Wednesday, April 7, 2010

Inqilabiyyah

bismillahirrahmanirrahim

Dengan namaMU ya Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

terangkan hati kami dengan nikmat iman, islam dan ihsanmu
dan jauhkahlah kami dari kegelapan kejahilan dan cintakan dunia

thabatkan hati2 kami dalam perjuangan menegakkan agamaMU
pimpin hati2 kami supaya tidak menyimpang dari matlamat kami

amin ya Rab


Apa itu Inqilabiyyah?

Inqilabiyyah merupakan salah satu dari ciri-ciri khusus Islam. Ada enam semuanya. Ingat lagi? Ayuh sahabat2 mari kita revise bersama.

1. Rabbaniyyah
2. Syumuliyyah
3. Alamiyyah
4. Waqi'iyyah
5. Thabat wa Murunah
6. Inqilabiyyah


Inqilabiyyah;ciri khusus Islam yang ke-6, tertegaknya Islam atas kejatuhan jahiliyyah. Yakni tidak akan tertegaknya Islam seandainya jahiliyyah bermaharajalela dan tidak dihapus secara total. Islam bukan boleh ditempel-tempel dan diselit-selitkan pada celah-celah jahiliyyah. Islam bukan agama yang boleh bertoleransi dengan Jahiliyyah. Islam tak boleh ambik separuh dan separuh lagi bagi chance untuk Jahiliyyah. Tertegaknya Islam adalah atas keruntuhan jahiliyyah itu sendiri.

Amar Ma'ruf Nahi Mungkar

Lantas kerana itulah Islam bergerak secara amar ma'ruf dan tak lengkap tanpa nahi mungkar (berpesan2 ke arah kebaikan dan menjauhi kemungkaran). Tidak dapat tidak amar ma'ruf mesti disusuli dengan nahi mungkar. Sebagai contoh, kita berusaha bersungguh2 untuk mengajak sahabat2 kita melakukan kebaikan dengan membuat aktiviti2 seperti ceramah, qiamillail dan sebagainya sedangkan dalam masa yang sama aktiviti2 membatasi syarak seperti konsert2, jom heboh, masalah2 ikhtilat berleluasa. Patutkah begitu? Jangan salah faham pula, saya tak kata aktiviti2 ceramah itu salah. Sebaliknya, aktiviti2 mengajak sahabat2 ke arah kebaikan ini harus disertai dengan kerahan menjauhi serta memboikot aktiviti2 melampaui syarak tersebut.

Abul -Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Umar bin Abdul-Aziz berkata: "Sesungguhnya Allah s.w.t. tidak menyiksa orang-orang umum kerana dosa-dosanya orang-orang yang tertentu tetapi apabila perbuatan dosa itu merahajalela dan terang-terangan kemudian tidak ada yang menegur, maka bererti semuanya sudah layak menerima hukuman."

Abu Hurairah r.a. berkata: "Nabi Muhammad s.a.w. bersabda (yang bermaksud): "Anjurkan lah kebaikan itu meskipun kamu belum dapat mengerjakannya dan cegahlah segala yang mungkar meskipun kamu belum menghentikannya."


Jahiliyyah dalam diri

Ayuh sahabat2 kita nilai diri masing-masing. Masih bersisabakikah jahahiliyyah dalam diri? Lalu bagaimana hendak kita tegakkah Islam dalam pribadi bilamana Islam takkan teguh selagimana jahiliyyah tidak runtuh? -->persoalan untuk diri ini sendiri yang hendak dikongsikan bersama sahabat2 semua. Titik permulaan Islam adalah berpucuk dari diri kita sendiri. Andai pada diri sudah gagal untuk menegakkan Islam, bagaimana pula hendak ditegakkan Islam dalam masyarakat, negara dan dunia setelahnya. Ajaklah diri melakukan kebaikan, laranglah diri dari melakukan kemungkaran, kemudian beristiqamahlah dan bertwakkallah pada Allah swt. Teguh runtuh Islam adalah pada tangan kita sahabat2 sekalian.

“Dan mereka yang bejuang untuk menegakkan agama Kami, tentu akan Kami tunjuki ke jalan Kami. Dan sesungguhnya Allah selalu bersama-sama dengan orang-orang yang berbuat baik.”

(Surah Al-’Ankabut: Ayat 69)



Jahiliyyah dulu vs Jahiliyyah kini

Dr. Yusuf al Qardhawi hafizahuLlah menyebut ,definisi Jahiliyyah menurut istilah ialah, ‘perasaan sangsi atau ragu terhadap kebenaran Allah Taala’. Jahiliyyah tidaklah termaktub hanya pada zaman sebelum kedatangan Islam di Mekah sebagaimana selalunya disinonimkan kerana pada hakikatnya jahiliyyah kini lebih mencabar keadaannya. Kerana apa? kerana jahiliyyah kini adalah jahiliyyah setelah datangnya Islam, setelah tersebarnya Islam dan setelah begitu ramai penganut beragama Islam. Mengikut pendapat As-Syahid Sayyid Qutb, beliau ada menempelkan perkataan jahiliyyah pada individu, penguasa dan juga masyarakat apabila mereka tidak mengikut tata cara hidup Islam. Mereka buta atau bodoh di sebabkan tidak nampak akan jalan sebenar yang Islam tunjukkan untuk memandu hidup manusia ke arah cahaya. Maka nampakkah sahabat2 sekalian betapa tertegaknya jahiliyyah kini? dan betapa jahiliyyah itu didirikan atas keruntuhan Islam itu sendiri?

astaghfirullah
astaghfirullah
astaghfirullah

makin saya menulis makin jahil terasa diri ini untuk terus menulis..

wallahu taala a'lam




9 comments:

Anonymous said...

salam pembuka bicara.

Dengan bismillAllah aku mulakan kalam ku. Seperti yg saudari Nusaibah tekankan mengenai dakwah. Aspek penyebaran dakwah sangat luas، pelbagai cara dan methode yg diguna pkai. Antaranya dalam penulisan blog dan lain2. Tetapi apakah dakwah yg disampaikan itu dakwah yang sebenar2nya atau sekadar dakyah semata2. Pada pendapat saya aspek akidah adalah segala2nya yang perlu dititik beratkan dan bukannya dakwah. Memang perlu kepada dakwah، tetapi adakah ia bertepatan jika akidah yg dipegang itu salah؟ Dalam penyebaran dakwah oleh satu gerakan yg dianggap hebat di sisi masyarakat tetapi dengan akidah yg songsang tak pi mane la jawabnya. So apa yg saya ingin tekankan adalah jgnlah terlalu sibuk untuk berdakwah jikalau akidah sendiri musnah. Kenapa gerakan2 yg dilihat kini terlalu bersibuk2 dgn perbincangan isu2 khilafiyyah dan furu'؟ adkah semata2 untuk mencari publisiti؟ tetapi yg hak diabaikan. Kenapa؟ berdakwahlah dengan cara yg betul. Mulakan dari peringkat bawah. Perhangatkan lagi isu akidah. Perbincangan mengenai akidah adalah sngt2 penting. ingt wahai sahbat، yg hak itu hak dan yg batil itu batil. Dan coretan saudari Nusaibah iaitu dengan membimbing dari bawah adalah perkara pokok yg perlu dititik beratkan. Binalah akidah yg sebenar yg disampaikan dan dipegang oleh para sahabt dan tabi' tabien yg terdahulu. Jdikan sunnah nabi sebagai pedoman hidup. Jgn terlalu berharap kepada suapan dari orng. Kita cari apa yg benar kerana kebenaran itu hakiki dan akan memimpin kita menuju daerah abadi yg diimpikan oleh setiap a'bid yg sejati

Nusaibah said...

bismillahirrahmanirrahim..

mga Allah menjaga kalamku..

minta maaf atas kejahilan diri saya, jadi saya tak dapat tangkap sangat ap yang hendak disampaikan..
mungkin ad beberapa idea cuma saya takut terpesong dari ap yang hendak saudara/i sampaikan..

insyaAllah, saya bersikap terbuka

saya ada email kalau diperlukan
Leafynz_90@yahoo.com

jzkk

moga Allah melindungi hati ini

wallahuta'ala a'lam

Anonymous said...

insyaAllah bila ada masanya.

mUhAmMaD aiMaN bIn ZainAL baHRin said...

dakwah membawa kalimah ALLAH

mengajak manusia mengenal ALLAH

mengenal ALLAH dan mengimani -NYA

tunjangnya aqidah untuk kenal ALLAH

Nusaibah said...

*sigh*

betul da tuh

mUhAmMaD aiMaN bIn ZainAL baHRin said...

aqidah dan dakwah bergerak synergically..

tak rasa perlu tnggalkn slh satu..

Anonymous said...

Akhi Aiman..
tanpa akar pokok tidak kan kukuh, malah akan tumbang merosakkan tanaman2 yg lain.
begitu juga dengan perinsip akidah. akidah yg sahih dan benar perlu dipupuk pada awalnya sebelum permulaan gerak kerja yg lain.
akidah tunjang kepada segala2 nya..

Anonymous said...

owh macam tu, ayah pin, pon DAKWAH saya dengan akidah juga. tapi aqeedah salah (>_<)
hehe
itu pendapat saya, aqeedah salah tiada guna dakwah.
mereka cuba untuk berdakwah, melakukan kebaikan(MUNAFEEQ)tetapi salah. perlukah kita ikut?
fikir-fikirkanlah

mUhAmMaD aiMaN bIn ZainAL baHRin said...

ok..setuju..terima kasih..

mUhAmMaD aiMaN bIn ZainAL baHRin said...

dakwah membawa kalimah ALLAH

mengajak manusia mengenal ALLAH

mengenal ALLAH dan mengimani -NYA

tunjangnya aqidah untuk kenal ALLAH

April 15, 2010 11:40 AM