Wednesday, December 23, 2009

padanya sebaik-baik..

bismillahirrahmanirrahim

dengan namaMU yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

tetapkanlah hati kami pada agama kami
teguhkanlah ketaatan kami
tsabitkanlah kami dalam perjuangan ini

demi saudara-saudara kami
demi agama kami
demi tuhan kami
dan tiadalah yang disembah kami melainkan Engkau ya Allah..

amin ya Rab





Sabda Rasulullah s.a.w. ketika menggali Parit Khandaq; “..Constantinople (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera……”

(Hadis riwayat Imam Ahmad)

maka 800 tahun kemudian, constantinople (istanbul) jatuh ke tangan Islam oleh raja sebaik-baik raja, tenteranya sebaik-baik tentera.

Siapakah dia sebaik-baik raja tersebut? bagaimanakah sebaik-baik tentera yang dikatakan itu?

Beliau adalah Sultan Muhammad al-Fatih yang sentiasa tenang, pendiam, berani, sabar, tegas dan kuat menyimpan rahsia pemerintahan.

Bagaimanapula dengan Salehuddin al-Ayubi yang telah mengembalikan al-Aqsa kepada umat Islam suatu ketika dahulu. Yang telah bersumpah pada dirinya tidak akan tersenyum selagi al-Aqsa tidak menjadi milik ISLAM.

Melihat keadaan umat Islam kini,melihat negara-negara Islam kini, melihat jatuhnya al-Aqsa ke cengkaman israel, kita tertanya-tanya, kita menjadi ternanti-nanti bila kan muncul nya al-Fateh 2, Salehhuddin al-Ayubi seterusnya.

Hakikatnya kita lupa, perjuangan bukan hanya pada al-Fateh dan Salehuddin semata, mereka berjuang bersama tentera mereka. Lalu dimana tentera sebaik-baik tentera kini untuk kita mengharap raja sebaik-baik raja muncul datang memimpin? kitakah? mampukah kita membentuk tentera sebaik tentera. Atau adakah kita terlalu taksub menunggu kemunculan al-Fateh dan Salehuddin semata sehingga kita lupa pada tanggungjawab pada pundak bahu kita?

SEBAIK-BAIK RAJA DAN SEBAIK-BAIK TENTERA

Pada kali pertama solat Jumaat hendak didirikan, timbul pertanyaan siapa yang layak menjadi imam. Baginda memerintahkan kesemua tenteranya termasuk dirinya bangun lantas bertanya, “Siapa di antara kita sejak baligh hingga sekarang pernah meninggalkan solat fardhu walau sekali sila duduk!”. Tiada seorang pun yang duduk, kerana tidak seorang pun di antara mereka pernah meninggalkan solat fardhu.

Baginda bertanya lagi, “Siapa di antara kita yang sejak baligh hingga kini pernah meninggalkan solat fardu berjemaah sila duduk!”. Sebahagian daripada tenteranya duduk.

Baginda bertanya lagi, “Siapa di antara kita yang sejak baligh hingga kini pernah meninggalkan solat sunat rawatib sila duduk!”. Sebahagian lagi daripada tenteranya duduk.

Kemudian Baginda bertanya lagi, “Siapa di antara kamu sejak baligh hingga ke saat ini pernah meninggalkan solat tahajjud walaupun satu malam, sila duduk!”. Kali ini semuanya duduk, kecuali Sultan Muhammad Al-Fatih sendiri. Baginda tidak pernah meninggalkan solat fardhu, Solat Sunat Rawatib dan Solat Tahajjud sejak baligh . Inilah dia anak didikan Syeikh Shamsuddin Al Wali. Bagindalah sebaik-baik raja yang telah diisyaratkan oleh Rasulullah saw di dalam Hadisnya itu.


**pada soalan ke berapakah kita sudah terduduk?

Maka apabila telah wujudnya tentera sebaik tentera, barulah akan lahir raja sebaik raja. Andai bukan generasi ini yang sanggup menjadi tenteranya, Allah berkuasa menggantikan generasi ini dengan generasi yang lebih baik kerana Islam itu tetap akan tertegak walau tanpa generasi ini...

lalu ayuh sahabat-sahabat
muhasabah diri,islah peribadi. usaha yang dipandang Allah,bukan hasilnya.
generasi yang baik bermula dari asal-usul yang baik
kalau bukan kita, mungkin anak, cucu, cicit ataupun selepasnya
rantai-rantai perjuangan itu, biar kita yang menyambungnya..


wallahua'lam



_____________________________________________




kalau tanya saya, tahun 2 rasa siapa boleh?
saya jawab
i vote for;
1.Nur Asilah Abu Bakar
2.Salhatul Asma Ruslan
3.Ismah Mansurah
4.Sakinah Ismail

(^^)

9 comments:

Sakinah Ismail said...

jangan2!!
huhu..
sokong saibah!!

wardatul asrar said...

suke3!
salam ziarah...~
sebaik2 raja... hebatnya..

Nusaibah said...

kinah,

ya betul
sokonglah pilihan saya

tapi jangan sokong saya
saya bukan orangnya

ok kinah?
sokong ap?
pilihan saya~~ ya tepat sekali

tahniah3
(^^)

pembaca said...

assalamualaikum

sekadar berkongsi cebisan idea...

Kita telah pun diiktiraf sbg sebaik2 umat.Cumanya, bersediakah kita menerima pengiktirafan itu?

Seandainya sedia menerima, maka termeterailah perjanjian pengiktirafan itu seiring dengan tanggungjawab yang harus dipikul.

Namun seandainya tidak, maka sia2lah hidup kita sbg umat Nabi Muhammad S.A.W...Satu 'title' yang menjadi idaman seluruh umat manusia hatta nabi2 terdahulu.

BTW, calon2 tu semua berbakat.Bakal memaksimumkan fungsi PERUBATAN dalam semua aspek & bidang.

Tambah lagi seorg...kak izyani utk calon timb pengerusi.

Selamat mencalon dan mengundi... (^,^)

Anonymous said...

Saya sokong Nusaibah Zaid dan Salhatul Asma..

Nusaibah said...

to pembaca

terima kasih atas perkongsian bermanfaat..

moga tidaklah kita tergolong dalam kalangan mereka yang sia2 hayat dunianya..

amin ya Rab

ya, sudah tentu
i vote for kak yani- next vice president of PCI

to anonymous

silalah menyokong cadangan saya
n teruskan sokong salhatul asma

sokong yang lain juga(^^)

Anonymous said...

sy votes ultan al fateh

aku bukan aku said...

menarik kisah ini..

terpukul kuat tiap kali mmbaca..
*bole copy?..

org ckp..tiada copy rite dlm islam..
betul ke?..
*ilmu sebar2kn je la..ye x?

=)

salam ziarah..

Nusaibah said...

tafadhal..
(^^)