Bakar..
Kasih seorang sahabat yg tiada tandingan..
Insan yang sentiasa membenarkan. .
Sewaktu kata-kata Rasulullah dipersendakan. .

Cinta luar biasa..
Kisah ketabahan Hajar..
Ditinggalkan di tanah yang gersang bersama Ismail..
Bukti kasih seorang ibu yg berlarian mencari air..
Tatkala mendengar tangisan si anak kecil..

Cinta luar biasa..
Umpama keberanian Ali..
Di malam penghijrahan Nabi..
Menggantikan Rasulullah di tempat tidurnya..
Walaupun jiwa menjadi taruhan..

Cinta luar biasa..
Cinta Asiah, Masyitah dan Sumaiyyah..
Menggadaikan nyawa demi mempertahankan aqidah..
Iman di dada tak sedikit pun goyah..
Kerana keyakinan yang teguh atas segala janjiNya..

Kisah cinta luar biasa..
Insan pilihan yg berada di atas jalanNya..
Betapa tulusnya kasih, teguhnya jiwa..
Redha dan sabar menempuh segala ujian..
Merekalah insan yg memahami erti kemanisan iman..

Mampukah diri ini meraih cinta luar biasa..??


pesanan penaja~~entry ini di copy paste~~(^^,)

sme2 muhasabah
insyaAllah

wallahua'lam

Wednesday, May 6, 2009

~~Maafkan~~

bismillahirrahmanirrahim...

dengan namaMU ya Allah
yang membolak balikkan hati
tetapkanlah hati lemah kami
atas satu-satunya jalan yang KAU redhai..

ya Allah
berkati jalan pilihanku ini
berkati setiap baris bait kata hati
amin ya rab

salah dia
tiada siapa yang dia salahkan melainkan dia
lalu putus hati atas tegar rasa diri
dia harus mengundur pergi
bukan kerana tak sudi jauh sekali kerana benci

dia sedar
tidak dia sekembang sewangi
namun
menawar pancing buat musuh laknat
disabit mengubah fitrah jadi fitnah
lemah ditangisi
dan masih sentiasa sungguh dia sedar
tidak dia semekar sewangi

dia bukan batu tanpa hati
dia bukan kera sumbang tak perlu teman
dialah insan sebiasa punya perasaan
simpan,jaga
bukan untuk yang salah bukan jua belum
biar jadi istimewa

dia diuji
begitu jua si dia
mujahadah yang masih panjang
boleh putus di tengah jalan
andai bukan di dunia fana
di akhirat kan berkekalan

diuji dengan sabar redha dan yakin
pada qada' qadar tertulis
dia berserah, pasrah
kerana kehendak tertinggi bukan pada cinta hamba
cinta Agung Tuhan Maha Pencipta yang didamba
hidup para srikandi yang dicari
mati merinduiNYA yang dinanti

dia tahu si dia memahami
kerana dia yakin arah tuju cita-cita sama
ayuh tinggalkan yang fana
kejar yang abadi
yang fana kan terpelihara andai selari

lupakan dia, nyahkan dia...
maafkan dia...


"serahkan cintamu pada Allah, nescaya di temukn pemilik terbaik. andai gerangan nya bukan di sini, janjinya pasti di negeri abadi..."


* ade sorg akh kt sini, die buat cerpen..
* pasal sorg ikhwan ngan akhowat ni, dah saling berta'aruf..
* ikut jln yg syaro' InsyaAllah, melalui org tgh..
* tp akhowat ni,iman die agk mantap.
* die merasakn diri die fitnah bg laki tu, sbb laki tu asik tingat kt die wlpn dorg tgh berta'aruf..
* jd die putuskn hubungan dan ckp, jgn cari die lg..
* akhwt tu ckp, andai ada jodoh,pasti dorg bsama jgk tp jgn tunggu die..
* si ikhwan ni jd separuh gila laa jgk..
* yela, sape xnk berzaujah kn srikandi pejuang islam,kn..
* ktegasn akhwt tu nk prtahankn iman ikhwan yg die jgk suke sebenarnya, sampai akhwt tu trima pingangan ikhwan lain yg lgsg die x knal..
* waktu dorg baru ja akad nikah,tgh kenduri, ikhwan yg kawin ngan srikandi tu jumpa ngan ikhwan yg suke kt srikandi tu..
* die suh amik srikandi tu jd isteri sbb die hidup x lama..
* lepas tu, ikhwan tu terus jatuh n meninggal..
* akhirnya, kahwin laa srikandi tu dengan mujahid yg penah bertakhta di hati die...
* lihat betapa allah menguji cinta org2 yg berkasih keanaNya
* Allah bg jgk, bkn x bg tp demi mengingkatkn darjat dan menguji tahap keimanan hambanya sama ada, menjadi Adbillah atau hamba cinta, Dia menguji mereka terlebih dahulu..


wamakaru wamakarallah wallahukhairul makirin

wallahua'lam

Wednesday, April 22, 2009

iman . intelek . in hijab

bismillahirrahmanirrahim...

majlis kesenian dan kebudayaan islam (mkki) baru sahaja habis
alhamdulillah

iman . intelek . in hijab

~antara pertandingan~
kuiz
nasyid
busana muslimah
gubahan hantaran
senam aerobik
seni khat

tahniah kepada para pemenang
~omedetou~omedetou~ (^^,)

memandangkan nani da letak gubahan hantaran lecture A kat blog dia
maka
kami pun nak gak letak gubahan hantaran lecture B
(salah satu je, iaitu yang kami usahakan)








tak de la lawa sangat pom
tapi ok la..
kan? kadar2 sempat... kadar2 mampu (^^,)

yang len nyer lagi lawa
meh nengok2..

1st place...unik n sedap








btol2 berjiwa kedoktoran
sesuai tuk pasangan yang 22 doktor.. (^,~)


kesimpulan yang kita dapat

bole la para dr yang tekanan 'ho 2 tahun'
bukak kedai gubahan lak ek.. hihik

papepun
moga majlis mkki nih bukan hanya tuk berseronok
sebaliknya
ada yang baru n baik yang kita dapat
insyaAllah

wallahua'lam

Monday, April 20, 2009

~~biasa~~

kerana dia itu manusia biasa
lalu dia bisa lemah
kadang sungkur
kadang jatuh

kerana dia itu manusia biasa
dia tidak sempurna
kadang salah
kadang tersasar

manusia biasa itu
punya perasaan
punya letih
punya kecewa

kerana itu fitrah dia manusia
segala pergantungan hanya padaNYA
diserah sebulat hati pada qada' dan qadarNYA

DIAlah penyempurna segala urusan
DIAlah tempat disandarkan segala harapan
hanya pada DIAlah
satu-satunya
dipohon sedikit kekuatan

kerana dia manusia
sunguh-sungguh
hanya biasa
dan perjuangan itu
masih jauh beribu batu..

*teraniaya sungguh rasa diri ini sekarang
ntah kenapa
mungkin kerana graf iman makin mencuram
na'uzubillah
diri ini terlalu leka terlalu selesa agaknya
astaghfirullah al-azim

Ya Allah,
ampunkan diri ini pada setiap saat yang terleka
pada setiap waktu jiwa yang kerap alpa
pada setiap dosa dan noda...

aku hamba hina~~