Thursday, June 4, 2009

luruskan, padukan

solat Pictures, Images and Photos

bismillahirrahmanirrahim....

"lurus-luruskan saf.. rapat-rapatkan saf.."
si imam akan melaungkan setiap kali mula solat jemaah.. namun sejauh mana imam itu malah kita sendiri mengambil ihtimam dalam meluruskan saf. merapatkan bahu. meluruskan barisan.mempadukan saf yang merupakan simbol kekuatan dan kesatuan umat islam..

apa yang biasa kita lihat di masjid-masjid terutamanya di Malaysia, para imam hanya melaungkan suruhan ‘luruskan saf!’ tanpa melihat jemaah dibelakang waima mereka mengikuti arahan tersebut atau tidak. Tindakan ini adalah seperti melepaskan batuk di tangga. Dan ada juga imam yang menyuruh makmum meluruskan saf akan tetapi dia jahil tentang cara meluruskan saf. Oleh sebab itu, imam hendaklah dipilih dalam kalangan orang yang berilmu.

kita lihat bagimana Rasulullah saw sebagai imam berperanan dalam meluruskan saf di mana Rasulullah S.A.W. sebelum memulakan solat, baginda akan memastikan makmum dibelakangnya meluruskan saf terlebih dahulu.

Anas bin Malik r.a. berkata: Ketika telah iqamah untuk solat. Maka Rasulullah S.A.W. menghadap kepada kami dengan wajahnya seraya bersada: “Luruskan saf dan rapatkanlah kerana sesungguhnya aku melihat kalian dari belakang punggungku.”
(HR. Bukhari)


Ada juga riwayat yang mengatakan bahawa Rasulullah S.A.W. pergi ke setiap barisan untuk melihat sama ada saf telah benar-benar lurus sebelum memulakan solat.
Maksud matan hadis:Daripada al-Bara’ bin ‘Aazib (r.a.), dia berkata, “Adalah Rasulullah S.A.W. memasuki celah-celah barisan (saf) sambil mengusap dada dan bahu kami”.

Di zaman Sayyidina Umar Al-Khattab r.a. pula, beliau mewakilkan tugas meluruskan saf kepada seseorang. Beliau tidak akan bertakbir untuk memulakan solat sehingga orang yang membantunya dalam meluruskan saf itu memberitahu bahawa saf telah benar-benar lurus. Begitu juga dengan Sayyidina Uthman al-Affan r.a. dan Sayyidina Ali r.a., mereka berdua bersepakat untuk melakukan apa yang telah dilakukan oleh Sayyidina Umar. Dahulu, Sayyidina Ali selalu mengatakan: “Maju wahai si fulan! Mundur sedikit wahai si fulan."

menjadi tanggungjawab imam memastikan saf lurus,namun makmum yang bertanggugjawab bertindak meluruskan saf itu sendiri.

Berita daripada Abu Hurairah r.a. daripada Nabi S.A.W., bahawa beliau bersabda: “Imam itu ditetapkan untuk diikuti. Kerana itu janganlah kamu menyalahinya. Apabila dia ruku’, maka ruku’ pulalah kamu. Apabila dia membaca Sami’allahu liman hamidah, maka baca pulalah Rabbana lakal hamdu. Dan apabila dia sujud, sujud pulalah kamu. Apabila dia duduk, duduk pulalah semuanya. Dan luruskanlah saf (barisan) dalam solat, sesungguhnya meluruskan saf itu sebaik-baik solat.”(HR. Bukhari)

Luruskan dan rapatkan saf juga merupakan satu daripada kesempurnaan solat.

Daripada Qatadah, daripada Anas, daripada Nabi S.A.W. bersabda: “Luruskan saf kamu, sebab sesungguhnya lurusnya saf itu termasuk dalam kesempurnaan solat.(HR. Bukhari)

akibat tidak meluruskan saf ini mudah sahaja(tapi jangan diambil mudah), malah dapat kita lihat sendiri kesannya kini

Berita daripada Nu’man bin Basyir r.a. mengatakan, bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda: Luruskan saf (barisan)-mu! Atau Allah akan mempertikaikan arahmu (berpecah-belah) nanti.(HR. Bukhari)

lihat sendiri ap yang berlaku pada umat Islam kini
islam itu tinggi, dan tidak ada yang lebih tinggi darinya
harus begitu, numun mengapa Islam kini ada yang dibunuh tanpa belas kasihan
disembelih bagai serendah ayam.
masih ada yang memilih untuk tidak mengendahkan.
saudara sendiri sebetulnya dicubit peha kanan peha kiri terasa jua..
begitu semantapnya persaudaraan umat islam haq
muhasabah segera..kita tak punya banyak masa..kita ramai penganut, namun kita kurang muslim muslimah, mukmin mukminah.

mulakan dengan langkah mudah. btulkan saf kita, padukan saf kita.
ruku' bersama,sujud bersama.saf Islam saf terhebat,ayuh kita tuju.

solat di masjid, surau, rumah mahupun di bilik
walau makmum hanya dua, kiri dan kanan harus dibetulkan. biar selari,sehati..

Islam itu walau jatuh akan tetap tertegak, tetap akan gagah gemilang kembali..
itu janji Allah dan Islam itu agamaNya. persoalannya, generasi mana yang akan menegakkan Islam itu? siapa mereka?

kerana sebelum Islam itu gemilang, Islam itu telah dijatuhkan. oleh siapa?

lalu generasi manakah kita?

wallahua'lam

2 comments:

Anonymous said...

ini laa masalh nye org melayu kita...
bkn ape bile ade pembaharuan die org tak leh nk terima waima benda itu adalh bersandarkan sunnah Rasulullah S.A.W.
bukan pe, atas dasar nak mempertahankan adat istiadat melayu yg lama, yg langsung bertentangan dengan sunnah...

inilah apa yg dikatakan pemimpin yg tidak sepatutnya menjadi pemimpin dalam kontek imam solat

oleh itu apakah kriteria imam solat yang sebenar?cari sendiri!!

majulah Quran & Sunnah untuk manusia

Anonymous said...

Waa... *clap2*