Friday, January 8, 2010

MABRUK~

bismillahirrahmanirrahim..

dengan namaMU ya Allah
yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

tetapkanlah kami pada jalanMU
pimpin kami
tunjuki kami
pada jatuh bangun kami..

sesungguhnya kami khalifah bumiMU
namun sering kamu lupa amanah ditaklifMU

ikhlaskan hati-hati kami
kuatkan jiwa-jiwa kami...

sesungguhnya solat kami, ibadah kami, hidup kami, mati kami hanya keranaMU ya Allah...

amin ya Rab





alhamdulillah
alhamdulillah
alhamdulillah

Pertama sekali saya nak ucap tahniah dan terima kasih kepada AJK2 JPC PCI dan AJK2 MTC PCI yang telah bertungkus lumus menjayakan program-program yang telah berlangsung seperti yang dirancangkan, insyaAllah... (^^)

Kedua saya nak ucap tahniah dan ribuan terima kasih kepada AJKT2 lame PCI yang telah menabur jasa dan bakti, mengorban waktu dan diri untuk PCI serta warganya. Antum semua saya percaya telah mencuba sedaya antum dalam melaksanakan taklifan yang diberi dan saya percaya kata2 seperti 'tak nampak buat kerja' atau 'tak banyak kerja' adalah tak relevan sama sekali... Andai terdapat kekurangan atau kesilapan, tegurlah pada kekurangan serta kesilapan itu sahaja bagi mengelakkan istilah2 seperti 'tak nampak macam buat kerja' dilontarkan.. Hakikatnya kita jugalah yang telah memilih mereka untuk menanggung tanggungjawab besar tersebut.. bersatu kita teguh,saling membantu kita makin utuh..
Lastly buat AJKT2 semua, JASAMU DIKENANG(^_^)



ketiga saya nak ucapkan tahniah dan terima kasih juga pada sahabat2 AJKT baru yang telah dilantik.. Moga diberi kekuatan dan kemudahan dalam melaksanakan amanah yang telah dipertanggungjawabkan.. Yang memilih adalah kami,hakikatnya yang menentukan adalah Allah jua.

'wamakaru wamakarallah wallahukhairul makirin'.

Maka antum adalah ahli PCI yang dipilih Allah untuk menerajui, mngemilang dan menterbilangkan PCI. Bak kata kak yani, biar tahun yang dipegang menjadi tahun yang gemilang. insyaAllah, antum mampu(^^) yakin pada diri, kerana kami yakin pada antum. Taklifan ini adalah ujian jua nikmat, maka tabahlah menghadapi ujian dan jangan disalahgunakan nikmat yang diberi.. Moga setiap langkah antum dibawah pimpinan dan petunjuk dariNYA, kami bersama antum, insyaAllah. amin..
~fighting!!~(^^)

Buat semua, diri saya juga, AJKT telah dilantik tapi tanggungjawab pada bahu kita tak gugur malah tetap ada. Kita masing2 ada taklifan dalam memastikan kelancaran rangka2 perancangan yang ditelitikan setiap AJKT baru. Sama-sama kita berganding bahu, sama2 sayangkan PCI, kerana PCI hakikatnya adalah kita(^^) .

Tiada salah dalam berkampung, namun harus diingat setiap kampung ada hak2 dan guideline masing2. Kampung A mahu hidup, kampung B pun sama, masing2 ingin hidup cemerlang dan terbilang. Jadi mengapa perlu saling menjatuhkan. Masalah akan timbul apabila terdapat hak2 tak tertunai pada mana2 belah pihak. Andai anda adalah kampung A dan ingin menyertai aktiviti2 kampung B, kerana ke'best'an aktiviti2 mereka adalah tidak salah selagi mana kampung anda iaitu kampung A mendapat hak yang sepatutnya dari anda kerana aktiviti2 kampung A yang ada pun hebat2 serta best2 juga. Adalah tidak patut ahli kampung A menyertai meyuarat tahunan kampung B andai mesyuarat tahunan kampung A dia tak pergi (contoh semata). Sama2 mahu hidup, lalu ayuh kita hidup secara harmoni(^^)

sumthin dari hati. Harapnya AJKT2 baru pada MTC PCI tahun depannya apabila dipinta penjelasan (soalan) usah ada unsur 'nafi' mahupun 'lari'(no offenses). Biarlah andai turun, turun dengan gayanya.(^^). Berani kerana benar. Berterus teranglah dan ikhlaslah dalam jawapan, moga bila turun,turun dengan tenang. Andai salah,dibetulkan andai betul,dijelaskan.

akhir kata.. MOGA SELAMAT SEGALA(^^)

wallahua'lam

saya,
hamba hina....

25 comments:

aziz said...

hemmmmm.,.,,.

Meru said...
This comment has been removed by the author.
Dr. Alex said...

hanif hafiz;
itu melibatkan individu.
andaikata cikgu tersebut ingin mengajar di sebuah rumah, adakah cikgu matematik tersebut tidak perlu memberitahu kepada tuan rumah itu terlebih dahulu?

Dr. Alex said...

pada suatu hari, ada seorang ustaz pergi jalan-jalan ke sebuah kampung. masuk waktu asar, dia tumpang untuk solat di surau kampung berkenaan.

selesai solat dan mengaminkan doa yang dibacakan oleh imam, beliau (ustaz tersebut) segera mencapai microfon dan memberikan sedikit tazkirah(peringatan) kepada jemaah yg hadir.

selesai bagi tazkirah dengan macho dan bergaya, dia turun dan meneruskan perjalanannya ke kampung lain(barangkali).
lalu penduduk kampung tertanya2 siapakah gerangan ustaz tersebut yg datang secara tiba2 lalu meyampaikan tazkirah?


sedikit kesimpulan;
1. matlamat tidak menghalalkan cara.
tazkirah itu sesuatu yg baik, niat ustaz itu baik; untuk memberikan peringatan dan disampaikan kepada ahli jemaah yg hadir.

namun, apa yg perlu ditekankan disini adalah; etika dan adab. kita perlu menghormati ajk surau tersebut dengan meminta izin dan kebenaran. mungkin ajk surau tersebut telah merangcang aktiviti setiap kali selepas solat; sebagai contoh membaca kitab fekah etc.
tp telah diganggu oleh tazkirah oleh ustaz misteri tersebut. jadi wajarkah tidakan ustaz tersebut?

apakah yg terjadi sekiranya tazkirah itu terselit beberapa perkara yg kontroversi? sudah tentu ajk surau akan dipersalahkan dan diambil tindakan...

2. berlapang dada. suatu perkataan yg amat mudah kita menyebutnya. namun sejauh manakah kita beramal dengan kalimah itu. adakah sekadar meniti dibibir sahaja? segala-galanya teori yg perlu diiringi dengan praktikal. adalah sesuatu yg menjengkelkan andai kita menyeru org lain utk berlapang dada tetapi kita sendiri tidak berlapang dada.

**********

3. tidak kiralah sesiapapun yg ingin menjalankan program mahupun aktiviti; kg A, kg B mahupun kg Z. apa yg penting adalah etika dan adab kita. dimana akhlak kita sebagai seorang penyeru?
adakah dengan niat kita untuk melakukan kebaikan dapat menghalalkan apa jua cara kita yg kita gunakan?

4. memetik kata-kata tuan guru nik abdul aziz dalam ucapannya semasa majlis perasmian ECER;
Setiap rumah pasti ada tuannya. Adab berumah; masuk berpintu, keluar bertangga.

wallahualam..

org kampung said...

setiap kampung dan taman memerlukan dewan org ramai utk beraktiviti.

jom wujudkan teratak iskandar :)

cintateratakiskandar said...

saya sokong teratak iskandar!!

pembaca said...

salam...

satu muhasabah dari ahli yg x bercakap di mtc.
tp lantang di dunia maya...

teruskan berkata pada yg benar, walau akan dikritik dan dikeji.

jom tolong ajkt baru tubuhkan teratak iskandar yg kite sokong haritu (^_^)

Nusaibah said...

to hanif hafiz,

insyaAllah tak de salahnya
dalam menuntut ilmu..
tapi jgn lupa datang jugak kelas yang kmpung sendiri buat ek(^^)

to dr alex,

syukran atas jawapan dan perkongsian
moga membawa manfaat untuk semua
insyaAllah

sememanya kata2 itu jauh lebih mudah dari melaksana

ayuh sme2 sekurangnya mencuba
insyaAllah

ya Allah permudahkanlah
dan berilah kekuatan buat kami

amin ya Rab

orang kampung n cintateratakiskandar

ya saya juga menyokong teratak iskandar

moga segala urusan yang berkaitan teratak iskandar dipermudahkan olehNYA

amin ya Rab

to penbaca

syukran

moga Allah tetapkan hati-hati kita pada jalan yang benar..

insyaAllah, amin ya Rab

ayuh!!(^^)

Anonymous said...

Alhamdulillah..

menarik kata2 student alex.tp kata2 yg menarik x smstinya membuktikan 'amal yg mantap.

mgkn komentar yg saudara yasir slaku senior tahun 4 smasa MTC sudh ckup utk merungkai sgala prmasalahan yg ada.mgkn bleh cube ingt2 kembali klau dh lupe.

Sy slaku ahli kg A sgt mghrgai kg A krana d sana wujud usaha2 da'wah yg brterusan kpd smua pnduduk2 kg A.tp ini tidak brmakna sy tidak boleh mghadiri aktiviti2 kg B skiranya kg A tidak mampu menyediakan sgala2nya utk pnduduk2nya.

sbnrnya kita prlu memahami konsep la ikrohafiddin tu dgn jelas..stiap org punya otak & bleh brfikir..mereka tahu apa yg trbaik buat mereka dan mereka berhak memilih.jgnlah disebabkn sifat kita yg trlalu taksub dgn ssbuah prsatuan,menyebabkn kita menafikan hak org lain utk memlih apa yg trbaik utk mereka..d msia nant berpuluh2 persatuan,organisasi dan jamaah yg ada.pilih je yg mana korg nak asalkan berlandaskn Al-Quran dan Sunnah..tp tidak nmpk plak diorg brgaduh bab2 kg ni..smuanya sebok dgn 'amal..(fastabiqul khairat!)

sebokkan diri dgn 'amal & study, insyaAllah kita akan kurg brcakap mslh2 ini lg..

tidak perlu menghalang org lain atau menyalahkan ssbuah organisasi lain skiranya trdapat kelemahan pd organisasi kita..yg pnting kita cuba baiki kelemahan kita dan beramal semaksimumnya..

memetik kata2 student alex

((adakah dengan niat kita untuk melakukan kebaikan dapat menghalalkan apa jua cara kita yg kita gunakan?))

wujudkah di sana unsur haram/tidak halal dlm hal2 da'wah dan kebaikan?skirnya ada, itu tidak dinamakan kebaikan atau da'wah.klau ada,sila nyatakan..

smoga Allah membuka mata hati kita untuk melihat stiap org yg berusaha utk melaksanakan segala usaha kebaikan sbagai teman dan sahabat dlm da'wah & perjuangan ini..

berlainan knderaan utk menuju ke suatu tmpt tidak brmakna tmpt yg dituju adalah berlainan..sbaliknya berlumbalah utk menuju ke tmpt itu & jgn lupa utk saling membantu..smoga jannah menjadi tempat prtemuan kita kelak..ameen..

Anonymous said...

assalamualaikum..

kebetulan lalu sini terbace komen anon di atas..

sedikit perkongsian, tidak salah kalo nak pergi prog mane2 persatuan pon. selagi ade manfaat kite ambil dan kutip segala mutiara ilmu yg ada..

cume ape yg dimaksudkan di sini adalah KOMITMEN anda dgn persatuan anda. yang mane satu menjadi pilihan di hati? camne bile ade pertembungan prog/manhaj? mane satu yg anda lebih utamakan? jika anda sekadar mengikut mgkn anda bebas memilih, ttp jika anda adalah penggerak, siapa yg anda akan lebih cenderung utk berikan fokus yg lebih?

masalah yg ditimbulkan mengenai 'kampung' ni bile org tu ahli kampung A, tp keje n komitmen die lebih ke kampung B.. kes ni agak merugikan kampung sendiri la kan.

x de sape nak halang sape utk buat sesuatu kebaikan. tp kalo tahap hilang prioriti n aulawiyat, segalanya akan bercelaru. yg atas jadi bawah dan yg bawah jadi atas..

x kesah la anon nak masuk aktiviti kampung sebelah pon, tp jgn lupe tanggungjawab kat kampung sendiri - ini point die sebenarnye!

yang paling dahsyat tu jadi api dalam sekam, duri dalam daging.. bile hati dah dok kat kampung lain, org kampung sendiri diajak dok kat kampung lain.. then, kampung sendiri hilang kekuatan, tercungap2 nak hidupkan segala perkara ma'ruf n cegah mungkar kat kampung asal.. parah2..

fikir2kanlah realiti, x perlu bercakap atas angin..

pasal analogi kenderaan tu sebenarnye perlu diteliti lg, sbb lagi byk kete kat jalanraya, lagi tinggi keberangkalian akan berlaku eksiden same2 kereta tu kan? kalo satu kenderaan je x de la nak kenderaan lain nak langgar.. apatah lagi masing2 nak gune jalan/haluan sendiri, x de keselarasan/kesepakatan antara kenderaan tu.. x nampak dah org lain.. ish2, bahaya2..

last skali, rasenye kat malaysia lagi dahsyat kot bab2 jemaah ni, anon x perasan je. makin banyak org suke pecahkan jemaah2 ni biar jd lagi byk.. sume hilang taat n wala' kat pimpinan, nak ikut kpale sndiri, lg faqih la katakan..(x puas hati sket mufarraqah)x2.. masalah umat akhir zaman...

Anonymous said...

xabes2..klu cmni smpai ke mati pun xsetel..xphm aku..

Anonymous said...

bende simple je pon, x paham lg x tau la~

dah2, gi blaja kalo x paham2 lg..

Anonymous said...

Bismillah

sy ahli kg A dan sy juga penggerak kg B..sy pg program kg A n sy pg gak prgrm kg B..tp kdg2 prtmbungan tu x drncang..jd sy berhak utk memilih prgrm yg mana 1 sy nk pg..2 2 prgrm baik..siapa kita utk memaksa org lain pg prgrm kita?

nk tnya sket kat anon d atas..

1) knape kite suke buruk sgka bila org buat kebaikan?api dlm sekam la..gunting dlm lipatan la..sy x nmpk pun kg A ni runtuh n hancur bila kg B buat prgrm..n sy nmpk ahli2 kg B pg je bila kg A buat prgrm..jagalah hati jgn kau kotori,jagalah hati lantera hidup ini..

2) kenapa kita mudah menyalahkan org lain apabila diri kita yg lemah?perbaiki kelemahan diri..bukannya dgn mudah mengatakan org lain yg mnjadi penyebab mnurunnya prestasi kita..

3) salahkah sy mengikut prgrm 1 kg yg dpt menjamin kelangsungan tarbiah sy di msia?yg akan bersama sy di msia ketika sy susah(especially masa housemanship)..yg sy x kan dpt bila bersama kg A..salah ke?kita berhak memilih..nk bersama yg mana2 pun xpe..

pasal analogi knderaan tu pun kena teliti lg..xkan 10000 org nk naik 1 knderaan je kot kan?x muat la cik abg oi..byk knderaan xpe..asalkan pemndu2nya berhemah & saling kasih mengasihi lillahi taala..mgkn juga knderaan tu xde air cond,so yg nk air cond bleh la naik knderaan lain kan? tiada paksaan utk menaiki mana2 knderaan.bgitu juga ssbuah prsatuan yg besar..kmgkinan bhwa ahli ssbuah prsatuan itu utk mengikuti prgrm prsatuan lain lain lantaran kekurngn prsatuan itu tidak dpt dielakkan..yg pnting kita saling berlumba menuju destinasi dgn mengikut had laju yg ditetapkan(Al-Quran n As Sunnah)..

last skali..
wujudnya pelbagai jemaah d msia patut dipandang dr sudut positif..byk yg bermatlamatkan utk mengembalikan khilafah Islamiah d muka bumi ini..memastikan Islam kembali agung.pilihlah satu jemaah yg mmpunyai mtlamat yg jelas dan manhaj yg mantap yg ssuai dgn diri anda.yg tidak bersifat waqi'ie..tiada paksaan dlm memilih mana2 jemaah ini.jgnlah sibuk mengatakan kelemahan gerak kerja org lain sdgkn gerak krja kita masih lemah.tp bekerjasama lah!!! hanya dgn krjasama dpt menyatukan kepelbagaian jemaah yg ada..

wallahua'lam..

Anonymous said...

waa..post panas nusaibah..haha

Anonymous said...

Merujuk kpd kata2 sAudari nusaibah..

"Andai anda adalah kampung A dan ingin menyertai aktiviti2 kampung B, kerana ke'best'an aktiviti2 mereka adalah tidak salah selagi mana kampung anda iaitu kampung A mendapat hak yang sepatutnya dari anda kerana aktiviti2 kampung A yang ada pun hebat2 serta best2 juga"

Jawapan saya yg hina ini :-

"Andai diri ini boleh dikerat dua,akan ku kerat ia menjadi dua untuk pergi ke kedua-dua program yg mgkn kdg2 ter'clash' scara x sengaja..

Akan ku pastikan hak kedua-dua persatuan tertunai.

Biarlah diri ini menjadi korban asalkan hak kedua-dua persatuan tertunai.

Tetapi hakikatnya diri ini tidak mampu kerana aku hanya punya satu jasad milik yg maha esa.

Biarlah diriku memilih yg trbaik buatku.akan ku cuba utk tidak mengabaikan mana2 persatuan.insyaAllah.

hanya 1 yg ku pinta,

BERSATULAH DALAM UKHWAH ISLAMIAH MESKIPUN ANDA BERLAINAN KENDERAAN!"

Anonymous said...

kalaulah dengan banyaknya kenderan itu mampu mempercepatkan sampai destinasi, maka itu boleh diguna pakai.bak kata yusuf qardawi. taadud jemaah dibenarkan dengan syarat jemaah yg terbentuk selepas jemaah yg asal ADALAH MEMBANTU kepada jemaah yang asal, bukan melambatkan kemenangan dicapai,namun semua boleh nampak, itu teori yang susah dicapai kerana kepala lain2, fikiran lain2, ego masing2, walaupun kata nak buat n capai benda yg sama, kenapa dari asal taknak bersatu dan tak nak baiki kelemahan pada jemaah asal yang ada?

mustahil segala jemaah yang ada saling membantu walaupun masing2 ada hadaf yang sama.

KECUALI, bila rendahkan ego, pecahkan tembok,bernaung dalam satu pusat yang sama, dan tidak menolak mana2 sisi islam yg Nabi sendiri guna dalam nk capai matlamat khilafah suatu ketika dulu.baikilah gerakan islam yang terlengkap dan terawal.itu penyelesaiannya.

soal jemaah, jauh lebih susah.

namun practicalnya ada disini.

jemaah masing2 itu siapa tak kisah kerana itu pilihan akal waras masing2 memilih apa yang paling betul dan lurus bgnya, apa yang dipilihnya itu sudah yakin tidak AKAN MELAMBATKAN kemenangan buat islam...

dan masing2 ada punca kekuatan sendiri, berkhidmatlah ditempat mana2 orang tidak bergaduh kerana siapa atau mana jemaah yang kita duduki.BERKHIDMATLAH, bukan berassobiyahlah!

PERUBATAN medium terbaik utk amal kemasyarakatan atau amal ijtimaie.

namun kalau ada jemaah sendiri, itu hal masing2, tayah bertengkar disini.mencari jemaah, perlukan masa panjang.bukan boleh main jentik2 saja.jemaah itu tempat kamu meperoleh kekuatan, tempat kamu memberi kekuatan agar mampu memenangkan ISLAM.jgn keliru antara amal jamaie dan amal ijtimaie.

wanita biasa~

Dr. Alex said...

Heh. macam2 la anon ni. dah la guna nama anon. kesian kt anon. aihh..
org buat analogi guna kereta, dia g persoalkan pasal kereta.. keta kecik la, keta takde ekon la. org buat analogi guna tudung , g kecoh pasal tudung.. aihh..


Quote from:
Anon January 16, 2010 4:57 PM

memetik kata2 student alex

((adakah dengan niat kita untuk melakukan kebaikan dapat menghalalkan apa jua cara kita yg kita gunakan?))

wujudkah di sana unsur haram/tidak halal dlm hal2 da'wah dan kebaikan?skirnya ada, itu tidak dinamakan kebaikan atau da'wah.klau ada,sila nyatakan..

End of Quote.


Kalau melihat kepada analogi ustaz yg masuk kampung org yang dinyatakan di atas, adakah caranya tidak halal? adakah haram menggunakan microfon untuk menyampaikan tazkirah(sila jgn putar belit ayat ini)??? sudah tentu tidak. semuanya cukup baik. cuma apa yang mungkin ustaz itu terlepas pandang, adalah etika dan adab.
sepatutnya dia meminta kebenaran ajk masjid @ surau itu terlebih dahulu. bukan maen redah je.

adakah kita nak mnjadi seorang pndakwah yg tidak beradab dgn kata lain tidak berakhlak? dimana akhlak kita jika garis panduan yang ditetapkan tidak diikuti?

berkenaan dengan jemaah2 yg berlambak di malaysia. kalo kita rasa itu bukan satu masalah, mungkin kita yang ada masalah sebenarnya. bncang pasal kg A & kg B pun dah kecoh; takde masalah konon.
saya setuju dengan komen daripada Anon January 16, 2010 5:21 PM..

ok. cuba bagi saya formula untuk kita bagi semua jemaah yg ada kt malaysia bekerjasama dan bersatu? kalo ade formula tu, maka saya akan wujudkan satu lagi persatuan baru di sini XD.. tak kesah la kan bape banyak persatuan pun? cakap satu keta tak muat, saya beli keta baru. hehe.. pastu saya nk bwt banyak kelas2 agama, bwt rehlah ke sinai, bahariya, panggil ustaz tanta, damanhur, zaqaziq bwt program.. tak ade sape bleh halang, sbb bwt mende kebaikan. ade org tak puas hati, saya suruh je diorang berlapang dada. senangkan?

mimpi la korang nk satukan jemaah2 ni kalo tak duduk bawah satu payung. kalo kita dh tak wala', tak puas hati pastu nk wujudkan psatuan baru, sampai bila pun tak bersatu. cbe kaji balik sejarah. tgk semula kt mana mulanya perpecahan ni?

last sekali, pasal keta.. kalo kita bayang keta tu keta kancil memang tak lojik 1000,006 (baca: sejuta enam) org nak masuk. kalo kita cakap 1000,006 org dalam satu kampung, kita dengar pun rasa tak lojik. mane ade kampung sampai sejuta enam org penduduk.

apa2 pun, kita selaku ahli kg A, kita cuba bagi komitmen kt kg kita. tak kesah la kita nk g bwt program kt kg B ke, kg lain ke, join program luar kawasan ke, janji kita bagi komitmen kat kampung kita.
ni tidak. dah tau kampung kita banyak kelemahan, bukan nk baiki. nmpak kampung kita takde jkkk yang mantap, pegi bina kampung lain. itu tak betul. at leats bgtau la kt jkkk tu, apa kelemahan diorang. ni sume nk cakap blakang. macam anon2 yang guna nama anon dalam komen blog nusaibah.
korang komen la apa pun. nak kutuk ke, nak hina, caci, keji, maki dan sebagainya; langsung tak memberi efek apa2. buat tambah dosa kering je.
ada apa2 yg tak stuju dgn jkk kampung korang, pegi jumpa depan2. dapatkan pnjelasan.
dah abes. malas nk taip panjang2. esok kna hntar esaimen.
jmpa lagi. tata..

Anonymous said...

Berpijaklah pada bumi yang nyata. ini pesan saya.
tak guna berbahas panjang kalau hasilnya tetap serupa. membazir masa, mengsiakan tenaga. Saya tahu semua orang ada pendirian namun ukurlah di mana kedudukan kita. fikirlah untuk semua jangan pentingkan diri semata-mata. sudah menjadi acuan mereka membentuk fikrah sebegitu, saya rasa memang susah nk buat apa2. sebanyak mana pun hujah mereka, saya yakin itu hanya retorik semata-mata. saya ulang pesan saya.. berpijaklah pada bumi yang nyata.

~reality telah menzahirkan segala bukti~

Dr. Alex said...

saya setuju dgn komen Anon kat atas (Anon January 19, 2010 3:42 PM)..

cuma satu ayat je..
..saya rasa memang susah nk buat apa2..

rasa susah tak mengapa;
tapi jangan sampai kita tak buat apa2. XD
(jd pantun dua kerat pulak dahh..)

Sakinah Ismail said...

berprinsip jangan jumud,
terbuka jangan hanyut~

salam buat semua..
pada pandangan saya bersikap terbukalah dalam semua perkara..
kita semua kembali pada satu matlamat..
ALLAH yang Satu..
tak guna bertengkar lidah..
asasnya kita adalah saudara seaqidah..
buatlah apa yang kita rasakan benar selagi tak bertentangan dengan Al-Quran dan As-sunnah..
Terimalah apa yang orang lain buat selagi tak bertentangan dengan Al-Quran dan As-sunnah..

selagi untuk kebaikan umat Islam..
InsyaAllah..

Saling menghormati...

wassalam..

Mohd Zulhilmi Bin Azelan said...

"Katakanlah: Beramallah kamu, sesungguhnya Allah, Rasulnya dan orang-orang
mukmin akan melihat amal kamu, dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah) yang
Mengetahui perkara ghaib dan nyata. Maka (Allah) akan memberitahu kamu apa yang
telah kamu kerjakan".
(At-Taubah: 105)


"Dan bahawa inilah jalanku yang lurus, maka ikutilah ia dan janganlah kamu mengikuti
jalan-jalan (yang lain) kerana jalan-jalan itu mencerai-beraikan kamu dari jalanNya.
Yang demikian itu diperintahkan Allah kepadamu agar kamu bertaqwa".
(Al-An'aam: 153)

"Dan tiap-tiap umat ada kiblatnya (sendiri) yang ia
menghadap kepadanya, maka berlumba-lumbalah kamu dalam membuat kebaikan".
"Dan kepada masing-masing mereka, Allah menjanjikan pahala yang baik (syurga)".
-Hasan Al-Banna-

Marilah beramal!kurangkan berdebat!

Mohd Zulhilmi Bin Azelan said...

Maalish.yg bwh skali tu,

"Dan bagi tiap-tiap umat ada kiblatnya (sendiri) yang ia mengadap padanya, maka
berlumba-lumbalah kamu dalam membuat kebaikan".
(Al-Baqarah: 148)

Marilah beramal!kurangkan berdebat!

Anonymous said...

aduh hangat betul comment dalam post ini. yang aku,ana,saya nampak tiada unsur-unsur hangat langsung dalam post ini. Apa kata kita jangan terbang di awangan. berpijaklah dibumi yang nyata. sesungguhnya islam itu tidak akan berpecah kalau kita menjadikan sunnah RasuluLLAH S.A.W sebagai jalan dan quran sebagai pedoman. kalau tuan puan rasa mahu berjuang serta menegakkan jalan sunnah, tidak perlu berkecoh kecohan dalam perkara2 seperti ini. tiada faedahnya!! untuk menegakkan islam tidak perlu bagi seseorang itu mempunyai kekuatan tentara yang besar. sesuatu pertubuhan hanyalah semata2 berfungsi sebagai pemangkin kearah dakwah sahaja. jika rasa tidak perlu untuk menyertai apa-apa pertubuhan, tidak mengapa. bukannya salah!! tetapi yang penting kita sentiasa berjalan diatas landasan yang betul lagi lengkap yang telah disusun rapi. "اليوم أكملت لكم دينكم وأتممت عليكم نعمتي ورضيت لكم الإسلام دينا" ikutlah jalan yang sedia ada. dan ingat yang hak itu adalah hak yang batil itu tetap batil. hukum-hakam manusia kalau tidak berkesesuaian dengan keadaan boleh diubah. jangan terlalu terikat jikalau membebankan. tetapi hukum Allah adalah tetap dan sentiasa boleh diguna pakai sepanjang zaman.

sekian

Anonymous said...

saya rasa cukuplah setakat ini. berbahas dgn cara ini bukan cara yg sebenar-benarnya. masing-masing ada ilmu masing2. saya hormat ilmu tuan puan. study dulu fiqhul jamaah,kmudian berbahaslah kalau rasa sudah arif. baru tidak menimbulkan fitnah. berbahas dengan ilmu, bukan dengan nafsu. saya tahu matlamat kita satu. semuanya sama, tapi apa yang kita nak, biar cara untuk capai matlamat itu suci dan bersih. tidak bercampur aduk dengan perkara kezaliman sekalipun sedikit. kalau rasa sudah bersifat adil, tanyalah iman utk membuat keputusan, bukan bertanya 'tok imam'.

wallahua'lam.

YM : hafiz_rijalullah said...

woi..kawan2 maghi pakat cari teratak iskandar....klu ade umah kosong besar contact ala tul talian hotline kami 24jam maftuh.... 0115813654