Saturday, January 31, 2009

Hati Basah

bismillahirrahmanirrahim..

kelabu
hati basah..

luka yang dibiar sembuh sendiri
parutnya lagi dalam
sukar hilang...

luka kerana sayang
luka kerana kasih

mau diajak
yg dikasih yang disayang

andai punya destinasi sama
mengapa cara terlalu berbeza?

namun
kalam bisu
bicara kelu
kuasa kurasa tak mampu

lalu
hati terus basah
kelabu kelam

mungkin kerana
kita sama-sama masih lena
atau hakikatnya
kita serupa walau cara berbeza

sungguh
yang disayang itu terlalu disayang
yang dikasih itu terlalu dikasih

kerana itu
hati basah ini
terlalu pilu
makin kelabu

terdetik si hati basah
hati inikah yang salah?

"Demi MASA,
sesungguhnya manusia itu dalam kerugian,
melainkan mereka yang beriman dan beramal saleh,
dan berpesan-pesan ke arah kebaikan
serta berpesan ke arah kesabaran"

al-Asr 1-3

Wednesday, January 28, 2009

wif love from ~~Dungun~~

bismillahirrahmanirrahim...

alhamdulillah
rase saat ni bahagia sekali...
alhamdulillah (infiniti kesyukuran)

tadi baru lepas webcam wif family (vewy..vewy..vewy happy (^^,) )
for 1st tyme since came to egypt (modem umah rosak, baru ganti modem baru)

lame tak nampak diorang
windu yang disimpan terlepas sedikit sebanyak..

perkembangan diorang setakat nih

abg ngah(usamah) ari tuh dapat 9A PMR, still continue kat IMTIAZ
abg cik (umar-faruq) dapat 4A UPSR, masuk sekolah harian.. don't be sad, we're proud of you.. (^^,)
abg tih(muhammad) gembira ngan jawatan pengawasnya...
abg da(firdaus) hardworking as usual.. (da only one in siblings who is hardworking, tapi tyme buat hal susa~~)
rasyad da start going to tadika
hani' is like soooo cute, becoming cuter like her sister (lalalala.. ok.ok.i know.. was just joking) tapi still tak ley cakap


ayah nyer birthday was on 27th jan

"ayah, hepi belated birthday...." (b4 nih da ucap)

"akak ingat ke?... ummi pun tak ingat birthday ayah.."

hehe.. mustila akak ingat ayah..

ltey tapi extremely hepi melayan karenah-karenah n soalan2 dari adik2
terutamanya Rasyad yang paling byk bertanya

"akak, akak kat mane tu?"
"akak kat sekolah ni..."

"sekolah akak ade katil ke?"
(katil?...hihik..layan~~)
"aah, ada katil kat sini"

"akak dapat nombor berapa?"
"akak tak dapat nombor lagi.. akak tak tau"
"ha?.. akak dapat nombor satu ke?"
"ha?.. hehe.. akak tak dapat nombor lagi, asyad swoh la ummi n ayah doakan biar akak dapat nombor satu"
"ha?"

sayup2 dengar dari belah sana ummi ngah terangkan kat Rasyad
"akak tak dapat nombor lagi, Asyad kne doakan akak dapat nombor satu"

ya,ya
sme2 doakan..amin (^^,)
nombor 1?
tak de la
tapi cukup sekadar yang terbaik yang termampu..

"akak, akak beli mikrofon tuh kat mne?"
(dalam webcam nampak ngah pakai headfon)
"akak beli kat kedai la..hehe"
"akak beli berapa ringgit?"
"ermmmm.... 30 kowt" (tak ingt sgt harga brp.. tapi lbey kurangla)

bahagia...bahagia sekali setelah lme tak melayan diorang
(tu la... dulu malas nak layan)

"Asyad pecahkan pasu.."
"ha?"

ummi pun cerita
tadi mse men2 kat ruang tamu, Rasyad terpecahkan pasu.. dia tkut kot nak kasitau..
dia tanya ummi.. pasu harga berapa? mahal tak?.. ummi pun pelik la tetibe je tanya sal pasu... last2 baru la tau, rupanya ada pasu tu pecah...


hehe.. soo sweeet...
klaka je..

rase macam tak nak berhenti
tapi sebab nak masuk maghrib da
kat sana pun da lewat

lagipun ltey gak senanya (sbb kne cakap kuat takut belah sana tak dengar)

so berhenti la..




usamah, umar-faruq, muhammad, firdaus, rasyad n dua org rakan



“Dan Robbmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibu bapakmu dengan sebik-baiknya, jika salah seorang diantara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan ‘ah’, janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia. Dan rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua dengan penuh kasih sayang dan ucapkanlah: “wahai Robbku, kasihilah mereka berdua, sebagaimana mereka mendidik aku waktu kecil.”


(Al-Isra’: 23-24).




sekadar berkongsi kegembiraan

wallahua'lam

Malaysia Diserang?

bismillahirrahmanirrahim

Jika Malaysia di serang...

Salam...

Erm memang menarik imaginasi ini. Tahniah. Imaginasi yang pastinya akan menjadi realiti anda kita lalai dan alpa... Sikap kita hari inilah menentukan bagaimana kita di masa akan datang... Kita memang lemahpun dengan serangan hiburan yang tak sudahpun kita tak mampu melawan apa lagi serangan senjata...

Dari kengkawan Buat renungan...

Andai Malaysia diserang seperti negara Islam yang lain... Apabila negara-negara Islam yang lain dilanda peperangan atau diserang oleh askar kafir... kita sering mendengar pemimpin-2 kita menggunakan modal seperti ini.." Kita patut bersyukur Malaysia aman dan damai..." Tetapi pernahkah kita berfikir untuk sejenak, sejarah
ditulis setelah ia berlaku, tetapi sejarah tidak dapat diramal ketika ia sedang berlaku.

Ketika rakyat Islam Bosnia disembelih oleh
paramilitari Serb, pada malam sebelumnya mereka hidup seperti biasa dan tidak pernah terlintas bahawa keesokan harinya akan bermulanya
hari celaka bagi mereka. Jadi, untuk sejenak cuber kiter berfikir dalam bentuk reverse engineering iaitu: Bagaimana jika kita yang diserang oleh kuasa kuffar seperti negara Islam lain, dan negara
Islam yang lain plak jadik cam kiter?

MALAYSIA DISERANG ???
untuk menanam kesedaran ke atas Melayu Yang Mudah Lupa. (Melayu Mudah Lupa kata Mahathir)
AMARIKOS menyatakan Malaysia sarang pengganas... ada pejuang Hizbullah terlepas ke malaysia ... lalu menghantar Kapal Pengangkut Pesawatnya (CARRIER) di Selat Melaka dan di Laut China Selatan.

Menghantar kapal selam nuklearnya dgn muatan peluru berpandu membawa armada tentera
untuk menyerang malaysia ... AMARIKOS menyuruh negara berhampiran dengan Malaysia yang merupakan sekutu rapatnya SINGOFURO di selatan, TAHAILAND di Utara dan PILLIPINNOS di Timur menenyerang Malaysia dengan alasan memburu
pengganas al-Qaeda atau Hizbullah sama seperti alasan Israel menyerang Lubnan dan Palestin.

Walaupun Malaysia cakap Malaysia negara bebas pengganas, tentera Kuffar tetap menyerang malaysia jugak sama seperti mereka menyerang
Iraq kerana mereka dakwa Iraq ada senjata pemusnah, Afghanistan ada Pengganas Taliban, Lubnan ada Pengganas Hibullah dan Malaysia ada
Pengganas Jemaah Islamiah.

Malaysia tetap mempertahankan Malaysia ini tidak ada pengganas tetapi suara kita tidak dihiraukan sama seperti mereka tidak hiraukan Afghanistan , Iraq , Lubnan dan Palestin.

Sebelum tiba saat MALAYSIA DISERANG ini Perdana Menteri kita... YB Wakil Rakyat... Parlimen dan ADUN... Tauke-tauke Cina yang kaya... semua cabut lari ke keluar negara dengan jet dan pesawat peribadi masing-masing. Mereka ada duit untuk cari perlindungan di luar negara.

Tinggallah rakyat Melayu Islam yang miskin hina ini di negara sendiri, menunggu masa untuk diserang oleh tentera Kuffar AMARIKOS dan sekutunya.
Barulah rakyat tahu bahawa pemimpin Melayu dan tauke cina yang dijadikan pepimpin sebelum ini tidak sama seperti Khalifah Umar Al-Khattab... Khalifah Ali Abi Thalib... Khalifah Khalid Al-Walid...
Khalifah Salahuddin Al-Ayubbi... yang sanggup berada dibarisan hadapan berdepan musuh-musuh Islam.


SAAT Peperangan bermula...

Tempat yang mula-mula sekali dibom adalah Putrajaya, diikuti negeri-negeri lain. AMARIKOS dan Sekutunya mengebom... melancar peluru berpandu... membedil... menembak Rakyat Malaysia... mereka membunuh Orang tua...
perempuan dan Anak-anak kecil orang melayu islam kita... sama seperti Yahudi menembak dan membunuh rakyat Lubnan yang tak berdosa!!!

AMARIKOS dan sekutunya menyerang MALAYSIA secara besar-besaran. Apabila selesai pesawat pejuang di Selat Melaka mengebom Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor dan Kuala Lumpur . Datang lagi pesawat musuh silih berganti...

Apabila selesai pesawat pejuang di laut China Selatan mengebom Kelantan, Terengganu, Pahang... datang lagi pesawat musuh silih
berganti... Johor pula dibedil dengan peluru berpandu jarak sederhana SINGOFURO...
diserang dengan jet-jet pejuang SINGOFURO yang sentiasa melalui ruang udaranya... menghujani bom-bom dan roket...kemudian Johor dan negeri
sembilan dapat ditawan tentera musuh.

Anda di berada di Kedah... Pasukan Darat tentera Bersekutu mara dari bahagian Utara... tentera bersekutu semakin dekat dengan rumah anda...
menentang pintu rumah anda... anda bersama dengan Isteri yang sarat mengandung dan 3 orang anak ketakutan dalam rumah...

Tentera bersekutu memperkosa anak perempuan yang berusia 12 tahun anda depan mata anda... sebagaimana tentera Sebia memperkosa umat Islam Bosnia ... muncung senapang ditujukan di kepala anda... Anak perempuan kesayangan anda yang anda bawak masa jamuan Raya 2006... diajukan muncung senapang...

DAMMMMMM... anak kesayangan anda mati ditembak oleh tentera bersekutu... Sebelum ini anda melihat anak umat islam Lubnan, Palestin mati ditembak... anda tidak mempunyai perasaan apa-apa... sekarang berlaku kepada diri
sendiri... baru tahu perasaan sedih anak mati ditembak di depan mata...

Anda menangis ketakutan...
Tentera bersekutu merampas Isteri anda yang sarat mengandung, dibawa menaiki trak... untuk dijadikan habuan tentera dalam kem. Anda dipukul
separuh mati oleh tentera bersekutu meninggalkan anda patah riuk berlumuran darah. Anda sangka anda sudah mati... tetapi umur anda masih panjang... anda masih hidup... anda merangkak menuju ke hutan berhampiran disebuah bukit untuk menyembunyikan diri...

Anda mengalirkan air mata... INGAT AKAN ALLAH...

Ujian peperangan berlaku didepan mata anda sekarang. Anda sebelum ini tidak pernah terlintas dengan peperangan. Kita sering disogokkan negara kita aman, tiada peperangan, tiada pertumpahan darah tiba-tiba hari ini diuji berlaku peperangan.

Pemimpin tersebut yang menyatakan negara kita aman cabut menghilangkan diri... Anda sudah tiada siapa lagi didunia ini... Anak perempuan diperkosa dan dibunuh didepan mata... Anak kecil ditembak didepan mata... Isteri dirampas untuk diperkosa... didepan mata!!!
kawan-kawan... sahabat taulan... ramai yang terkorban...dan tidak kurang juga yang cedera parahh...

Dipuncak bukit anda melihat kampung halaman anda terbakar. Mayat orang melayu Islam bergelimpangan mati terutama golongan orang tua
dan kanak-kanak yang tidak sempat melarikan diri... mereka tidak bernasib baik seperti anda...

Diatas bukit itu juga... anda melihat beribu-ribu Tentera bersekutu berkumpul untuk membunuh dan menembak saki-baki orang melayu Islam yang masih selamat... mengerledah setiap ruang yang ada untuk memburu Al-Qaeda, Hizbullah atau Jemaah Islamiah... tetapi umat Islam lain yang jadi mangsa... Sementara menunggu sakaratul maut menjemput anda apabila anda tersua dengan Tentera bersekutu nanti....

Apa yang anda Harapkan pada masa itu????

Tiada perkara lain yang anda harapkan kecuali...
BANTUAN ALLAH... BANTUAN TENTERA UNTUK MEMBELA AGAMA ALLAH...

ANDA MENGHARAPKAN UMAT ISLAM DARI NEGARA LAIN MEMBERI BANTUAN KETENTERAAN KEPADA MALAYSIA ... ANDA MENGHARAPKAN SAUDARA SEAGAMA DENGAN ANDA MELINDUNGI ANDA DARIPADA SERANGAN TENTERA KUFFAR!!! ANDA
MENGHARAPKAN BANTUAN TENTERA JIHAD FI SABILILLAH DARIPADA INDONESIA, SELATAN THAILAND, BANGLADESH, PAKISTAN,DAN NEGARA OIC YANG LAINNNNNN... BAGI MELAWAN TENTERA PENCEROBOH BUMI MALAYSIA INI...

Tetapi tunggu punya tunggu... bantuan ketenteraan tidak kunjung tiba...

ANDA TERDENGAR UCAPAN DARIPADA PEMIMPIN DUNIA ISLAM YANG LAIN menyatakan:

"Kami Negara-Negara Islam Mengutuk tentera PENCEROBOH menyerang Malaysia "
(Presiden Burkina Faso, Pengerusi OIC yang baru)


"Kami akan menghantar 10 000 Tentera pengaman ke MALAYSIA selepas tamat perang nanti... setelah habis kawasan Malaysia dibom oleh tentera bersekutu"(Presiden NAM )

"Alhamdulillah... Negara kita Indonesia aman damai berbanding dengan negara Malaysia yang dilanda peperangan... Kita semua patut bersyukur... kita dapat menyambut hari raya aidilfitri dan deepavali
dalam suasana yang aman harmoni", Presiden Indonesia- Negara Umat Islam paling ramai. (Pemimpin Malaysia selalu sebut camni)

"Tak apa... selepas peperangan tamat... Kami akan menghantar para pendakwah ke Malaysia untuk mendidik rakyat Malaysia " Wakil Penduduk
Islam Selatan Thailand )

"Kami akan menghantar bekalan makanan dan ubatan kepada Penduduk Islam Malaysia yang dilanda peperangan" Pemimpin Arab Saudi)...bagi
komen dan pendapat...


APA PERASAAN ANDA APABILA MENDENGAR UCAPAN PEMIMPIN-PEMIMPIN ISLAM
SEPERTI DIATAS DIKALA ANDA MEMERLUKAN BANTUAN KETENTERAAN DARIPADA
MEREKA??



*copypaste dari tazkirah on9*

sekadar renungan diri dan mereka yang sudi (^^,)

wallahua'lam

Monday, January 26, 2009

Kembali Dagang?

bismillahirrahmanirrahim...

Islam itu mulanya dagang (asing),
dan akan kembali dagang(asing),
Maka beruntunglah orang-orang yang dagang (asing)....



Smoking Girl Pictures, Images and Photos
sejak bila rokok jadi begitu biasa dalam kalangan remaja?

Surah an-Nisa' ayat 29

Dan janganlah kamu membunuh dirimu, sesungguhnya Allah adalah Maha Penyayang kepadamu.

Surah al-Baqarah ayat 195

Dan belanjakanlah (harta bendamu) di jalan Allah, dan janganlah kamu menjatuhkan diri kamu ke dalam kebinasaan, dan berbuat baiklah, kerana sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berbuat baik.

Sabda Rasulullah saw:

Tidak (boleh melakukan/menggunakan sesuatu yang) berbahaya atau membahayakan.
(Riwayat Ahamad dalam musnadnya Malik dan Tarmizi)



gambo baju siti Pictures, Images and Photos
sejak bila yang membuka aurat itu lebih bertamadun (modern) dari yang menutup aurat?

Surah Al-Ahzab ayat 33;

"Dan hendaklah kamu tetap diam di rumah kamu serta janganlah kamu mendedahkan diri seperti yang dilakukan oleh orang-orang jahiliyah zaman dahulu; dan dirikanlah sembayang serta berikanlah zakat; dan taatilah kamu kepada Allah dan RasulNya. Sesungguhnya Allah (perintahkan kamu dengan semuanya itu) hanyalah kerana hendak menghapuskan perkara-perkara yang mencemarkan dari kamu-wahai "ahlul bait", dan hendak membersihkan kamu sebersih-bersihnya (dari segala perkara yang keji)."

Surah Al-Ahzab ayat 59:

"Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu, dan perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani."


ibu menangis Pictures, Images and Photos
sejak bila para ibu mula melahirkan tuan mereka?

Surah Luqman ayat 14-15:

“Dan Kami perintahkan kepada manusia (berbuat baik) kepada dua orang ibu-bapanya; ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan menyusuinya dalam dua tahun. Bersyukurlah kepada-Ku dan kepada dua orang ibu bapamu, hanya kepadaKulah kembalimu. Dan jika keduanya memaksamu untuk mempersekutukan dengan Aku sesuatu yang tidak ada pengetahuanmu tentang itu, maka janganlah kamu mengikuti keduanya, dan pergaulilah keduanya di dunia dengan baik, dan ikutilah jalan orang yang kembali kepadaKu, kemudian hanya kepadaKulah kembalimu, maka Aku beritakan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan.”


aF Pictures, Images and Photos
sejak bila hedonisma jadi budaya?

Surah al-Mukminun ayat 1-3

Sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang beriman . Yaitu orang-orang yang khusu' dalam solatnya . Dan orang-orang yang menjauhkan diri dari (perbuatan dan perkataan) yang tidak berguna .

surah al-Isra' ayat 18

Barangsiapa yang mengkehendaki dunia sekarang (duniawi), maka Kami segerakan baginya di dunia itu apa yang Kami kehendaki bagi orangorang yang Kami kehendaki dan kami tentukan baginya neraka jahannam; ia akan memasukinya dalam keadaan tercela dan terusir.


derita gaza2 Pictures, Images and Photos
sejak bila muslim mula lupa bahawa muslim yang lain itu adalah saudaranya...

Surah al-Hujuraat ayat 10

Sesungguhnya orang-orang mu'min adalah bersaudara

Sabda Rasulullah saw:

Orang Islam adalah saudara sesama Islam, tidak menzalimi sesama mereka, tidak mengecewakan sesama mereka, tidak membohongi dan tidak memhina atau merendah-rendahkan sesama mereka. Cukuplah dikira seseorang itu bersifat jahat bagi mereka yang memperendah-rendahkan saudaranya seIslam. Setiap orang Islam terhadap Islam ada hak yang perlu diperlihara, iaitu darahnya(nyawanya), hartanya dan maruahnya.
(Riwayat Muslim)



"Hai orang-orang yang beriman, taatlah kepada Allah dan rasulNYa,
dan janganlah kamu berpaling daripadaNYA,
sedang kamu mendengar (perintah-perintahNYA),
dan janganlah kamu menjadi seperti orang-orang(munafik) yang berkata:
'kami mendengarkan'
padahal mereka tidak mendengarkan"
(al-Anfal:20-21)


banyak lagi fenomena2 zaman kini yang tak mampu tuk di'include'kan (ma'lish.. ma'lish)

sebagai renungan diri dan mereka yang sudi (^^,)

wallahua'alam

Sunday, January 25, 2009

~~ERROR~~

bismillahirahmanirrahim..

where's my blog?
well...
here' s da story

i was trying to change my templete
then an error occured
and everything got messed up..

i got quite mad ... (bad me... bad me..)

loosing my patience
and also my hope of solving da error

i took da easy
yet sad (for me) way out

DELETE

and create a new one... (should i or should i not?)

i dunno if i had choosen da right or wrong way out
but,
let da bygone be bygone (am i using dis correctly?)

there's always 'hikmah' in everything dat happen
i believe in dis

dun think i dun know dat my previous blog was lame n boring..
yeah, i know... i know...

i hope
my new one would at least not be as boring as de old one
(you see... i'm not a pro-blogger yet trying to blog..
please make this easy 4 me.. thanks (^^,) )

jzkk