Friday, July 31, 2009

belajar dari masa

bismillahirrahmanirrahim

dengan namaMU ya Allah yang menguasai malam dan siang
dan masa yang berlalu dan yang akan datang
jadikan kami hambaMU yang mensykuri nikmat..
golongkan kami dalam golongan hambaMU yang sentiasa beruntung
tidak rugi
tidak celaka..

amin ya Rab..

suka saya memulakan tiap post saya begini
agar para pembaca turut sama berdoa
kerana itu saya lebih suka menggunakan 'kami' yang bersifat plural dari 'saya' yang hanya singular - sendiri..
moga kabul
kebaikannya kita kongsi bersama
insyaAllah

cuti akhir tahun 1 telah pun bermula
sedar tak sedar, pejam celik pejam celik
saya dan sahabat sudahpun menghabiskan tahun pertama ijazah muda kedoktoran kami
masih jauh lagi perjalanan
alhamdulillah segala puji bagiMU ya Allah
yang telah mengatur dengan sebaik2 pengaturan..

waktu berlalu dengan cepat
begitu juga cepat hayat dunia kita
kadang kita terlalu sibuk merancang masa depan hidup yang singkat ini
yang kabur masih sempat atau tidak kita melaluinya
sedang kita lupa merancang utk masa depan yang lebih panjang di akhirat sana
yang sudah pasti kan kita setiap hamba lalui..


he who fails to plan
plans to fail

gagal merancang
beerti merancang untuk gagal

gagal di negeri abadi
siapa mampu menolong??

"Dan apabila datang tiupan sangkakala yang kedua. pada hari itu manusia lari dari saudaranya, dari ibu dan bapanya dan isteri dan anak-anaknya. setiap orang dari mereka itu mempunyai urusan yang cukup menyibukkannya. banyak muka pada hari itu berseri-seri, tertawa dan gembira ria, dan banyak pula muka pada hari itu tertutup debu, dan ditutup lagi oleh kegelapan" 'Abasa:33-41


masa lapang yang banyak di rumah membuatkan saya sedikit sebanyak menghabiskan masa dengan menyelongkar barang lama
barang yang sudah tidak digunakan tapi terlalu sayang untuk dibuang
membuka album2 yang mengembalikan pelbagai memori kisah lalu
membangkitkan rasa rindu, bukan hanya pada insan2 di dalam gambar
malah juga pada usia dan suasana itu sendiri..

benarlah yang paling jauh itu masa lalu,
selaju mana pun kita kejar ianya hanya akan bertambah jauh..

masih dapat dirasakan debaran menunggu keputusan UPSR
kemudiannya PMR, kemudiannya SPM

masih terasa pengalaman gembira pulang ke kampung
mulanya setelah 2 minggu di asrama KOSPINT dengan bas tidak bertiket dari kuala terengganu ke dungun- 1jam setengah
kemudian setelah 3 bulan dari klang ke dungun dengan express sani atau transnasional selama 6-7 jam
kini setelah hampir setahun saya pulang ke rumah dengan kapal terbang egypt air yang memakan masa 13 jam perjalanan dari mesir ke tanah air malaysia

begitulah aturan kehidupan
segalanya makin besar makin matang
makin sukar
kerana akal kita juga manusia Allah kurniakan semakin mampu untuk berfikir dan menilai
harus masihkah kita di takuk lama?

setiap yang diatur Allah begitu sempurna
pelbagai pengajaran dan pengalaman sepanjang kehidupan yang mampu kita kutip
setiap jatuh bangun kita mematangkan
tidak merubah cuma menambahbaikan bagi mereka yang mampu melihat hikmah Allah dalam setiap jalan hidup yang mereka lalui
kita makin mampu untuk memilih yang mana betul dan yang tidak
cuma kadang segelintir tidak mahu, malah lebih suka mencipta alasan
sedang asalan itu hakikatnya cuma helah menipu diri


"kenapa begini sekarang?"
"tak mahu hipokrit. ini diriku yang sebenar"



bukankah menjadi hipokrit sementara untuk menjadi baik adalah lebih baik dari menggunakan alasan tak mahu hipokrit untuk tak mahu jadi baik?

andai dengan 'hipokrit' itu kita menutup aurat, menjaga pergaulan, beradap dan bersopan
bukankah itu lebih baik dari kita membuka aurat, bebas bergaul dan tiada adab hanya dengan alasan kononnya satu 'kebaikan' yang kita lakukan iaitu tidak hipokrit?


jangan pula salah faham, di sini saya tidak menggalakkan menjadi hipokrit tetapi yang saya ajak ialah kita sama2 mencuba untuk jadi baik, mula2 mencuba lama2 sebati
amin..

sahabt2
jangan kita menjadi rugi
jangan kita menjadi celaka
andai tidak menjadi beruntung, cukuplah tergolong dalam mereka yang sekurangnya mencuba..

insyaAllah

hargai masa yang ada
belajar dari peristiwa yang lalu
berpesan2 lah ke arah kebaikan
berpesan2 lah dengan kesabaran




wallahua'lam

Wednesday, July 29, 2009

jaulah akhir sem 2

bismillahirrahmanirrahim...

dengan namaMU ya Allah
moga kami tergolong dalam mereka yang mengambil peringatan dan pengajaran..
amin

tak perlu untuk saya mengulas panjang

hanya klik di link bawah

TQ asma
TQ adek

(^^,)

wallahua'lam

Monday, July 13, 2009

dr o dr~~

bismillahirrahmanirrahim..

dengan rahmat dan petunjukMU yang Maha Agung
bersihkan diri ini dari segala penyakit hati..
amin ya Rab

baru sahaja sebentar tadi saya melihat seorang sahabat saya yang sakit dibawa ke hospital..
(moga Allah yang Maha Mengetahui buruk baik sesuatu memberikan kesudahan terbaik buatnya.. amin)
luluh betul hati melihat sahabat sendiri mengangis kesakitan sehingga begitu sekali..
kami semua hanya mampu melihat dan berusaha melakukan apa yang termampu; doa dan doa..
andai boleh diagihkan rasa sakit itu sikit seorang antara kami rasanya semua rela.

bila mendengat cerita dari sahabat yang lain bahawa sebenarnya dia sudah pun pergi berjumpa dr tengah hari tadi, kerana sakitnya sudahpun berlanjutan semalaman (tidak cakna betul saya T.T ) saya menjadi begitu marah(astaghfirullahal-azim)sehingga sebak.. sungguh-marah (;dgn dr-agak tak pasal~~).

dalam hati saya
' ap yang doktor ni buat ni?'
' diagnose betul2 tak nih?'
' macam mana kalau jadi apa2 pada ****?'
' bek tak yah jumpa dr...'

(*salawat2*)..
tidak patut saya su'udzon pada dr itu smpai macam tu sekali . padahal die da tolong rawat sahabat saya tuh.

saya tak setuju betul
-dr datang kerje lambat (pesakit da tunggu 2 3 jam, dr maseh tak dtg keje... ade ke? believe me ade..)
-dr merawat demi duit <--poyo sket, tapi btul, mmg tak setuju..


work Pictures, Images and Photos



*tidak merujuk pada mana2 pihak

motivasi buat saya mungkin. tidak berhak untuk saya membenci atau menghukum mana2 pihak. siapalah saya tuk menghakimi.. harapannya

moga saya dapat menjadi seorang doktor yang

-tidak lmbat (risaunya sbb saya bole jadi masuk kategori org yang ~agak~ lambat..hadoyyai)
-merawat kerana ingin merawat... moga2 ikhlas kerana Allah
*bole menjadi seperti Nusaibah bt Kaab yang setia merawat tentera Allah di kala perang (amin)

'Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, matiku, llillahi Taala'
amin ya Rab



"Dan kami pasti akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. dan sampaikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar. Iaitu orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka berkata 'inna lillahi wa inna ilaihi raji3un'(sesungguhnya kami milik Allah dan kepadaNYA lah kami kembali). Mereka itulah yang memperoleh ampunan dan rahmat dari Tuhannya, dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk"

al-Baqarah:155-157



*mohon sama2 doakan agar sahabat saya dikurniakan yang terbaik, jzkk
*alhamdulillah hanya tinggal 2 paper lagi.. mohon doakan jugak, jzkk
*kepada sahabt2, org mintak maaf sgt.. org bukan sahabat yang baik n selalu buat korang terasa sebb sikap org nih samada sengaja atau pun tak.. moga ukhwah antara kita fillah abadan abada... amin
*lepas pharma nak paking.. sukenye paking(^^,).. ke awal sgt? hurmmm...

Saturday, July 11, 2009

dari jendelaku

bismillahirrahmanirrahim..

dengan namaMU yang mengatur segala sesuatu..
ampuni kami yang terlalu sering lalai lupa..

dari jendela ini ku lihat dunia dan seisinya
ku lihat kemiskinan, peperangan,
ku lihat perpecahan

ku lihat si ibu mengemis
ku lihat si anak menangis
ku lihat saudara bertengkar
ku lihat keluarga bubar

pada mata mereka
ku lihat kekayaan, darjat,
dunia, nama,
ku jumpa miskin, rendah,
lalai, murah

ku lihat bumi tua menderita
mula berantakan

ku lihat manusia membunuh demi mencuri
ku lihat manusia seronok menjual maruah dan diri
ku lihat manusia lupa keluarga anak dan isteri
lalu ku lihat kedamaian, kebahgiaan, kesetiaan, kasih sayang menjauh pergi
ku dengar bumi tua menangis
beratapan

dari satu sudut dunia
aku lihat senario menyayat hati

aku lihat saudaraku dibunuh diseksa tanpa belas kasihan
dalam masa yang sama aku juga lihat saudaraku sendiri saling berbunuhan
aku lihat saudaraku disana bergadai nyawa dan segala demi agama dipertahankan
hairan, dalam masa yang sama aku lihat saudaraku disini sendiri yang memijaknya
aku lihat saudaraku itu lapar mencedok nasi pada pasir mencari rasa pada rumput
aku lihat saudaraku ini pula kenyang tanpa syukur membazir-bazir pada nikmat

aku lihat saudaraku memanggil di sana
aku lihat saudaraku ramai berbondong di serata dunia
seolah lemas di laut kerana kehausan
ramai hakikatnya bersendirian

aku lihat mereka yang lalai kebanyakan masa
cakna seketika cuma

kemudian aku tak dapat melihat lagi
kabur mata basah
bila aku lihat
ditengah-tengah mereka itu ada aku..

"Hai orang-orang yang beriman, taatlah kepada Allah dan RasulNYA, dan janganlah kamu berpaling daripadaNYA, sedang kamu mendengar (perintah-perintahNYA), dan janganlah kamu menjadi seperti orang-orang (munafik) yang berkata: 'kami mendengarkan' padahal mereka tidak mendengarkan."

al-Anfal:20-21


"dan tiadalah yang dapat mengambil pengajaran (dan peringatan) melainkan orang-orang yang menggunakan akal fikirannya"

al-Baqarah: 269




*alhamdulillah da habis 4 paper, 3 mores to go.. mohon doakan kami (^^,) jzkk
*sangat tak sabar nak balik mesia. 22.7 insyaAllah
*post ini adalah sempena pelancaran blog angah secara public *wink* hehe.. chaiyok angah tembam xp ~tapi tak de kne mengena pun~~