Sunday, December 19, 2010

Makin Hilang~

bismillahirrahmanirrahim...

alhamdulillah.. senfiniti kesyukuran..




Bolos bicara hati lagi
tika pulun pulas sekaan
hinaku tak mahu mendarjat diri

biarku hamba menyedar hamba


tebusan..

pada hunusan tumpul mata dunia
atau tebusan..

pada gertakan berat timbangan akhirat..

jadikan rendang redup hati

bertamu dan pergi..

walau kelam suram terang suria

tetap biar ia tegar bicara..


biar dikorban pada hunusan
biar terlepas dari timbangan
biar sampai biar ketemu
pada jiwa-jiwa yang lama dirindu


kerana..

padaNYA jua aku tagihkan..

susuk sebenar iman dan islam...
dan CINTA segenap ciptaan...




wallahua'lam

p/s:maaf tajuk takde kaitan ngan entry...
*why is it always so hard finding a suitable title?

Thursday, September 30, 2010

Masa Muda

bismillahirrahmanirrahim..

Mungkin masih belum terlambat nak ucapkan

Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin...


Almaklumlah, kita sebagai manusia banyak membuat kesalahan dalam kita sedar mahupun tidak, mahu mahupun tidak, berniat mahupun tidak... Jadi ucapan ini saya tujukan terutama pada mereka yang telah lama bersabar dengan karenah kareneh saya selama ini, terima kasih dan ampun maaf dipinta banyak2...

Hidup ini tak lari dari kesalahan sama ada pada diri sendiri, pada orang lain dan pada Allah s.w.t . Inilah lemah kita sebagai hamba. Takkan mungkin jadi sempurna. Tapi kita boleh berusaha. Persoalannya pula, semampu mana? Hasilnya mungkin berbeza tapi soalnya adalah pada usaha kerana manusia itu sendiri diciptakan tak sama. Hikmah Allah itu berjuta, cuma kadang kita tak mampu mencungkil mahupun menyedarinya kerana kelemahan daya mampu fikiran kita sebagai hamba.

“Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Beri ma’aflah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir.”
(QS. Al Baqarah, 2 : 286)

Hari ini terakhir september. Saya mestikan juga diri utk mengupdate biar ada walau satu post untuk bulan ini. Tukar templete bolah 2 kali takkan satu post baru pun takde, kan2~~ aduhai.. minta maaf sekali lagi sahabat2 sekalian. Btw, templete ni cantik kan :)



Bolos bicara hati
Kadang mengukir kuntum kadang tidak
Pada degup nadi yang baru
Aku nyatakan kesahku...

Setiap detik langkah
Meringat menghampiri ajal
Pada lepas nafas yang lalu
Aku luahkan kesalku...

Hidup hanya sementara
Muda hanya sekali

Dan saat yang telah pergi takkan kembali..


“Sesungguhnya kematian yang kamu lari daripadanya, maka sesungguhnya kematian itu akan menemui kamu, kemudian kamu akan dikembalikan kepada (Allah), yang mengetahui yang ghaib dan yang nyata, lalu Dia beritakan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan.” (QS. 62:8)

Kematian mencari dan mengejar. Tak kira muda atau tua, sihat atau sakit, bersedia mahupun tidak. Kematian menanti semua. Kerana syarat wajib untuk mati adalah untuk hidup. Dan kitalah yang hidup itu. Ikhlas adalah semata-mata kerana Allah. Ikhlas kah kehidupan kita?

Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Kemudian hanyalah kepada Kami kamu dikembalikan.” (QS. 29:57)

Sungguh hayat dunia itu terlalu singkat andai dibandingkan dengan hayat barzakh, mahsyar dan akhirat. Dan pada yang singkat itu terdapat muda yang sekali. Dan muda yang sekali ini lah mempengaruhi hayat barzakh, mahsyar dan akhirat kita kelak.

So let us set our priorities straight

'Muda hanya sekali. Masa ni lah nak hidup utk dunia'

or

'Muda hanya sekali. Masa ni lah nak hidup utk akhirat'


Tepuk dada tanya iman..

Bayangkan sahabat-sahabat sekalian, dari titian sirat hendak jatuh ke neraka sudah 70 tahun lamanya. 1 tahun dunia sama sekali tidak sama dengan 1 tahun akhirat. Sanggupkah akhirat dikorbankan kerana dunia yang sementara?

Kematian bukan ketiadaan hidup, tetapi ketiadaan hidup dunia. Kebebasan dari yang fana. Tinggal yang sementara utk yang selama-lamanya. Maha suci Allah, hatta kematian itu sendiri adalah satu nikmat. Namun, hati kita dikaburi penyakit akhir zaman, iaitu al-wahn (cintakan dunia dan takutkan kematian) (na'uzubillahimin zalik). Dan manusia itu cenderung mengabaikan ap yang tidak disukainya dan ditakutinya.

Cukuplah kematian itu menasihati kita. Membimbing dan mengiringi setiap langkah dan keputusan. InsyaAllah..

Astaghfirullah..

Menulis utk berkongsi manfaat semata. Yang tidak itu abaikan, yang salah itu maafkan.

Selamat hari lahir pada sahabat2 yang turut lahir pada bulan ini. InsyaAllah, bertambah umur bertambah amal.. amin ya Rabb.

Wallahua'lam

Tuesday, July 13, 2010

mohonku padaMU


bismillahirahmanirrahim...

alhamdulillah3..
tak terhingga rasa syukur akhirnya.. akhirnya, dapat jugak saya mengupdate blog yang sentiasa aja berhawa sepi..

lama sungguh rasanya.. menjadikan jiwa saya malam nih dihinggap rasa buak2 untuk mengupdate walaupun dengan idea yang hanyalah 20 percen sahaja sebenarnya.. bukannya tak ada masa, tipu andai kata tak ada sedangkan sahabat2 saya yang lain hebat berjuang bukan sahaja di medan peperiksaan tapi juga di laman blog masing2.. mungkin alasannya kerana idea yang kekeringan.. (nama pun alasan kan) hanya 20, 30 percen akhirnya saya berkeputusan baik tak perlu..

tapi kali ini berbekalkan 20 percen yang ada untuk saya kongsikan, hati ini muktamad untuk mengupdate.. "balighu anni walau ayah" .. terima sajela ya cacat cela post kali nih (macam post lain tak de je)


musim-musim exam nih banyak membuatkan saya berfikir.. atau membuatkan fikiran saya melayangkah? atau mumgkin fitrahnya manusia, di saat susah pergantungannya lebih sikit kepada Penciptanya, Allah. Maka post kali ini hanyalah menceritakan ap yang dilayangkan fikiran saya, dengan harapan moga adalah sedikit sebanyak yang dapat dikongsi dengan para pembaca dan moga ada pengajaran buat semua. dan juga dengan harapan tidaklah dengan post kali ini saya dianggap membuka kisah peribadi mahupun diari untuk dibaca ramai (kalau ya kasitahulah, kalau mahu saya privatekan blog pun maklumkan
bismillah.. moga Allah menjaga agar saya tidak berkongsi lebih dari ap yang patut (amin)

biasa, manusia, bila lemah, banyak yang dipohon pada Tuhan. Saya juga, banyak betul, hingga akhirnya yang melayang-layang di hadapan mata saya adalah pelbagai dosa yang saya telah lakukan dan segala salah silap saya pada keluarga dan rakan.. hingga akhirnya yang mampu saya pohon hanyalah, moga Allah ampunkan segala dosa saya.. yang bertempel2 pada hati yang makin reput dan hitam.. atas dosa yang sama, berulang-ulang kali.. hingga terlalu hina rasanya lagi untuk memohon apa-apa.. asyik memohon ampun atas dosa yang sama. Memanglah Allah itu Maha Pengampun, kerna Allah itu Agung, namun ia bukan alasan bagi kita yang sedia hina sebagai ciptaan dan hamba untuk mengulang dosa.. Lalu hina manakah lagi mungkin diri saya kerana memilih jalan ini sebagai hamba yang akan suatu hari dihadapkan kepada Penciptanya.. Betapa Agung kekuasaan dan belas kasihan Allah pda hambaNYA, saya tak mampu untuk beri alasan apatah lagi untuk kemukakan sebab mengapa saya akhirnya masih sama, atau mungkinkah saya telah celaka, namun Allah tetap ampunkan selagi mana kita memohon...

~what's below is copy pasted~


ورجوتني غفرت لك، على ما آان منك، ولا أبالي. یا ابن آدم، لو بلغت ذنوبك
عنان
السماء، ثم استغفرتني غفرت لك، یا ابن آدم، إنك لو أتيتني بقراب الأرض خطایا ثم لقيتني
لا تشرك بي شيئا لأتيتك بقرابها مغفرة )) رواه الترمذي وقال: حدیث حسن صحيح.

Hadis riwayat al-lmam al-Tirmizi. Beliau berkata ia adalah hadis hasan sahih.
Daripada Anas r.a. beliau berkata: Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda:
Allah Ta'ala berfirman: Wahai anak Adam! Selagi mana engkau meminta, berdoa dan mengharapkan
Aku, Aku akan ampunkan apa-apa dosa yang ada pada dirimu dan Aku tidak peduli. Wahai anak
Adam! Seandainya dosa-dosamu banyak sampai mencecah awan langit kemudian engkau memohon
ampun kepadaKu, nescaya Aku akan ampunkan bagimu. Wahai anak Adam! Sesungguhnya engkau,
andainya engkau datang mengadapKu dengan dosa-dosa sepenuh isi bumi, kemudian engkau datang
menghadapKu tanpa engkau mensyirikkan Aku dengan sesuatu, nescaya Aku akan mengurniakan untukmu keampunan sepenuh isi bumi.

Pengajaran hadis:

(1) Hadis ini menjelaskan betapa besar dan luasnya Rahmat dan belas kesian Allah SWT yang tidak
terbatas bagaikan lautan tidak berpantai.
(2) Allah berjanji akan mengampunkan segala dosa hamba-hambaNya yang berdosa walau berapa
banyak dosa tersebut dengan syarat mereka berdoa, minta ampun dan mengharapkan keampunanNya
dan dengan syarat dia mati dalam lman, tidak mensyirikkan Allah dengan sesuatu.
(3) Syirik adalah dosa besar paling dahsyat yang tidak akan diampunkan oleh Allah SWT walaupun
semasa di dunia dia seorang yang baik, beramal soleh dan melakukan banyak kebajikan. Amal soleh
tidak memberi apa-apa erti apabila dihimpunkan berserta syirik. Sebaliknya, orang-orang yang
melakukan dosa yang bertimbun banyaknya, dia masih mempunyai harapan untuk mendapat kurnia dan
pengampunan Allah SWT, Tuhan yang Maha Pengampun dengan sebab kelebihan imannya.
(4) Hadis ini tidak bertujuan menggalakkan orang-orang mukmin melakukan dosa, sebaliknya ia hanya
menunjukkan peri betapa besar dan luasnya rahmat dan keampunan Allah SWT.

~copy pasting ends here~

Dalam berdoa, seharusnya kita menunjukkan kesungguhan. Andai kata kita tak mampu mengangis maka buatlah mimik muka.. Pernah juga saya terdengar, 'Allah kan tahu apa yang kita nak' menjadi alasan untuk tidak bersungguh dalam berdoa. Sudah tentu! Allah Maha Mengetahui.. ap yang kita luahkan mahupun sembunyikan semuanya Allah tahu.. Tapi tidakkah rasa sungguh besar diri kita sebagai seorang hamba yang sedia hina ditambah lagi dengan timbunan dosa untuk begitu yakin Allah akan memberi, bilamana dalam masa yang sama kita masih sedang melakukan dosa dalam sedar atau tidak dan begitu malas untuk bersungguh2 memohon... Manfaatkan doa sebagai senjata kita para mu'min insyaAllah.. Doalah punca segala kekuatan dan dari doalah wujud penyelesaian segala masalah..

ADAB BERDOA

Hendaklah dalam keadaan suci dari hadas kecil dan besar selain memakai pakaian bersih serta tempat berdoa yang selesa.

Menghadap kiblat dan berdoalah dengan khusyuk tawaduk selain merendah diri kepada Allah.

Doa dimulakan dengan membaca al-Fatihah atau memuji Allah sekurang-kurangnya, “Alhamdulillahirabbi lalamin” diikuti dengan membaca selawat atas nabi.

Angkat tangan hingga kelihatan kedua-dua ketiak disamping perut anak jari menghadap ke atas.
Selepas selesai berdoa, sapukan kedua-dua tangan ke muka.

Berdoa perlulah dengan penuh keyakinan bahawa Allah akan memperkenankan doa kita itu. Jangan sekali-kali berdoa dalam keadaan hati lara dan lalai atau kurang yakin kemahuannya.

Rasulullah bersabda, maksudnya: Berdoalah kamu kepada Allah dalam keadaan penuh yakin Dia akan memperkenankan doa kamu. Dan, ketahuilah sesungguhnya Allah tidak akan memperkenankan doa daripada hati yang lalai atau keluh kesah. (Riwayat At-Tarmizi).

Setiap orang Islam hendaklah banyak berdoa kepada Allah ketika dalam keadaan senang atau mudah supaya Allah akan memperkenankan doanya dalam keadaan susah.

Berdoa dengan suara yang perlahan dan merendah diri selain mengakui segala kesalahan serta dosa-dosa yang pernah dilakukan.

Firmah Allah yang bermaksud: Berdoalah kamu dengan merendah diri dan (dengan suara) perlahan (Surah al-Araaf ayat 55).

Sebaik-baik doa ialah dengan kata-kata yang mudah dan ringkas serta mempunyai pengertian yang luas, contohnya:

“Ya, Tuhan kami! Kurniakanlah kepada kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari azab neraka”.

Untuk memohon sesuatu hajat, ulangi perkara itu sekurang-kurangnya tiga kali

Jangan sekali-kali berdoa untuk meminta sesuatu keburukan atau kejahatan, perpecahan dalam masyarakat atau keluarga. Ingat, apabila berdoa jangan meminta sesuatu yang mustahil.

Jangan mudah merajuk apabila doanya tidak dikabulkan Allah. Sebaliknya hendaklah bersabar dan terus berdoa selain berserah diri kepada Allah.

Sebelum mengakhiri dengan ucapan Amin, setiap doa perlu ditutup dengan selawat ke atas Nabi s.a.w selain puji-pujian kepada Allah

wallahuta'ala a'lam


p/s: bittaufiq exam semua yang berkaitan :)

Monday, May 10, 2010

kongsi kisah

bismillahirrahmanirrahim

"kaifa halukum jami'3n?
alhamdulillah :)

kaifa imanukum jami'3n? yazid am yanqus?
alhamdulillah, yazid insyaAllah :)"


Teringat saat zaman sekolah dulu, sering ditanya dengan soalan2 begini, membuatkan kita sering muhasabah diri.. Dengan kesihatan yang baik yang dikurniakan Allah (alhamdulillah) sudah tentunya amal ibadah juga harus setanding baiknya..tak gitu?



Sentiasa sahaja 'yazid' (bertambah iman) jawapannya. Hakikatnya manusia itu sering bertambah dan berkurang imannya.. 'bertambah berkurang pun biarlah macam tangga, jangan mendatar aja, jangan makin mencuram pulak'-seorang sahabat pernah menasihatkan. Cerita seorang ukhti pula, andai alim ulama' ditanya soalan yang sama pasti mereka menjawab 'yanqus' (berkurang iman) dengan nada yang sedih. Itu tandanya mereka sering merendah diri dan merasa hina di hadapan Allah disebalik bermuhasabah diri. Agak-agaknya apa jawapan terbaik untuk soalan tu ek? hurmm.. Mungkin bukan jawapan yang sebenarnya harus diberi perhatian tapi sebaliknya kesan daripada soalan tersebut kepada diri kita.. mungkin~~

Terimbas pada satu kisah yang berlaku dalam hidup saya pada Ramadhan yang lepas. Tiba-tiba sahaja teringat dan terasa ingin berkongsi.. moga ada hikmahnya. Yang baik dijadikan teladan dan yang buruk dijadikan sempadan ya (da warning awal2 da nih).

warning 2*saya tak pandai sangat bercerita melalui penulisan ni, so asif jiddan*
warning 3*kisah ini takde kaitan sangat dengan prolog entry kali ini, asif jugak*




Masjid UITM Dungun, dalam tempoh 10 malam terakhir Ramadhan;

Seusai menunaikan solat terawih 8 rakaat berjemaah (masjid mmg hanya buat 8 rakaat), saya terus beralih ke belakang masjid untuk menunaikan solat sunat. Baru sahaja hendak mengangkat takbir, bahu saya dicuit oleh seorang makcik. Sedikit pelik dan terkejut, (ade buat salah ke?*dalam hati), saya hanya menunggu apa yang bakal disampaikan.

"nak sambung solat terawih 20 ke? makcik nak tumpang jadi makmum?"

Soalan makcik tersebut membuatkan saya tersentak dan sedikit malu. Lantas saya menjawab yang saya hanya hendak menunaikan solat sunat(selain terawih) sahaja dan meminta maaf. Mendengarkan jawapan saya, dengan tidak semena-mena bahu saya dipukul, membuatkan saya terkejut lagi(aduh,bisa sungguh*dalam hati). Tanpa menunggu reaksi saya seterusnya, saya ditegur dengan nada sedikit tegas

"Ramadhan tinggal berapa hari je lagi, pastu da raya. Tahun depan belum tentu jumpa balik Ramadhan. Bila lagi nak dapat peluang?" kemudian terus berlalu.

Saya tersentak sungguh, terkesima n 'lost' sekejap. Teguran ringkas makcik tersebut cukup untuk membuat saya berfikir, sedar dan sedih dek kebenaran di sebalik kata-kata makcik. Tanpa sempat mencongak panjang saya terus berjalan dengan agak laju ke arah makcik tersebut yang sudah bersiap siaga menyambung saki baki terawihnya seorang diri. Cepat-cepat mengambil tempat disebelahnya. Makcik tersebut memandang saya dengan pandangan 'nak solat terawih ke?' dan saya hanya tersenyum.

Maka kami pun berterawih 20 bersama2..

Seusai solat, makcik tersebut memberi doa kepada saya untuk saya amalkan. Doa yang biasa kita dengar dan baca;


“Wahai Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (Kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa.” (Surah Al-furqan: 74)

Saya hanya mendengar dan tersenyum pabila makcik menceritakan bahawa dia sentiasa mengamalkan doa ini hingga sekarang malah juga dibacakan bagi pihak anak-anaknya supaya anak-anaknya dikurniakan pasangan dan anak-anak yang baik. Makcik menekankan kepentingan doa tersebut lebih-lebih untuk saya memandangkan peringkat umur saya yang 'sudah tak lama dah' bak katanya. Saya hanya mampu tersenyum (19 baru makcik,ummi pun tak kasi green light mase belajar nih*dalam hati). Seronok berbual pendek dengan makcik, namun terpaksa memohon diri sebab family dah tunggu lame dalam kereta. Keesokannya kami solat bersama lagi berimamkan lelaki yang solat berdekatan tabir muslimat atas perminataan makcik tersebut. Hanya sempat bertemu makcik beberapa hari sahaja, saya tak berjumpa dengan makcik tersebut dah sehingga menjelang Syawal dan hingga hari ini. Moga Allah lanjutkan pertemuan kami di lain waktu. amin ya Rab

Pertemuan dengan makcik amat bermakna dan banyak yang saya dapat, Alhamdulillah.
Moga tak masuk telinga kanan keluar telinga kiri, insyaAllah.

kesimpulan cerita
*Hargai Ramadhan. Ramadhan itu rahmat.
*Amalkan doa tu ye sahabat2. Harus mula sedari awal,bukan bila dah nak kawen atau dah kawen.
*apa lagi yang sahabat2 dapat? kongsikan :)


Minta maaf atas segala kesalahan. Yang baik itu ilham Allah semata-mata dan yang tidak adalah kehinaan diri ini sebagai hamba. Minta maaf andai tertokok-tambah cerita (kurang ingat sangat detailsnya). Moga ada yang baiknya yang dapat diambil dari kisah ringkas ini.

wallahuta'ala a'lam

Thursday, April 15, 2010

kifarah hati

bismillahirrahmanirrahim


aku tak tahu rupa hatiku sekarang
mungkinkah bertempel-tempel kotor hitam
atau mungkinkah telah legam

bercalar-balarkah hatiku
kerana sakit atas silap perbuatan sendiri
sembuh pun pasti tinggal kesan

kadang-kadang aku terbayang
andai terpapar hatiku di hadapan
pengsan aku.. mungkin
atau menangiskahku tak keruan

kasihan
kasihan hatiku
tak pandai aku jaga
sampai jadi sakit
sampai hitam
kaku beku..


Makna Qalbun atau Hati

Maka lafaz Qalbun yakni hati diistilahkan bagi dua makna seperti mana berikut;

Makna Pertama ialah daging yang rupanya seperti buah kayu sanubari yang ditaruh di dalam pihak kiri daripada dada dan di dalam batinnya itu berlubang tempat diam darah yang hitam iaitu tempat terbit ruh dan tempat keluarnya ruh. Dan daging yang dinamakan hati itu yang atas rupa buah sanubari itu ada juga terdapat pada binatang dan orang mati.

Adapun makna Keduanya ialah Latiifatul Rabbaniyah Ruhaniyah yakni jisim yang halus yang dibangsakan kepada TuhanNya. Inilah hakikat Ruh manusia seperti firman Allah; {Kata olehmu ya Muhammad; bermula Ruh itu perbuatan Tuhanku). Dan adalah baginya berhubung dengan daging yang bernama hati sanubari itu. Adalah hati yang bernama Latiifatul Rabbaniyah inilah yang mengetahui akan Allah dan yang mendapat(mencapai) olehnya bagi sesuatu yang tidak mampu didapat dan dicapai oleh khayal dan waham. Adalah hati yang bernama Latiifatul Rabbaniyah inilah Hakikat Insan dan iaitu yang dikhitob oleh Allah Taala di dalam Alam Arwah dengan firmanNya; (Alastu birabbikum Qaalu bala syahidna ertinya Tiadakah Aku Tuhan Kamu?. Maka berkata sekelian ruh itu; "Bahkan! Engkau Tuhan Kami"}.

Dan kepada makna kedua inilah diisyaratkan dengan firmanNya; {Bahawasanya di dalam demikian itu merupakan peringatan bagi seseorang yang ada baginya hati}.

bismillahirrahmanirrahim

alhamdulillah, segala puji bagi Tuhan sekalian alam yang memberi nikmat kesihatan dan kesenagan bagi sekalian mahkhluqNYA yang dikehendaki. Fitrah manusia, bila da takde baru rasa kelebihan bila ada. Allah berhak menarik dan memberi nikmat pada sesiapa sahaja, bila2 masa sahaja, di mana2 sahaja. Namun tidak ada yang dikurniakan Allah baik musibah mahupun kesenangan adalah saja-saja atau sia-sia. Setiap sesuatu pasti punya hikmahnya.. tak gitu? :)

da minggu ketiga diserang batuk (diserangkah??).. beli antitussive(pelega batuk) di pharmasi pun tak berkesan.. terima kasih kepada sahabat2 yang prihatin yang menasihati saya berjumpa doktor.. Alhamdulillah semalam pegi.. Jangan risau, bukan pneumonia mahupun TB.. :)

Alhamdulillah, ini kifarah dosaku.. Moga dapat sedikit-sebanyak membersihkan hati hitamku.. amin ya Rab..



*ps: minta maaf kerana batuk orang maybe menganggu korang esp di kelas mahupun praktikal.. kepada ahli beyt, batukku menjadi penyeri kesunyian rumah kita kan3.. :)

wallahuta'ala a'lam

Wednesday, April 7, 2010

Inqilabiyyah

bismillahirrahmanirrahim

Dengan namaMU ya Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

terangkan hati kami dengan nikmat iman, islam dan ihsanmu
dan jauhkahlah kami dari kegelapan kejahilan dan cintakan dunia

thabatkan hati2 kami dalam perjuangan menegakkan agamaMU
pimpin hati2 kami supaya tidak menyimpang dari matlamat kami

amin ya Rab


Apa itu Inqilabiyyah?

Inqilabiyyah merupakan salah satu dari ciri-ciri khusus Islam. Ada enam semuanya. Ingat lagi? Ayuh sahabat2 mari kita revise bersama.

1. Rabbaniyyah
2. Syumuliyyah
3. Alamiyyah
4. Waqi'iyyah
5. Thabat wa Murunah
6. Inqilabiyyah


Inqilabiyyah;ciri khusus Islam yang ke-6, tertegaknya Islam atas kejatuhan jahiliyyah. Yakni tidak akan tertegaknya Islam seandainya jahiliyyah bermaharajalela dan tidak dihapus secara total. Islam bukan boleh ditempel-tempel dan diselit-selitkan pada celah-celah jahiliyyah. Islam bukan agama yang boleh bertoleransi dengan Jahiliyyah. Islam tak boleh ambik separuh dan separuh lagi bagi chance untuk Jahiliyyah. Tertegaknya Islam adalah atas keruntuhan jahiliyyah itu sendiri.

Amar Ma'ruf Nahi Mungkar

Lantas kerana itulah Islam bergerak secara amar ma'ruf dan tak lengkap tanpa nahi mungkar (berpesan2 ke arah kebaikan dan menjauhi kemungkaran). Tidak dapat tidak amar ma'ruf mesti disusuli dengan nahi mungkar. Sebagai contoh, kita berusaha bersungguh2 untuk mengajak sahabat2 kita melakukan kebaikan dengan membuat aktiviti2 seperti ceramah, qiamillail dan sebagainya sedangkan dalam masa yang sama aktiviti2 membatasi syarak seperti konsert2, jom heboh, masalah2 ikhtilat berleluasa. Patutkah begitu? Jangan salah faham pula, saya tak kata aktiviti2 ceramah itu salah. Sebaliknya, aktiviti2 mengajak sahabat2 ke arah kebaikan ini harus disertai dengan kerahan menjauhi serta memboikot aktiviti2 melampaui syarak tersebut.

Abul -Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Umar bin Abdul-Aziz berkata: "Sesungguhnya Allah s.w.t. tidak menyiksa orang-orang umum kerana dosa-dosanya orang-orang yang tertentu tetapi apabila perbuatan dosa itu merahajalela dan terang-terangan kemudian tidak ada yang menegur, maka bererti semuanya sudah layak menerima hukuman."

Abu Hurairah r.a. berkata: "Nabi Muhammad s.a.w. bersabda (yang bermaksud): "Anjurkan lah kebaikan itu meskipun kamu belum dapat mengerjakannya dan cegahlah segala yang mungkar meskipun kamu belum menghentikannya."


Jahiliyyah dalam diri

Ayuh sahabat2 kita nilai diri masing-masing. Masih bersisabakikah jahahiliyyah dalam diri? Lalu bagaimana hendak kita tegakkah Islam dalam pribadi bilamana Islam takkan teguh selagimana jahiliyyah tidak runtuh? -->persoalan untuk diri ini sendiri yang hendak dikongsikan bersama sahabat2 semua. Titik permulaan Islam adalah berpucuk dari diri kita sendiri. Andai pada diri sudah gagal untuk menegakkan Islam, bagaimana pula hendak ditegakkan Islam dalam masyarakat, negara dan dunia setelahnya. Ajaklah diri melakukan kebaikan, laranglah diri dari melakukan kemungkaran, kemudian beristiqamahlah dan bertwakkallah pada Allah swt. Teguh runtuh Islam adalah pada tangan kita sahabat2 sekalian.

“Dan mereka yang bejuang untuk menegakkan agama Kami, tentu akan Kami tunjuki ke jalan Kami. Dan sesungguhnya Allah selalu bersama-sama dengan orang-orang yang berbuat baik.”

(Surah Al-’Ankabut: Ayat 69)



Jahiliyyah dulu vs Jahiliyyah kini

Dr. Yusuf al Qardhawi hafizahuLlah menyebut ,definisi Jahiliyyah menurut istilah ialah, ‘perasaan sangsi atau ragu terhadap kebenaran Allah Taala’. Jahiliyyah tidaklah termaktub hanya pada zaman sebelum kedatangan Islam di Mekah sebagaimana selalunya disinonimkan kerana pada hakikatnya jahiliyyah kini lebih mencabar keadaannya. Kerana apa? kerana jahiliyyah kini adalah jahiliyyah setelah datangnya Islam, setelah tersebarnya Islam dan setelah begitu ramai penganut beragama Islam. Mengikut pendapat As-Syahid Sayyid Qutb, beliau ada menempelkan perkataan jahiliyyah pada individu, penguasa dan juga masyarakat apabila mereka tidak mengikut tata cara hidup Islam. Mereka buta atau bodoh di sebabkan tidak nampak akan jalan sebenar yang Islam tunjukkan untuk memandu hidup manusia ke arah cahaya. Maka nampakkah sahabat2 sekalian betapa tertegaknya jahiliyyah kini? dan betapa jahiliyyah itu didirikan atas keruntuhan Islam itu sendiri?

astaghfirullah
astaghfirullah
astaghfirullah

makin saya menulis makin jahil terasa diri ini untuk terus menulis..

wallahu taala a'lam




Friday, March 5, 2010

~~infiniti~~

bismillahirrahmanirrahim..

alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah

golongkanlah kami dalam golongan hambamu yang sentiasa bersyukur,
dan jauhkanlah kami dari penyakit kufur

sesungguhnya syukur itu sendiri adalah satu nikmat
dan kufur itu adalah kerugian yang nyata..

amin ya Rab

alhamdulillah, seinfiniti kesyukuran dipanjatkan. Exam da lama pun lepas tapi blog ni masih lagi bersawang. Harapannya dengan post kali ini sedikit sebanyak dapat membersihkan sawang2 yang ada. insyaAllah.



Sekiranya kamu bersyukur akan Ku tambah lagi (nikmat) untuk mu, dan sekiranya kamu kufur (ingatlah) siksa Ku amatlah pedih" - Surah Ibrahim Ayat 7.

وَإِذۡ تَأَذَّنَ رَبُّكُمۡ "لَٮِٕن شَڪَرۡتُمۡ لَأَزِيدَنَّكُمۡ‌ۖ وَلَٮِٕن ڪَفَرۡتُمۡ إِنَّ عَذَابِى لَشَدِيدٌ"۬ (٧)

Ada apa pada rasa syukur? mengenakah andai saya katakan syukur itu adalah bahagia, syukur itu adalah merasa puas dan cukup, syukur adalah tawadhuk, syukur adalah redha dan syukur adalah kepercayaan telus seorang hamba kepada Rabbinya?

Dalam apa jua keadaan pun, melatih sifat syukur dalam diri pasti akan mendatangkan ketenangan. Hakikat kita sebagai insan yang lemah, takkan habis untuk kita bersyukur atas segala nikmat yang telah dikurniakan; Akal yang sihat dan diberi kebolehan untuk membezakan antara hak dan batil, setiap anggota badan hinggakan ke setiap zarah yang berfungsi mengikut tujuan dan tugasnya tanpa perlu untuk kita bekerja keras, setiap nafas baru yang kita tarik dan nafas keluar yang kita hembus, keluarga, sahabat, tempat tiggal, ilmu dan segala apa yang bersama kita, pada kita saat ini semuanya dari Allah. Baik mahupun buruk siapa kita untuk tentukan? sedangkan Allah itu Maha Mengetahui.

Firman Allah SWT yang bermaksud:
"...Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui."
(Surah Al-Baqarah:216)

Kadang kita memohon supaya dikurniakan kejayaan, bila datang sedikit ujian berupa markah peperiksaan yang tak seperti kita harapkan (contoh), kita bersedih dan berasa sangat letih dengan segala penat lelah yang telah kita usahakan. Maka dalam tak sedar hati mula mempersoalkan... jiwa sedikit sebanyak memberontak.. Apapun yang kita rasakan kita harus tetap bersyukur dan sabar. Ayuh sahabat2, kita cuba bandingkan ilmu kita dengan ilmu Allah; mampukah? terbandingkah??

"Katakanlah: Sekiranya lautan menjadi tinta untuk (menulis) kalimat-kalimat Tuhanku, sungguh habislah lautan itu sebelum habis (ditulis) kalimat-kalimat Tuhanku, meskipun Kami datangkan tambahan sebanyak itu (pula)".
(al-kahfi; 109)


Dengan ilmu yang kita ada mungkin pada kita kejayaan adalah kejayaan pada peperiksaan yang sedang kita hadapi, markah yang tinggi ataupun apa2 sahaja setakat yang mampu dicapai akal lemah manusia, sedangkan Allah itu Maha Mengetahui dan Maha Mengasihi, menyediakan yang bekali2 ganda lebih baik untuk kita. Cuma ada ketikanya dihadapkan dengan sedikit ujian untuk menjadi bukti keimanan. Betapa bodohnya kita kadang mempersoalkan apa yang Allah tetapkan buat kita hanya dengan berpandukan apa yang kita tahu dan mahu. Sedang kita lupa yang mengaturnya itu adalah Allah yang Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana. Betapa kufurnya sebagai seorang hamba mempersoalkan ke mana perginya penat lelah yang telah dicurahkan, hakikatnya bukankah Allah itu Maha Adil?

“Dia-lah Allah Yang tiada Tuhan (yang berhak disembah) selain Dia, Yang Mengetahui yang ghaib dan yang nyata (Al-‘Aalimul Ghoib wa Syahaadah) , Dia-lah Yang Maha Pemurah (Ar-Rahmaan) lagi Maha Penyayang (Ar-Rahiim). Dia-lah Allah Yang tiada Tuhan (yang berhak disembah) selain Dia, Raja (Al-Maalik), Yang Mahasuci (Al-Quddus), Yang Mahasejahtera (As-Salam), Yang Mengaruniakan Keamanan (Al-Mu’min), Yang Maha Memelihara (Al-Muhaimin), Yang Mahaperkasa (Al-Azis), Yang Mahakuasa (Al-Jabbaar), Yang Memiliki Segala Keagungan (Al-Mutakabbir), Mahasuci Allah dari apa yang mereka persekutukan. Dia-lah Allah Yang Menciptakan (Al-Khaaliq), Yang Mengadakan (Al-Baari’), Yang Membentuk Rupa (Al-Mushawwir), Yang Mempunyai Nama-Nama Yang Paling Baik. Bertasbih kepadaNya apa yang ada di langit dan di bumi. Dan Dia-lah Yang Mahaperkasa lagi Mahabijaksana." ( Al-Hasyr [59] : 22-24).

“Allah (Pemberi) cahaya (kepada) langit dan bumi. Perumpamaan cahaya Allah, adalah seperti sebuah lubang yang tak tembus, yang di dalamnya ada pelita besar. Pelita itu di dalam kaca (dan) kaca itu seakan-akan bintang (yang bercahaya) seperti mutiara, yang dinyalakan dengan minyak dari pohon yang banyak berkahnya, (yaitu) pohon zaitun yang tumbuh tidak di sebelah timur (sesuatu) dan tidak pula di sebelah barat(nya), yang minyaknya (saja) hampir-hampir menerangi, walaupun tidak disentuh api. Cahaya di atas cahaya (berlapis-lapis), Allah membimbing kepada cahayaNya siapa yang Dia kehendaki, dan Allah memperbuat perumpamaan-perumpamaan bagi manusia, dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu." ( An-Nuur [24] : 35).

Syukur adalah terima kasih atas kasih sayang Allah; kerana nikmat itu bukan balasan atas kebaikan yang kita kerjakan, tetapi dari sifat Maha Pengasih dan Pemurah Allah itu sendiri. Dan setiap nafas kehidupan itu semuanya kerana nikmat dari Allah. Kerana kita tak mampu dan tak mungkin mampu melakukan kebaikan hinggakan 'mendapat balasan' segala apa yang kita kini miliki, pernah miliki dan akan miliki...


Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah...

wallahu taala a'lam

Friday, January 8, 2010

MABRUK~

bismillahirrahmanirrahim..

dengan namaMU ya Allah
yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

tetapkanlah kami pada jalanMU
pimpin kami
tunjuki kami
pada jatuh bangun kami..

sesungguhnya kami khalifah bumiMU
namun sering kamu lupa amanah ditaklifMU

ikhlaskan hati-hati kami
kuatkan jiwa-jiwa kami...

sesungguhnya solat kami, ibadah kami, hidup kami, mati kami hanya keranaMU ya Allah...

amin ya Rab





alhamdulillah
alhamdulillah
alhamdulillah

Pertama sekali saya nak ucap tahniah dan terima kasih kepada AJK2 JPC PCI dan AJK2 MTC PCI yang telah bertungkus lumus menjayakan program-program yang telah berlangsung seperti yang dirancangkan, insyaAllah... (^^)

Kedua saya nak ucap tahniah dan ribuan terima kasih kepada AJKT2 lame PCI yang telah menabur jasa dan bakti, mengorban waktu dan diri untuk PCI serta warganya. Antum semua saya percaya telah mencuba sedaya antum dalam melaksanakan taklifan yang diberi dan saya percaya kata2 seperti 'tak nampak buat kerja' atau 'tak banyak kerja' adalah tak relevan sama sekali... Andai terdapat kekurangan atau kesilapan, tegurlah pada kekurangan serta kesilapan itu sahaja bagi mengelakkan istilah2 seperti 'tak nampak macam buat kerja' dilontarkan.. Hakikatnya kita jugalah yang telah memilih mereka untuk menanggung tanggungjawab besar tersebut.. bersatu kita teguh,saling membantu kita makin utuh..
Lastly buat AJKT2 semua, JASAMU DIKENANG(^_^)



ketiga saya nak ucapkan tahniah dan terima kasih juga pada sahabat2 AJKT baru yang telah dilantik.. Moga diberi kekuatan dan kemudahan dalam melaksanakan amanah yang telah dipertanggungjawabkan.. Yang memilih adalah kami,hakikatnya yang menentukan adalah Allah jua.

'wamakaru wamakarallah wallahukhairul makirin'.

Maka antum adalah ahli PCI yang dipilih Allah untuk menerajui, mngemilang dan menterbilangkan PCI. Bak kata kak yani, biar tahun yang dipegang menjadi tahun yang gemilang. insyaAllah, antum mampu(^^) yakin pada diri, kerana kami yakin pada antum. Taklifan ini adalah ujian jua nikmat, maka tabahlah menghadapi ujian dan jangan disalahgunakan nikmat yang diberi.. Moga setiap langkah antum dibawah pimpinan dan petunjuk dariNYA, kami bersama antum, insyaAllah. amin..
~fighting!!~(^^)

Buat semua, diri saya juga, AJKT telah dilantik tapi tanggungjawab pada bahu kita tak gugur malah tetap ada. Kita masing2 ada taklifan dalam memastikan kelancaran rangka2 perancangan yang ditelitikan setiap AJKT baru. Sama-sama kita berganding bahu, sama2 sayangkan PCI, kerana PCI hakikatnya adalah kita(^^) .

Tiada salah dalam berkampung, namun harus diingat setiap kampung ada hak2 dan guideline masing2. Kampung A mahu hidup, kampung B pun sama, masing2 ingin hidup cemerlang dan terbilang. Jadi mengapa perlu saling menjatuhkan. Masalah akan timbul apabila terdapat hak2 tak tertunai pada mana2 belah pihak. Andai anda adalah kampung A dan ingin menyertai aktiviti2 kampung B, kerana ke'best'an aktiviti2 mereka adalah tidak salah selagi mana kampung anda iaitu kampung A mendapat hak yang sepatutnya dari anda kerana aktiviti2 kampung A yang ada pun hebat2 serta best2 juga. Adalah tidak patut ahli kampung A menyertai meyuarat tahunan kampung B andai mesyuarat tahunan kampung A dia tak pergi (contoh semata). Sama2 mahu hidup, lalu ayuh kita hidup secara harmoni(^^)

sumthin dari hati. Harapnya AJKT2 baru pada MTC PCI tahun depannya apabila dipinta penjelasan (soalan) usah ada unsur 'nafi' mahupun 'lari'(no offenses). Biarlah andai turun, turun dengan gayanya.(^^). Berani kerana benar. Berterus teranglah dan ikhlaslah dalam jawapan, moga bila turun,turun dengan tenang. Andai salah,dibetulkan andai betul,dijelaskan.

akhir kata.. MOGA SELAMAT SEGALA(^^)

wallahua'lam

saya,
hamba hina....