Tuesday, August 18, 2009

ke alam seterusnya

bismillahirahmanirrahim

dengan namaMu yang memiliki segenap kekuasaan dan belas kasihan

"Sesungguhnya kami mohon berlindung dari azab api neraka dan kami mohon berlindung dari azab kubur.”

amin ya rabbal alamin

kisah ini pernah menjadi buah mulut ramai org dan kini mungkin masih lagi. hakikatnya, ini hanyalah salah satu dari peringatanNYA buat ummat manusia. tarbiyah dan pengajaran terus dari Allah, tazkiyatun nasf buat diri. lalu andai kita hanya seram kerana gambar dan takut hanya pada kata ,tanpa meresap dalam jiwa terus mengubah sedikit sebanyak corak hidup kita ke arah lebih baik, maka jadilah seperti mendengar tapi pekak, melihat tapi buta.. *naudzubillah ya Rahman naudzubillah

manusia itu mudah lupa, manusia berubah dan istiqamah itu payah, kerana itulah peringatan itu sentiasa perlu buat kita



dalam kubur Pictures, Images and Photos



kubur itu bukanlah pada tempat atau pada nisannya tapi kubur adalah alam. alam yang pasti dilalui setiap manusia setelah mati sementara ke alam selepasnya iaitu alam akhirat. nikmat azab di alam kubur / barzakh menentukan nikmat azab kita di akhirat kelak.

“Apabila salah seorang di antara kamu mati, akan ditunjukkan kepada-Nya setiap pagi dan petang tempat tinggalnya. Bila ia penghuni syurga, akan ditunjukkan kepada-Nya kenikmatan syurga, dan bila ia penghuni neraka, akan ditunjukkan kepada-Nya keazaban neraka. Lalu dikatakan kepada mereka : “itulah tempat tinggalmu, sampailah Allah membangkitkanmu pada hari kiamat.”
(Hadis riwayat Muslim)

“Sesungguhnya kubur itu, adalah singgahan pertama ke akhirat, sekiranya yang singgah itu terselamat, maka perjalanan selepas daripada itu lebih mudah lagi. Dan jika tidak selamat, maka perjalanan selepas daripada itu lebih sukar lagi.”

(Hadis riwayat tarmizi)

sudah begitu terseksa di alam kubur, akhiratnya bagaimana? lalu siapa yang akan dapat menolong lagi waktu itu. siapa yang dapat menolong wahai sahabat2 yang dikasihi? . lalu siapa lagi yang kita salahkan? melainkan diri kita?

betapa lemah dan seksanyanya kita ketika itu, 'mati sahaja lagi bagus', tapi kita sudahpun mati, ke mana lagi mahu lari?


“Kesudahan golongan yang kufur ingkar apabila sampai ajal maut kepada salah seorang di antara mereka berkatalah ia “Wahai Tuhanku kembalikanlah daku (hidup semula di dunia). Supaya aku mengerjakan amal-amal yang soleh dalam perkara-perkara yang telah aku tinggalkan”. Tidak! Masakan dapat? Sesungguhnya perkataanya itu hanyalah kata-kata yang ia sahaja yang mengatakannya, sedang di hadapan mereka ada alam barzakh (yang mereka tinggal tetap padanya) hingga hari mereka dibangkitkan semula (pada hari kiamat).”
(surah al-mukminun :99-100)


sahabat2 yanga dkasihi, di dalam Al-Quran terdapat lebih kurang 300 ayat yang menyatakan tentang kematian dan keadaan-keadaan kehidupan selepas daripada mati seperti di alam barzakh /di akhirat. Nas-nas Al-Quran dan hadis-hadis Rasulullah SAW menerangkan bahawa roh itu kekal, ada roh yang mendapat nikmat kerana amalannya di dunia dahulu baik dan ada roh yang terseksa lantaran amalannya di dunia dahulu jahat.

manakala hadis2 mengenai azab kubur, adalah sabit dan dikatakan sampai ke attawatur (tahap kesahihan yang tinggi).Semua dalil ini mengambarkan keyakinan bahawa wujudnya seksa kubur dan tidak ada ruang langsung untuk mengingkarinya.

nas2 dan dalil2 ini bukanlah 'maklumat' atau 'pemberitahuan' sebaliknya ia adalah peringatan atau nasihat, boleh jadi ancaman.

Apabila kita mengingati tentang kewujudan azab yang ditanggung selepas mati oleh orang-orang yang derhaka kepada Allah, maka kita terasa gementar kerana takut akan azab Allah yang menggerunkan dan insyaAllah akan mendekatkan diri kita kepada-Nya.

Justeru, kita boleh kasihkan harta tapi tidak lupakan soal hisab, kita boleh kasihkan rumah tapi tidak lupakan soal kubur, kita boleh kasihkan hidup tapi tidak lupakan soal maut, kita boleh kasihkan dunia tapi tidak lupakan soal akhirat.

amalkanlah al-Quran agar ianya sentiasa menerangi kuburan, istiqamahlah pada al-mulk demi menjauhi seksaan, jagalah solat kerana *3 seksa kubur datang kerana meninggalkannya, berimanlah bertaqwalah dan berdoalah sebagamana diajar nabi Muhammad saw.
"Wahai Tuhanku! Sesungguhnya aku mohon berlindung dari azab api neraka dan aku mohon berlindung dari azab kubur.”


“(Iaitu) orang-orang yang berdoa dengan berkata: Wahai Tuhan kami sesungguhnya kami telah beriman, oleh itu ampunkanlah dosa-dosa kami dan peliharalah kami dari azab api neraka.”

(Surah Ali-Imran:16)


wallahua'lam



*Rasulullah bersabda, bermaksud: "Sesiapa yang meninggalkan sembahyang atau bermudah-mudah dengannya nescaya diseksa Allah dengan 15 perkara.

"Enam perkara di dunia, tiga perkara di waktu matinya, tiga perkara di dalam kuburnya dan tiga perkara di hadapan Tuhannya di akhirat nanti. Lalu sahabat bertanya: "Ya Rasulullah, apa dia seksa di atas dunia ini?"

Jawab Rasulullah: "Dibuang Allah berkat pada umurnya yang menyebabkan hidupnya terumbang-ambing, tidak mendapat kebahagiaan yang sejati, hidupnya diibaratkan seperti buih di atas permukaan air yang mengikut arus aliran air.

"Diangkat Allah berkat pada rezekinya walaupun dia mempunyai harta yang banyak tetapi dibelanjakan pada perkara yang tidak memberi faedah.

"Diangkat padanya tanda orang yang salih. Tiada terpelihara baginya agama Islam, iaitu ditakuti mati dalam kekufuran. Amalan menjadi sia-sia kerana tiap amal kebajikan dilakukan tidak diterima oleh Allah dan tidak diberi pahala olehnya serta doa tidak diangkat ke langit."

"Bertanya lagi sahabat: Ya Rasulullah, apa seksa pada waktu matinya?" Jawab Rasulullah: "Dimatikannya dalam keadaan hina, dimatikannya dalam keadaan sangat lapar dan dimatikannya dalam keadaan sangat dahaga, iaitu jika diberi minum air tujuh lautan sekalipun, tidak hilang rasa dahaganya.

Bertanya lagi sahabat. "Apa seksa di dalam kubur itu ya Rasulullah?"

Jawab baginda: "Disempitkan tubuhnya hingga sempit dua tulang rusuknya, disuruh Allah dua malaikat untuk menyeksanya hingga hari kiamat."

"Yang menyeksakan orang yang meninggalkan solat itu ialah ular diberi nama Sujaulakraa, iaitu dua mata daripada api neraka, dua kuku malaikat yang menyeksa itu daripada besi Kharsari dan panjang kuku itu perjalanan sehari semalam.

"Pada tangannya itu satu tingkat daripada besi lantas berkata malaikat itu kepada mayat atau roh orang yang mati itu, aku disuruh oleh Tuhanku supaya aku memukul engkau kerana meninggalkan sembahyang Subuh hingga Zuhur, Zuhur hingga Asar, Asar hingga Maghrib, Maghrib hingga Isyak dan Isyak hingga Subuh.

"Maka setiap kali pukulan itu terbenamlah mayat tadi ke dalam bumi hingga 70 hasta lalu diangkat dengan kukunya pada permulaan, begitulah seterusnya hingga ke hari kiamat."

No comments: