Saturday, December 31, 2011

memilih untuk melihat

bismillahirrahmanirrahim

Ya Allah,
pemilik cahaya langit dan bumi,
aku sentiasa mendambakan cahaya-MU.
moga dengannya, aku dapat melihat rahmat-MU di sebalik dinding batu.

amin ya Rab

Teringat pula saat huru hara Mesir, saat pelajar-pelajar semua perlu pulang Malaysia. 7kilo. Hanya 7kilo sahaja berat beg yang dibenarkan bawa pulang, dengar kata. Ramai yang mengeluh, ramai juga yang tension, berani saya kata tiada langsung yang bahagia.

Hampir rosak mungkin penimbang di tingkat lima asrama MARA. Beratur panjang ingin menimbang. Kalau boleh memang mahu 7kilo tidak kurang. Bagi yang 8,9 kilo berdoa-doa moga di'halal'kan sahaja 1,2 kilo yang terlebih. Entah mengapa terlalu 'skema'. Mungkin salah satu alasan, takut terpaksa ditinggalkan barang yang menyebabkan terlebih kilo di airport. Itu salah satu khabar angin yang tersebar.

Menge'pack' beg 7kilo seolah lebih lama dari yang 35kilo. Apa yang perlu dibawa, apa yang tidak. Apa yang penting, apa yang tidak. Sudahnya 2,3 kali barang yang sama keluar masuk beg. Susah betul bila semua penting dan semua perlu. Entah cukup atau tidak buat bekalan sepanjang di Jeddah hingga pulang Malaysia.

Kisah yang sudah lewat berlalu ini, hingga kini membuatkan diri terfikir-fikir...

Kita semua sedang mem'packing' sebenarnya
Kerana kita semua akan dievakuasi
Ada yang ber'packing' bersungguh-sungguh
Ada ber'packing' ala-ala kadar
Ada yang lupa tentang evakuasi dan lupa untuk ber'packing'
leka bergembira pada bumi yang sedang merekah, bakal punah..
malah ada yang berani mencabar kecelakaan yang bakal menimpa, nau'dzubillah

Ada juga yang buat tak endah,
tak tahu,
tak kesah,
walau peringatan datang menempias menempias
tetapi..
hakikatnya pada siapa yang tak diendahkan, tidak dikesahkan
bukankah pada diri sendiri?
kubur lain-lain bukan?

Maha Suci Allah,
tiada had langsung dalam mencari bekalan ke akhirat kelak.
Antara mahu tak mahu.

Maha suci Allah,
siap ada guideline lagi bekalan mana yang penting dan dijamin berpanjangan.
dan yang mana harus sama-sekali akan dan perlu ditinggalkan
Antara tahu tak tahu.

Maha suci Allah,
bekalan yang salah yang akan jadi berat,
yang betul bahkan meringankan.

.....

bukankah
hikmah dari Allah itu berganda-ganda dan merata-rata
bahkan takkan mampu disingkap semua

Subhanallah
Subhanallah
Subhanallah
walhamdulillah...

Wahai Allah,
limpahan kasih-MU sentiasa mengalir pada setiap saat teapi aku menyedari,
aku selalu lupa mengucap terima kasih kepada-MU.
Aku khuatir sekiranya Engkau marah kepadaku, namun ternyata
sehingga kini limpahan kasih-MU tidak pernah terhenti
sehingga aku berasa malu kepada-MU.

..........

Tidak janggal, malah biasa, bukankah manusia itu mudah lupa.. dan kerana itu sebenarnya manusia juga buta. Melihat tidak semestinya tidak terhalang penglihatan. Bukankah deria itu dari Allah. Maka Allah juga yang mengawalnya. Bukan bergantung pada lensa semata. Mungkin kerana itu wujud istilah-istilah 'melihat dengan hati' 'melihat dengan iman'. Mungkin kerana definisi melihat itu sangat luas.

Mungkin kerana itu juga sentiasa muhasabah dan mentadabbur alam itu penting. Manusia perlu berusaha untuk melihat. Yang ternyata itu semua nampak. Yang tersembunyi itu hanya untuk yang mencari.

Yang menciptakan tujuh langit berlapis-lapis. Tidak akan kamu lihat sesuatu yang tidak seimbang pada ciptaan Tuhan yang Maha Pengasih. Maka lihatlah sekali lagi, adakah kamu lihat sesuatu yang cacat ? Kemudian, ulangi pandangan(mu), sekali lagi (dan) sekali lagi, nescaya pandanganmu akan kembali kepada-mu tanpa menemukan cacat dan ia (pandanganmu) dalam keadaan letih. ( al-Mulk: 3-4 )


Maka jadilah istimewa kerana melihat yang tidak semua orang nampak. Jadilah istimewa di sisi Allah kerana berusaha. Jadilah istimewa kerana istiqamah bermuhasabah dan mentadabbur alam. Bukan hanya di waktu sempit dan susah sahaja, malah di waktu lapang dan bahagia juga. Kerana bukankah hikmah Allah itu dimana-mana dan bila-bila?. Subnahallah. Jadilah istimewa kerana merasai kasih sayang Allah itu.

dan moga kita dikurniakan keikhlasan dalam melihat kerana Allah semata, dan dikurniakan petunjuk serta hidayah dari Allah sepanjang berusaha, serta dilindungi dari syaitan yang dilaknat dan dikeji... amin ya Rab

astaghfirullahal'azim

wallahua'lam

Wednesday, September 21, 2011

takdir buku

bismillahirrahmanirrahim

ada kisah yang mahu dikongsi..

hari ini terasa seperti mahu mencari buku baru.. sedang buku lama pun masih belum habis baca.. suka benar melonggok buku.. mungkin longgokan buku itu ada auranya..

tak susah untuk mencari buku baru. tak perlu beli.. rak-rak buku ayah yang tersusun dengan buku-buku sejak sebelum lahirnya saya hingga yang terkini tersedia. beruntung punya ayah yang suka membaca. :)

menelek-nelek.. lama juga..

terjumpa buku '20 KESILAPAN ANAK'.. Merah membara tulisannya.. lebih 100 muka..

tersenyum sendiri.. sedikit kelat mungkin.. membelek aja muka depannya terpampang tulisan;

Ya Allah Ya Tuhan, kami minta kepadaMU petunjuk, sifat taqwa, keluhuran budi pekerti dan kekayaan. Amin! Amin

22-1-1999

Hadiah daripada Tokyang utk cincinda Nusaibah

dengan dakwat pen biru kekuningan bercampur latar yang dulunya putih

terkejut kecil.. setelah 11 tahun baru saya tahu rupanya tokyang yang hadiahkan.. hati menjadi sedikit pedih kerana rasa bersalah..

nampak sangat tak pernah baca kan?...

Ayah yang bagi buku ni, hadiah katanya.. lalu sangka saya ia hadiah daripada ayah..

senyum kelat lagi.. kenapa tak pernah baca nusaibah?

keluh kecil.. dulu buku ini amat menakutkan.. dengan tajuk merah membaranya cukup untuk membuat diri tidak mahu membaca.. takut, takut andai semua isi buku itu berkisar mengenai saya..

budak kecil (kecillah sangat~), biasalah, bila takut lari.. tiada istilah 'atasi ketakutan' ni..

akhirnya buku ini telah dilupakan.. 10 tahun.. hilang disebalik buku-buku tebal ayah..

takdirnya hari ini.. saya dan buku ini bertemu lagi..

kandungan buku 20 KESILAPAN ANAK;

1. Berbicara dengan kata-kata yang kasar
2. Mengalihkan pandangan
3. Ketika duduk mendahului ibubapa
4. Mengherdik ibubapa
5. Bercekak pinggang di depan ibubapa
6. Membelakangi ibubapa
7. Merendahkan atau menghina ibubapa
8. Memaki ibubapa
9. Mengingkari nasab
10. Mengubah wasiat ibubapa
11. Mengabaikan keperluan ibubapa
12. Mengambil harta ibubapa tanpa hak
13. Menghina agama ibubapa
14. Enggan mengurus ibubapa yang uzur
15. Melawan perintah ibubapa
16. Pergi berjihad tanpa izin ibubapa
17. Dendam terhadap ibubapa
18. Memasuki bilik tidur ibubapa pada tiga waktu terlarang tanpa izin
19. Membiarkan ibubapa menjadi hamba
20. Membunuh ibubapa

belum terlambat kan untuk saya tunaikan tanggungjawab membaca buku ini?
setelah 11 tahun pun.. saya masih seorang anak dan selamanya seorang anak..

moga kita semua mampu menjadi anak yang soleh solehah buat ibubapa kita..
amin ya Rab


Thursday, July 7, 2011

ZikrulMaut vs HubbuDunya

bismillahirrahmanirrahim

Dengan namaMU yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Ya Allah,
matikan kami sebagai Muslimin dan sertakan kami bersama Solihin tanpa dihina dan difitnah..
(Doa lengkap untuk mati dalam iman)

Ya Allah,
jadikan umur kami terbaik di bahagian akhirnya dan amalan kami terbaik di bahagian penutupnya dan hari kami menemuiMu hari yang terbaik sekali. Wahai Wali (Pelindung) Islam dan ahlinya, teguhkanlah kami dengannya (islam) sehingga kami bertemu denganMU..
(Doa sempurna yang penting untuk kematian yang mudah dan menyenangkan- Tabrani)

Ya Allah,
bantulah kami ketika kami kepedihan dan mabuk menghadapi maut..
(Doa sempurna memohon pertolongan Allah ketika menghadapi maut- Tarmizi)

amin ya Rabb


ali-Imran; 185

Sesungguhnya kematian itu suatu peristiwa yang besar.
Dan sungguh apa yang terjadi selepasnya lebih dasyat dari mati itu sendiri.
Dan tiadalah anak adam dalam keadaan sungguh keseorangan melainkan pada saat kedasyatan itu..

"Katakanlah, sesungguhnya kematian yang kamu lari darinya, maka sesungguhnya kematian itu akan menemui kamu, kemudian kamu akan dikembalikan kepada (Allah), yang mengetahui yang ghaib dan yang nyata, lalu Dia beritakan kepadamu apa yang kami kerjakan"
~al-Jumu'3h; 8~

Kematian yang dekat itu akan terasa jauh bagi kita yang lalai mengingatinya.

Rasulullah saw bersabda "Wahai manusia, seakan-akan kematian itu ditakdirkn buat orang lain. Seakan-akan kebenaran (kematian) itu ditetapkan bagi selain kita. Dan jenazah yang kita hantar ke kuburan, seakan-akan hanya melaksanakan tanggungjawab pada si mati, yang dalam waktu yang singkat, akan tiba pula giliran kita. Kita menempatkan mereka dalam kubur dan memakan warisannya. Seakan-akan kita kekal setelah meninggalkan mereka. Sungguh, kita lupa terhadap setiap nasihat dan kita merasa aman dari segala bencana"

Punca kelalaian terhadap mati pula adalah kerana panjangnya angan-angan (Imam al-Ghazali).

Betul kan?

Angan-angan nak jadi kaya
Angan-angan nak jadi ternama
Angan-angan nak berjaya

Tumpuan pemikiran jadi berkumpul disitu, terarah kesitu hingga lupa pada hakikat umur yang sentiasa berkurang, hakikat mati pasti mendatang. Leka berangan-angan, terlupa pula realiti kehidupan. T.T Diri sendiri rasa terpukul. Mengangan-angankan kehidupan dunia yang ntah umur ini cukup atau tidak untuk mencapainya. Sudahnya, umur hanya habis disitu, berangan-angan berpanjangan..

Rasulullah saw pernah bersabda kepada Abdullah bin Umar r.a "Bila engkau berada di pagi hari, maka janganlah dirimu membicarakan waktu petang. Bila engkau berada di petang hari, maka janganlah dirimu membicarakan waktu pagi. Ambillah kehidupanmu untuk bekal matimu. Manfaatkanlah kesihatanmu untuk bekal sakitmu. Kerana sesungguhnya engkau wahai Abdullah, tidak mengetahui apa namamu pada esok hari"

Sahabat-sahabat,

Pandanglah setiap anggota badan masing-masing, dan telitikanlah bagaimana ia akan hancur..
Lihat pada tangan kita.. yang kan melumat dimakan ulat.. tiada daya menepis
Lihat pada kaki kita.. yang kan mereput tanpa fungsi.. tiada daya lagi berlari
Lihat pada lidah masih basah berbicara.. tetap kan hancur membusuk.. tiada daya membela
Rasai dada kita.. yang berombak dan yang berdegup itu akan terhenti..
Tiada lagi nafas baru..
Tiada lagi dunia yang diangan-angankan..
Pintu taubat sudah ditutup..
Maka apa bekalan yang disedia?
Ada?

Maka yang kurang mengingati mati ini, sempatkah mencari bekalnya?

Seorang lelaki Ansar telah bertanya kepada Rasulullah saw "Wahai Rasulullah, siapakah orang yang paling cerdik dan paling mulia?" Nabi saw menjawab, "Yang paling banyak mengingat kematian dan paling bersungguh-sungguh dalam bersiap buat menghadapinya. Mereka adalah orang-orang yang cerdik. Mereka pergi dengan ketenangan dunia dan kemuliaan akhirat"

Tiada penyebab yang menjadikan makhluk mengadap dunia, kecuali kerana sedikitnya berfikir tentang mati (Imam al-Ghazali)

Mengingat mati ini penting buat kita dan mereka yang merasakan hati cenderung kepada dunia. Buat kita mengingat dan mengetahui bahawa kita akan meninggalkannya. Supaya kita tahu, bahawa cita-cita kita harus tidak terhenti pada dunia semata. Ada alam lain yang menunggu. Ada mahkamah besar yang menanti.


Jom sahabat-sahabat,

Perbanyak ingat mati. (Moga Allah permudahkan, amin)

Tampal kat dinding bilik atau board 'INGAT MATI' besar-besar.
At least tiap hari 2-3 kali ternampak, 2-3 kali ingat mati.
Dari 2-3 kali yang sedikit itulah akan jadi banyak, insyaAllah.

astaghfirullahal-azim
astaghfirullahal-azim
astaghfirullahal-azim

wallahua'lam

Sunday, July 3, 2011

Blablabla~

bismillahirrahmanirrahim..

Dengan namaMU yang MAHA PEMURAH lagi MAHA PENYAYANG,
lipatgandakanlah kasihMU buat kami
dan lipatgandakanlah cinta kami pada jalan ini..

Jauhkan kami dari menjadi manusia yang mengatakan apa yang tidak dikotakan,
Yang menyuruh orang lain berbuat baik tapi diri sendiri dilupakan,
Yang menjadikan diri sebagai pembimbing sedangkan diri sendiri tidak terbimbing,
Yang mengajak yang lain beristiqamah sedangkan dirinya menyeleweng..

jauhkanlah dan ampunilah..

amin ya Rab

Besar betul tanggungjawab dalam berkata-kata (penulisan pun sama)
~exhale~
mengeluh? tak baik la mengeluh..
~exhale~ lagi..

terlalu banyak pada kata-kata, terlalu kurang pada tindakan...

~exhale~
tak tambah yang cakap2 lagha lagi tuh..

sahabat,

maaf..pada segala kata yang tidak terkota
maaf..pada segala ajakan tanpa tindakan
maaf..atas segala kata yang hanya kosong belaka..
maaf..atas segala anjuran yang berlainan dengan amalan..

moga tak semuanya begitu, amin

Pada hari kiamat kelak dicampakkan orang berkenaan dalam api neraka lalu terburai perutnya. Ia berputar-putar di dalamnya persis seperti keldai mengelilingi kincir pengisar gandum. Penduduk neraka berkerumum melihatnya. Mereka berkata; "si fulan (rupanya). Bukan engkau dahulu menyuruh yang ma'ruf dan mencegah yang mungkar?" "Benar" jawabnya. "Tetapi aku menyuruh yang baik sedangkan aku sendiri tidak melakukannya. Aku melarang yang mungkar tetapi aku sendiri melakukannya"
-al-Hadith-


*banyakkan istighfar di bulan Sya'ban

Intisari pesanan Saidina Ali karamallahuwajhah;

Sesiapa yang menjadikan pemimpin orang lain, maka hendaklah ia mulai degan mengajar dirinya sendiri sebelum mengajar orang lain. Asuhannya terhadap orang lain biarlah dengan perilaku sebelum tuturkata. Orang yang mengajar dan mengasuh diri sendiri lebih berhak dimuliakan/ dihargai dari orang yang mengajar dan mengasuh orang lain.


Islah nafsak wad'u ghairak


p/s: Salam Sya'ban buat semua.. sama-sama kita sediakan diri. Enjin sudah perlu panas sekarang demi mengharungi sya'ban dan menghadapi Ramadhan.. Hargai sya'ban, hargai ramadhan..



wallahua'lam

Friday, May 6, 2011

Yakinlah Boleh

bismillahirrahmanirrahim

alhamdulillah~seinfiniti~ kerana telah mengurniakan kami hari yang penuh bermakna ini (6 mei 2011)..

Yabeda Yakeru ; Yakinlah Boleh
Tema : Big Girls Dont Cry



Penghargaan : Kepada semua akak2 tahun 5&6 dan sahabat2 tahun 3. You all just made my day :)

Alhamdulillah, sejak masuk u rase macam da lame tak berprogram sebegini... Lari2 lumba2 cari checkpoint :). Seronok.

Alhamdulillah, dengan program yang serba santai dapat banyak pengisian yang menghidupkan hati dan meniupkan semangat.



4 persoalan yang dibawa

1. Ke manakah hala tuju kehidupan?
2. Apa yang ada pada diri?
3. Apakah imaginasi?
4. Apakah yang menjadi perhiasan diri?

3 kata kunci

1. Lihat - Ihsan
2. Percaya - Rukun Iman
3. Yakin - Rukun Islam



Benarlah erti hidup itu pada memberi. Tiada erti hidup pada menyendiri.
Siapa yang tidak berjumpa bahagianya memberi maka bahagia yang dirasai itu bukan bahagia hakiki. Kerana bahagia yang dirasai mereka yang tidak memberi itu bukanlah kebahagiaan yang dapat dikongsi.

Kebahagiaan itu apabila dikongsi, berganda..

Belajar untuk memberi. Belajar untuk hidup bukan lagi hanya untuk diri sendiri.
Belajar untuk belajar dengan tujuan.
Belajar untuk bermain dengan tujuan.
Belajar untuk hidup dengan tujuan.
Tujuan yang diletakkan dan diarahkan kepada Tuhan..Mardhotillah..

Matlamat hidup sudahpun ditetapkan dan diikrarkan
Tinggal tenaga dan usaha yang harus dikerahkan

Teori mudah... Praktikal yang susah...

Jom

Susah-susah dahulu
Senang-senang kemudian :)

insyaAllah

sebab kan sahabat2..

Andai segala tenaga, kemampuan dan masa yang dikurniakan Allah tidak dikerahkan demi mencapai keredhaanNya, maka kemanakah segala potensi itu akan digunakan?

Disimpan jadi lemak?
atau lebih teruk digunakan untuk mencari murkaNya. Na'uzubillah.



Sahabat yang disayangi
Jom berukhwah hingga ke syurga :)



Friday, April 22, 2011

Nilai Tangisan

bismillahirrahmanirrahim






Apa hasil atau ganjaran takut kepada Allah? -what's below is copy pasted-

1. Allah akan memberikan naungan kepada hamba-Nya

Sebagaimana hadith Abu Hurairah radhiyallahu’anhu, ia berkata, Rasulullah shalallahu ‘alaihi wasallam bersabda,

“Tujuh golongan yang mendapat naungan Allah di hari yang tidak ada naungan kecuali naungan-Nya…”

Dan di dalamnya disebutkan,

“…Dan sesorang yang mengingat Allah sendirian (dalam sepi) kemudian air matanya bercucuran…” [Muttafaq Alaih]

2. Selamat dari Neraka

Dari Abu Hurairah radhiyallahu’anhu dia berkata, Rasulullah shalallahu ‘alaihi wasallam bersabda,

“Tidak akan masuk neraka orang yang menangis karena takut kepada Allah (kecuali) hingga ada air susu yang masuk kembali ke tempat asalnya, dan debu yang didapatkan dari berjihad di jalan Allah tidak akan berkumpul dengan asap api Neraka Jahanam.”

[Diriwayatkan oleh at-Tirmidzi, an-Nasa'i dan at-Tirmidzi berkata, "Hadits hasan shahih." Hadits ini juga dishahihkan oleh al-Albani.]

Dari Ibnu Abbas radhiyallahu ‘anhu, dia berkata, “Aku pernah mendengar Rasulullah shalallahu ‘alaihi wasallam bersabda,

“Dua mata yang tidak akan terjilat api neraka, mata yang menangis karena takut kepada Allah dan mata yang berjaga-jaga di tengah malam di jalan Allah.” [Diriwayatkan oleh at-Tirmidzi dan ia berkata, "Hadits Hasan." Juga oleh Abu Ya'la dan al-Baihaqi dalam Syu'ab al-Iman dengan redaksi: "Mata yang menangis pada tengah malam karena takut kepada Allah." [al-Albani menshahihkannya.]

Dari Ibnu Umar radhiyallahu’anhu, dia berkata, Rasulullah shalallahu ‘alaihi wasallam pernah bersabda,

“Mata yang menangis karena takut kepada Allah, tidak akan dijilat api neraka selama-lamanya.” [HR. Ibnu Abi Ad-Duniya]

3. Mendatangkan Kecintaan Allah

Dari Abu Umamah radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah shalallahu ‘alaihi wasallam bersabda,

“Tiada yang penting Allah sukai kecuali dua aliran dan dua jejak. Kedua aliran tersebut adalah: aliran air mata karena takut kepada Allah dan aliran darah di jalan Allah. Adapun kedua jejak tersebut ialah: jejak di jalan Allah dan (bekas atau tanda) akibat mengerjakan satu kewajiban dari perkara-perkara yang diwajibkan Allah.”

[Diriwayatkan oleh at-Tirmidzi dan mengatakan, "Hadits Hasan." Diriwayatkan pula oleh Ibnu Abi Ad-Duniya, ath-Thabrani dalam Mu'jam al-Kabir dan dishahihkan oleh al-Albani.]

4. Keselamatan dari fitnah dan yang lainnya.

Dari Uqbah bin Amir radhiyallahu ‘anu berkata, aku pernah bertanya, “Wahai Rasulullah, apakah keselamatan itu?” Rasulullah shalallahu ‘alaihi wasallam menjawab,

“Jagalah lisanmu, menetaplah di rumahmu, dan tangisilah dosa-dosamu.”

[Diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan at-Tirmidzi. At-Tirmidzi berkata, "Hadits hasan." Dan dishahihkan oleh al=Albani.]

5. Kebahagiaan di dunia dan akhirat

Dari Tsauban bin Amir radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah shalallahu ‘alaihi wasallam pernah bersabda,

“Thuba bagi siapa saja yang menjaga lisannya, menetapi rumahnya dan menangisi dosa-dosanya.” [HR. ath-Thabrani]

Thuba ertinya kebahagiaan dan kesenangan tiada tara. Ada juga yang mengertikannya dengan surga atau sejenis pohon di surga.

-copy pasting ends here-



"menangislah sekarang
...

pecah berombak
sendu Cinta

pasakkan kuat hati si hamba


masa memakan usia dunianya

dosa memamah berkatnya


kehidupan itu
sejak roh hingga akhirat

bukan
buaian hingga liang lahad

masa depan itu
syurga atau neraka
hanya

menangislah sekarang
....

sebelum terlambat"



wallahua'lam

Takut Lipas?

bismillahirrahmanirrahim

Ya Allah, kurniakanlah kepada kami dua biji mata yang mudah mengalirkan airmata
agar dapat menyembuhkan hati dengan linangan airmatanya,
kerana takut kepadaMU.

amin ya Rab


TAKUT ialah sesuatu yang subjektif, macam cantik. Ada sesetengah perkara ditakuti oleh sebahagian pihak tetapi tidak oleh sebahagian yang lainnya. Bolah jadi juga perkara yang disukai sesetengah orang ditakuti sesetengah yang lain. Sebab mengapa takut juga boleh jadi bermacam-macam.

Contohnya lipas, ada yang takut lipas ada yang tak, mungkin ada juga yang suka. Ada yang takut sebab lipas kaki banyak, ada yang takut sebab lipas warna cokelat2 hitam, mungkin ad juga yang takut sebab lipas suka merayap. Mungkin ada yang tak takut.. cuma geli...

Tapi entry kali ini bukanlah berkisar mengenai lipas.

Sebaliknya mengenai takut kepada yang hak. Siapakah yang berhak mendapatkan rasa takut dari kita? sudah tentu bukan cik lipas..

habis tu kepada siapa? bila? dimana?

Allah s.w.t
pada setiap tarik dan hembus nafas, pada tiap nadi yang berdegup, setiap masa..
di mana-mana kerana DIA sentiasa bersama

kenapa?

Because we have all da reason there is to be afraid of HIM...



Ketakutan kepada Allah bukanlah sesuatu yang mudah dicapai. Ia merupakan ciri hamba yang bertakwa, punca dan hasil kehebatan iman mereka. Susah tak bermaksud tak payah, payah.... tapi perlu. Perlu diusahakan, perlu dicapai, perlu dirasai, perlu dilazimi sebelum peluang itu tertutup, sebelum jasad hanya tinggal jasad tanpa nyawa.

Sahabat-sahabat, mari bertanya pada diri..
sudah berapa lama hidup tanpa rasa takut kepada Pencipta?
berapa lama lagi ingin hidup begitu?
masalahnya berapa lama lagi hayat hidup yang tinggal?

Jangan sampai mati sebelum sempat merasai sahabat-sahabat.. naya nanti..

Cuba untuk menjawab persoalan apa itu takut kepada Allah dengan cara yang mudah insyaAllah..

Pernah tengok hantu kak limah? takut tak?

tak....

owh, ok2.. tukar. Pernah tengok cerita hantu yang menakutkan? takut tak?

takut2

okeyh, tapi takut kepada Allah bukan macam tuh. Tutup mata, lari sembunyi2 pastu malam tak ley tido.

Takut ni pun ada jenis dia. Ada takut yang mendekatkan, ada yang menjauhkan. Rasa takut kepada Allah ini merupakan takut yang mampu untuk mendekatkan kita kepadaNYA dan DIA kepada kita.

Takut ini membuatkan kita
Patuh dan turut pada semua perintah Allah
Takut untuk tidak melaksanakannya, takut untuk meninggalkannya, takut untuk mengabaikannya, takut untuk meleweh-lewehkannya
Takut untuk melakukan laranganNYA
Takut pada marahNYA murkaNYA
Takut pada pengabaianNYA
dan tidak takut pada selainNYA.. apatah lagi pada yang cuba menyaingiNYA..

"Siapa yang takut kepada Allah nescaya semua orang takut kepadanya. Akan tetapi barangsiapa yang takut kepada selain Allah nescaya Allah menjadikannya takut kepada segala-galanya"
-al-Hadith-

Mengapa mesti takut?

As i have said before, we have all da reason there is to be afraid of Allah. To be listed insyaAllah there's few that i will.

bismillah

1st of all. Clearly because He's da one who created us and in dat way owns us. Kalau kepada ketua, boss atau tuan kita pun kita takut takkan kepada Allah tidak. Bukan setakat tuan, Tuhan kot. Apatah lagi kalau da kena warning. Mesti lagi hati-hati kan, makin taat makin patuh.

"Wahai sekalian jin dan manusia! Kalau kamu dapat menembus keluar dari kawasan-kawasan langit dan bumi (untuk melarikan diri dari kekuasaan dan balasan Kami), maka cubalah kamu menembus keluar. Kamu tidak akan menembus keluar melainkan dengan satu kekuasaan (dari Allah).

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?.

Kamu (wahai golongan yang kufur ingkar dari kalangan jin dan manusia) akan ditimpakan dengan api yang menjulang-julang dan leburan tembaga cair (yang membakar); dengan yang demikian, kamu tidak akan dapat mempertahankan diri (dari azab seksa itu)"


[ar-Rahman; 33-35]



The other reason i want to state is dat, ketakutan kepada Allah sangat mempengaruhi ibadah kita seterusnya amalan dan bekalan kita ke akhirat sana.

Dr. Ibrahim bin Muhammad al Buraikan, menyebutkan bahawa ibadah itu ditegakkan di atas tiga sendi, yaitu Cinta , Takut dan Pengharapan kepada Allah s.w.t

Maka pada ibadah itulah cinta
Pada ibadah itulah takut
Bersama ibadah itulah pengharapan

Dengan adanya sendi-sendi ini insyaAllah ibdah akan lebih khusyuk dan ikhlas semata-mata kerana Allah.

Bila hilang sendi atau sakit sendi mulalah akan sakit hati, hilang kekhusyukan dan keikhlasan. Mulalah ibadah berlubang dengan dunia, riak dan penuh keterpaksaan.

Indahnya andai mampu hidup merasai kemanisan iman dan ibadah kepadaNYA.



yang baik jadikan teladan yang tidak maafkan.. sekadar berkongsi

Ya Allah

letakkanlah kecintaan ini hanya untukMU
ketakutan ini hanya kepadaMU
kehidupan ini hanya keranaMU
dan sempurnakanlah kehidupan akhiratku

janganlah kerana dosa dan khilafku
dilambatkan kemenangan islam itu

amin..

wallahua'lam

Tuesday, February 22, 2011

antara usaha dan penyebabnya

bismillahirrahmanirrahim..

"mengapa?
mengapa mesti aku? ...."

lewat hati bertanya pada diri
ahiratkah di ufuk jiwa
atau dunia yang telah bertahkta..

sedang kalimah syahadah itu
telah kusaksikan
dan akan ku genggam
hingga akhir hayat dikandung badan..

"Tiada tuhan selain ALLAH,
dan Muhammad saw itu pesuruh ALLAH"

"mengapa..
megapa mesti bukan aku?...."




Pernah suatu ketika dahulu, saya pernah pergi mendapatkan seorang teman. Supaya dia dapat memberi saya kalam-kalam CINTA yang mampu menjadi pedoman hati kala jiwa tidak tenteram dan suram. Dia diam, dan dengan pandangan separuh sedih separuh kasih dia berkata;

"Kadang tanpa sedar kita sebagai hamba berlaku kurang ajar dengan Tuhan"

Saya terdiam.. Cuba untuk memahami kata2 yang dilontarkan.

Mungkin ada benarnya...
Mempersoalkan itu ini, mengapa bukan begitu mengapa harus begini. Di mulut laju kalimah Allah itu Maha Pengasih, Maha Mengetahui, sejauh mana diri mengingatinya saat diuji. Bukankah Allah itu Pengasih sentiasa ketika diuji mahupun diberi nikmat. Allah tak akan sesekali salah dalam mengatur, kitalah yang seringkali salah dalam tindakan.

"kita meletakkan segala sebab itu ke atas dunia.. Sedangkan bukankah Allah yang merencana segala..."


lapar mesti makan untuk jadi kenyang
ngantuk mesti tidur untuk jadi segar
sakit kena makan ubat baru sihat
kalau study banyak mesti boleh jawab exam
kalau guna fair n lovely akan jadi putih
kalau guna lifebouy jadi bersih
dan lain2 sifir kehidupan

Kerana kebiasaannya begitu, maka kita mula menanam dalam diri bahawa itulah sifir kehidupan dan ianya tetap. Apabila sifir itu salah, maka mulalah diri mempersoalkan segala.

Kenyang itu dari Allah, segar itu dari Allah, sihat itu dari Allah, kejayaan itu dari Allah. Nikmat itu dari Allah. Sekali-sekala Allah tarik untuk menguji, kadang Allah tarik untuk mengembalikan diri kita kepada hakikat sebenar.. dari mana datangnya itu semua.

Allah berhak memberinya kepada sesiapa yang dikehendaki, dan menariknya daripada sesiapa yang dikehendaki.

Makan, study, tidur dll hanyalah usaha. Benar, usaha tangga kejayaan. Tetap, natijahnya harus disandarkan pada Tuhan.


cth semata;

situasi 1: masih boleh lapar walau makan banyak (tak bace doa kowt)

situasi 2: masih boleh kenyang walau makanan sedikit (bace doa, dan makan dalam keadaan mensyukuri nikmat dan tak membazir)

situasi 3: tidur separuh hari aka 12 jam still mamai-mamai bila bangun (masa bangun masa tak dimanfaatkan kowt.. byk men game, berfoya2, mengaji tak nak dll)

situasi 4: sehari tidur separuh dari suku hari aka 3/4 jam je tapi cergas macam superman/women (masa bangunnya dimanfaatkan dengan tahajjud seawal bgn, kerja2 masyarakat, mengaji dll)

*hanya contoh2 situasi kecil dan umum. Tiada kena-mengena dengan yang hidup atau mati. Kalau ada, kebetulan semata.


"Mereka yang percaya pada Allah, percaya pada kuasa Allah, percaya pada keajaiban yang lari dari sifir biasa kehidupan, dan mereka tidak kan pernah putus harapan"


“Sesungguhnya perkataan Kami terhadap sesuatu apabila Kami menghendakinya, Kami hanya mengatakan kepadanya : Kun – (jadilah) – maka jadilah ia“
an-Nahl;40


Orang dulu-dulu kata, air dicincing takkan putus.. tapi pernah tak air putus tanpa dicincang pun?
Orang kata jangan main api, api itu panas membakar.. tapi pernah tak api itu sejuk dan tak membakar?
Orang kata, buah kena petik dari pokok.. tapi pernah tak buah terhidang tanpa dipetik?

owh.. ini kisah zaman anbiya' mana ada lagi da sekarang ni....

erm, tapi bukan kah kisah ini diceritakan untuk kita ambil iktibar darinya..


yang baik jadikan teladan, yang tidak maafkan dan jadikan sempadan


saatku hambar dan hilang
berilah kata-cerita cintaNYA
agar aku boleh kembali


wallahua'lam

Wednesday, February 9, 2011

opps ujian piramid

bismilahirrahmanirrahim..


" telah berjanji bahawa Allah itu yang pertama..."

Alhamdulillah, siapa sangka untuk cuti winter kali ini ke Malaysia juga pulangnya saya. Adik-adik, sepupu, mak saudara dan umi ayah yang kerap bertanya " bila nak balik lagi?" selama ini saya jawab dengan penuh yakin "insyaAllah bulan 7 ni". Tup tup masih di bulan febuari saya sedang berilek-ilek atas katil sendiri di rumah menulis blog. Sungguh, sebaik-baik perancangan itu perancangan Allah dan sehalus-halus peraturan itu aturan Allah. Maka siapa yang hendakkan perancangan dan aturan terbaik dalam hidupnya, maka letakkanlah dan pergantungkanlah segalanya hanya pada Allah swt.


*gambar hanyalah hiasan semata

Krisis Mesir, Operasi Piramid, Day of Departure..

Ya saya di situ untuk sedikit sebanyak meraih dan mengutip pengalaman bermakna. Hakikatnya, tidak banyak yang saya alami melainkan kebanyakannya hanyalah bunyi-bunyi. Berada di dalam rumah, bersama rakan-rakan yang lain, kami diuji dengan sedikit ketakutan yang Allah turunkan sebagai ujian yang kecil. Mengapa hanya kecil? Kerana kami diuji dengan ketakutan dalam keadaan yang Allah letakkan kami dalam keselamatan, alhamdulillah.

"Demi sesungguhya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (merasai) kelaparan dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar." al-Baqarah; 155

Mana boleh kami merintih, mana boleh kami mengeluh sepatutnya, bila Allah uji kami dalam masa yang sama letakkan kami bergelumang masih dalam nikmatNYA yang bukan sedikit. Bukankah sabar itu adalah pada kejutan yang pertama?
Astaghfirullahalazim, cakap atau tulis memang senang..

Nikmat apa yang dimaksudkan?
nikmat diuji dengan ketakutan dalam keselamatan
nikmat makan sedap dengan meriah bersama rakan-rakan (tidak diuji dengan kelaparan)
nikmat masa lapang yang sebelumnya kami ternanti-nanti dengan keluhan
nikmat persahabatan yang Allah eratkan
dan masih banyak untuk di'list'kan..

Alhamdulillah..

Sesungguhnya maghfirah Allah luas melebihi dosa hambaNYA
dan kasih sayang Allah melebihi murkaNYA
nikmat Allah melebihi balaNYA
cakna Allah terhadap hambaNYA itu sentiasa..

maka cakna kita terhadap Allah dan agamaNYA?


“Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan:"Kami Telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi? Dan Sesungguhnya kami Telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, Maka Sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan Sesungguhnya dia mengetahui orang-orang yang dusta.” al-Ankabut; 2-3


Hakikat ujian. Ujian tidak dapat tidak akan diringi hikmah. Maka apa yang tidak diiringi hikmah, bukanlah ujian tetapi bala. Ujian tidak dapat tidak harus diiringi dengan sabar. Maka bila tidak diiringi dengan sabar tetapi keluhan, ujian akan menjadi bala. Ujian tidak dapat tidak mengeratkan hubungan hamba dengan Penciptanya. Maka bila hubungan menjadi semakin jauh dengan Tuhan disebabkan ujian, memang balalah yang kan menimpa.

Hakikat mukmin. Mukmin sentiasa dalam keadaan beruntung. Bila diuji sabar, maka akan menjadi baik untuknya. Bila diberi nikmat syukur, maka tetap menjadi baik untuknya.

Hakikat munafik. Munafik bila diuji mengeluh, dan itu menjadi buruk untuknya. Bila diberi nikmat kufur, dan nikmat itu juga menjadi buruk untuknya.

Tepuk dada tanya selera..

"dan bahawasanya seseorang manusia itu tiada memperoleh selain apa yang telah diusahakannya" an-Najm; 38

alhamdulillah, opps piramid buat saya da tamat. Tetapi rakyat mesir masih dalam ujian dan perjuangan. Sama-sama kita doakan yang terbaik buat mereka dan Islam.

wallahua'lam