Thursday, July 7, 2011

ZikrulMaut vs HubbuDunya

bismillahirrahmanirrahim

Dengan namaMU yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Ya Allah,
matikan kami sebagai Muslimin dan sertakan kami bersama Solihin tanpa dihina dan difitnah..
(Doa lengkap untuk mati dalam iman)

Ya Allah,
jadikan umur kami terbaik di bahagian akhirnya dan amalan kami terbaik di bahagian penutupnya dan hari kami menemuiMu hari yang terbaik sekali. Wahai Wali (Pelindung) Islam dan ahlinya, teguhkanlah kami dengannya (islam) sehingga kami bertemu denganMU..
(Doa sempurna yang penting untuk kematian yang mudah dan menyenangkan- Tabrani)

Ya Allah,
bantulah kami ketika kami kepedihan dan mabuk menghadapi maut..
(Doa sempurna memohon pertolongan Allah ketika menghadapi maut- Tarmizi)

amin ya Rabb


ali-Imran; 185

Sesungguhnya kematian itu suatu peristiwa yang besar.
Dan sungguh apa yang terjadi selepasnya lebih dasyat dari mati itu sendiri.
Dan tiadalah anak adam dalam keadaan sungguh keseorangan melainkan pada saat kedasyatan itu..

"Katakanlah, sesungguhnya kematian yang kamu lari darinya, maka sesungguhnya kematian itu akan menemui kamu, kemudian kamu akan dikembalikan kepada (Allah), yang mengetahui yang ghaib dan yang nyata, lalu Dia beritakan kepadamu apa yang kami kerjakan"
~al-Jumu'3h; 8~

Kematian yang dekat itu akan terasa jauh bagi kita yang lalai mengingatinya.

Rasulullah saw bersabda "Wahai manusia, seakan-akan kematian itu ditakdirkn buat orang lain. Seakan-akan kebenaran (kematian) itu ditetapkan bagi selain kita. Dan jenazah yang kita hantar ke kuburan, seakan-akan hanya melaksanakan tanggungjawab pada si mati, yang dalam waktu yang singkat, akan tiba pula giliran kita. Kita menempatkan mereka dalam kubur dan memakan warisannya. Seakan-akan kita kekal setelah meninggalkan mereka. Sungguh, kita lupa terhadap setiap nasihat dan kita merasa aman dari segala bencana"

Punca kelalaian terhadap mati pula adalah kerana panjangnya angan-angan (Imam al-Ghazali).

Betul kan?

Angan-angan nak jadi kaya
Angan-angan nak jadi ternama
Angan-angan nak berjaya

Tumpuan pemikiran jadi berkumpul disitu, terarah kesitu hingga lupa pada hakikat umur yang sentiasa berkurang, hakikat mati pasti mendatang. Leka berangan-angan, terlupa pula realiti kehidupan. T.T Diri sendiri rasa terpukul. Mengangan-angankan kehidupan dunia yang ntah umur ini cukup atau tidak untuk mencapainya. Sudahnya, umur hanya habis disitu, berangan-angan berpanjangan..

Rasulullah saw pernah bersabda kepada Abdullah bin Umar r.a "Bila engkau berada di pagi hari, maka janganlah dirimu membicarakan waktu petang. Bila engkau berada di petang hari, maka janganlah dirimu membicarakan waktu pagi. Ambillah kehidupanmu untuk bekal matimu. Manfaatkanlah kesihatanmu untuk bekal sakitmu. Kerana sesungguhnya engkau wahai Abdullah, tidak mengetahui apa namamu pada esok hari"

Sahabat-sahabat,

Pandanglah setiap anggota badan masing-masing, dan telitikanlah bagaimana ia akan hancur..
Lihat pada tangan kita.. yang kan melumat dimakan ulat.. tiada daya menepis
Lihat pada kaki kita.. yang kan mereput tanpa fungsi.. tiada daya lagi berlari
Lihat pada lidah masih basah berbicara.. tetap kan hancur membusuk.. tiada daya membela
Rasai dada kita.. yang berombak dan yang berdegup itu akan terhenti..
Tiada lagi nafas baru..
Tiada lagi dunia yang diangan-angankan..
Pintu taubat sudah ditutup..
Maka apa bekalan yang disedia?
Ada?

Maka yang kurang mengingati mati ini, sempatkah mencari bekalnya?

Seorang lelaki Ansar telah bertanya kepada Rasulullah saw "Wahai Rasulullah, siapakah orang yang paling cerdik dan paling mulia?" Nabi saw menjawab, "Yang paling banyak mengingat kematian dan paling bersungguh-sungguh dalam bersiap buat menghadapinya. Mereka adalah orang-orang yang cerdik. Mereka pergi dengan ketenangan dunia dan kemuliaan akhirat"

Tiada penyebab yang menjadikan makhluk mengadap dunia, kecuali kerana sedikitnya berfikir tentang mati (Imam al-Ghazali)

Mengingat mati ini penting buat kita dan mereka yang merasakan hati cenderung kepada dunia. Buat kita mengingat dan mengetahui bahawa kita akan meninggalkannya. Supaya kita tahu, bahawa cita-cita kita harus tidak terhenti pada dunia semata. Ada alam lain yang menunggu. Ada mahkamah besar yang menanti.


Jom sahabat-sahabat,

Perbanyak ingat mati. (Moga Allah permudahkan, amin)

Tampal kat dinding bilik atau board 'INGAT MATI' besar-besar.
At least tiap hari 2-3 kali ternampak, 2-3 kali ingat mati.
Dari 2-3 kali yang sedikit itulah akan jadi banyak, insyaAllah.

astaghfirullahal-azim
astaghfirullahal-azim
astaghfirullahal-azim

wallahua'lam

No comments: