Thursday, April 15, 2010

kifarah hati

bismillahirrahmanirrahim


aku tak tahu rupa hatiku sekarang
mungkinkah bertempel-tempel kotor hitam
atau mungkinkah telah legam

bercalar-balarkah hatiku
kerana sakit atas silap perbuatan sendiri
sembuh pun pasti tinggal kesan

kadang-kadang aku terbayang
andai terpapar hatiku di hadapan
pengsan aku.. mungkin
atau menangiskahku tak keruan

kasihan
kasihan hatiku
tak pandai aku jaga
sampai jadi sakit
sampai hitam
kaku beku..


Makna Qalbun atau Hati

Maka lafaz Qalbun yakni hati diistilahkan bagi dua makna seperti mana berikut;

Makna Pertama ialah daging yang rupanya seperti buah kayu sanubari yang ditaruh di dalam pihak kiri daripada dada dan di dalam batinnya itu berlubang tempat diam darah yang hitam iaitu tempat terbit ruh dan tempat keluarnya ruh. Dan daging yang dinamakan hati itu yang atas rupa buah sanubari itu ada juga terdapat pada binatang dan orang mati.

Adapun makna Keduanya ialah Latiifatul Rabbaniyah Ruhaniyah yakni jisim yang halus yang dibangsakan kepada TuhanNya. Inilah hakikat Ruh manusia seperti firman Allah; {Kata olehmu ya Muhammad; bermula Ruh itu perbuatan Tuhanku). Dan adalah baginya berhubung dengan daging yang bernama hati sanubari itu. Adalah hati yang bernama Latiifatul Rabbaniyah inilah yang mengetahui akan Allah dan yang mendapat(mencapai) olehnya bagi sesuatu yang tidak mampu didapat dan dicapai oleh khayal dan waham. Adalah hati yang bernama Latiifatul Rabbaniyah inilah Hakikat Insan dan iaitu yang dikhitob oleh Allah Taala di dalam Alam Arwah dengan firmanNya; (Alastu birabbikum Qaalu bala syahidna ertinya Tiadakah Aku Tuhan Kamu?. Maka berkata sekelian ruh itu; "Bahkan! Engkau Tuhan Kami"}.

Dan kepada makna kedua inilah diisyaratkan dengan firmanNya; {Bahawasanya di dalam demikian itu merupakan peringatan bagi seseorang yang ada baginya hati}.

bismillahirrahmanirrahim

alhamdulillah, segala puji bagi Tuhan sekalian alam yang memberi nikmat kesihatan dan kesenagan bagi sekalian mahkhluqNYA yang dikehendaki. Fitrah manusia, bila da takde baru rasa kelebihan bila ada. Allah berhak menarik dan memberi nikmat pada sesiapa sahaja, bila2 masa sahaja, di mana2 sahaja. Namun tidak ada yang dikurniakan Allah baik musibah mahupun kesenangan adalah saja-saja atau sia-sia. Setiap sesuatu pasti punya hikmahnya.. tak gitu? :)

da minggu ketiga diserang batuk (diserangkah??).. beli antitussive(pelega batuk) di pharmasi pun tak berkesan.. terima kasih kepada sahabat2 yang prihatin yang menasihati saya berjumpa doktor.. Alhamdulillah semalam pegi.. Jangan risau, bukan pneumonia mahupun TB.. :)

Alhamdulillah, ini kifarah dosaku.. Moga dapat sedikit-sebanyak membersihkan hati hitamku.. amin ya Rab..



*ps: minta maaf kerana batuk orang maybe menganggu korang esp di kelas mahupun praktikal.. kepada ahli beyt, batukku menjadi penyeri kesunyian rumah kita kan3.. :)

wallahuta'ala a'lam

Wednesday, April 7, 2010

Inqilabiyyah

bismillahirrahmanirrahim

Dengan namaMU ya Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

terangkan hati kami dengan nikmat iman, islam dan ihsanmu
dan jauhkahlah kami dari kegelapan kejahilan dan cintakan dunia

thabatkan hati2 kami dalam perjuangan menegakkan agamaMU
pimpin hati2 kami supaya tidak menyimpang dari matlamat kami

amin ya Rab


Apa itu Inqilabiyyah?

Inqilabiyyah merupakan salah satu dari ciri-ciri khusus Islam. Ada enam semuanya. Ingat lagi? Ayuh sahabat2 mari kita revise bersama.

1. Rabbaniyyah
2. Syumuliyyah
3. Alamiyyah
4. Waqi'iyyah
5. Thabat wa Murunah
6. Inqilabiyyah


Inqilabiyyah;ciri khusus Islam yang ke-6, tertegaknya Islam atas kejatuhan jahiliyyah. Yakni tidak akan tertegaknya Islam seandainya jahiliyyah bermaharajalela dan tidak dihapus secara total. Islam bukan boleh ditempel-tempel dan diselit-selitkan pada celah-celah jahiliyyah. Islam bukan agama yang boleh bertoleransi dengan Jahiliyyah. Islam tak boleh ambik separuh dan separuh lagi bagi chance untuk Jahiliyyah. Tertegaknya Islam adalah atas keruntuhan jahiliyyah itu sendiri.

Amar Ma'ruf Nahi Mungkar

Lantas kerana itulah Islam bergerak secara amar ma'ruf dan tak lengkap tanpa nahi mungkar (berpesan2 ke arah kebaikan dan menjauhi kemungkaran). Tidak dapat tidak amar ma'ruf mesti disusuli dengan nahi mungkar. Sebagai contoh, kita berusaha bersungguh2 untuk mengajak sahabat2 kita melakukan kebaikan dengan membuat aktiviti2 seperti ceramah, qiamillail dan sebagainya sedangkan dalam masa yang sama aktiviti2 membatasi syarak seperti konsert2, jom heboh, masalah2 ikhtilat berleluasa. Patutkah begitu? Jangan salah faham pula, saya tak kata aktiviti2 ceramah itu salah. Sebaliknya, aktiviti2 mengajak sahabat2 ke arah kebaikan ini harus disertai dengan kerahan menjauhi serta memboikot aktiviti2 melampaui syarak tersebut.

Abul -Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Umar bin Abdul-Aziz berkata: "Sesungguhnya Allah s.w.t. tidak menyiksa orang-orang umum kerana dosa-dosanya orang-orang yang tertentu tetapi apabila perbuatan dosa itu merahajalela dan terang-terangan kemudian tidak ada yang menegur, maka bererti semuanya sudah layak menerima hukuman."

Abu Hurairah r.a. berkata: "Nabi Muhammad s.a.w. bersabda (yang bermaksud): "Anjurkan lah kebaikan itu meskipun kamu belum dapat mengerjakannya dan cegahlah segala yang mungkar meskipun kamu belum menghentikannya."


Jahiliyyah dalam diri

Ayuh sahabat2 kita nilai diri masing-masing. Masih bersisabakikah jahahiliyyah dalam diri? Lalu bagaimana hendak kita tegakkah Islam dalam pribadi bilamana Islam takkan teguh selagimana jahiliyyah tidak runtuh? -->persoalan untuk diri ini sendiri yang hendak dikongsikan bersama sahabat2 semua. Titik permulaan Islam adalah berpucuk dari diri kita sendiri. Andai pada diri sudah gagal untuk menegakkan Islam, bagaimana pula hendak ditegakkan Islam dalam masyarakat, negara dan dunia setelahnya. Ajaklah diri melakukan kebaikan, laranglah diri dari melakukan kemungkaran, kemudian beristiqamahlah dan bertwakkallah pada Allah swt. Teguh runtuh Islam adalah pada tangan kita sahabat2 sekalian.

“Dan mereka yang bejuang untuk menegakkan agama Kami, tentu akan Kami tunjuki ke jalan Kami. Dan sesungguhnya Allah selalu bersama-sama dengan orang-orang yang berbuat baik.”

(Surah Al-’Ankabut: Ayat 69)



Jahiliyyah dulu vs Jahiliyyah kini

Dr. Yusuf al Qardhawi hafizahuLlah menyebut ,definisi Jahiliyyah menurut istilah ialah, ‘perasaan sangsi atau ragu terhadap kebenaran Allah Taala’. Jahiliyyah tidaklah termaktub hanya pada zaman sebelum kedatangan Islam di Mekah sebagaimana selalunya disinonimkan kerana pada hakikatnya jahiliyyah kini lebih mencabar keadaannya. Kerana apa? kerana jahiliyyah kini adalah jahiliyyah setelah datangnya Islam, setelah tersebarnya Islam dan setelah begitu ramai penganut beragama Islam. Mengikut pendapat As-Syahid Sayyid Qutb, beliau ada menempelkan perkataan jahiliyyah pada individu, penguasa dan juga masyarakat apabila mereka tidak mengikut tata cara hidup Islam. Mereka buta atau bodoh di sebabkan tidak nampak akan jalan sebenar yang Islam tunjukkan untuk memandu hidup manusia ke arah cahaya. Maka nampakkah sahabat2 sekalian betapa tertegaknya jahiliyyah kini? dan betapa jahiliyyah itu didirikan atas keruntuhan Islam itu sendiri?

astaghfirullah
astaghfirullah
astaghfirullah

makin saya menulis makin jahil terasa diri ini untuk terus menulis..

wallahu taala a'lam




Friday, March 5, 2010

~~infiniti~~

bismillahirrahmanirrahim..

alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah

golongkanlah kami dalam golongan hambamu yang sentiasa bersyukur,
dan jauhkanlah kami dari penyakit kufur

sesungguhnya syukur itu sendiri adalah satu nikmat
dan kufur itu adalah kerugian yang nyata..

amin ya Rab

alhamdulillah, seinfiniti kesyukuran dipanjatkan. Exam da lama pun lepas tapi blog ni masih lagi bersawang. Harapannya dengan post kali ini sedikit sebanyak dapat membersihkan sawang2 yang ada. insyaAllah.



Sekiranya kamu bersyukur akan Ku tambah lagi (nikmat) untuk mu, dan sekiranya kamu kufur (ingatlah) siksa Ku amatlah pedih" - Surah Ibrahim Ayat 7.

وَإِذۡ تَأَذَّنَ رَبُّكُمۡ "لَٮِٕن شَڪَرۡتُمۡ لَأَزِيدَنَّكُمۡ‌ۖ وَلَٮِٕن ڪَفَرۡتُمۡ إِنَّ عَذَابِى لَشَدِيدٌ"۬ (٧)

Ada apa pada rasa syukur? mengenakah andai saya katakan syukur itu adalah bahagia, syukur itu adalah merasa puas dan cukup, syukur adalah tawadhuk, syukur adalah redha dan syukur adalah kepercayaan telus seorang hamba kepada Rabbinya?

Dalam apa jua keadaan pun, melatih sifat syukur dalam diri pasti akan mendatangkan ketenangan. Hakikat kita sebagai insan yang lemah, takkan habis untuk kita bersyukur atas segala nikmat yang telah dikurniakan; Akal yang sihat dan diberi kebolehan untuk membezakan antara hak dan batil, setiap anggota badan hinggakan ke setiap zarah yang berfungsi mengikut tujuan dan tugasnya tanpa perlu untuk kita bekerja keras, setiap nafas baru yang kita tarik dan nafas keluar yang kita hembus, keluarga, sahabat, tempat tiggal, ilmu dan segala apa yang bersama kita, pada kita saat ini semuanya dari Allah. Baik mahupun buruk siapa kita untuk tentukan? sedangkan Allah itu Maha Mengetahui.

Firman Allah SWT yang bermaksud:
"...Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui."
(Surah Al-Baqarah:216)

Kadang kita memohon supaya dikurniakan kejayaan, bila datang sedikit ujian berupa markah peperiksaan yang tak seperti kita harapkan (contoh), kita bersedih dan berasa sangat letih dengan segala penat lelah yang telah kita usahakan. Maka dalam tak sedar hati mula mempersoalkan... jiwa sedikit sebanyak memberontak.. Apapun yang kita rasakan kita harus tetap bersyukur dan sabar. Ayuh sahabat2, kita cuba bandingkan ilmu kita dengan ilmu Allah; mampukah? terbandingkah??

"Katakanlah: Sekiranya lautan menjadi tinta untuk (menulis) kalimat-kalimat Tuhanku, sungguh habislah lautan itu sebelum habis (ditulis) kalimat-kalimat Tuhanku, meskipun Kami datangkan tambahan sebanyak itu (pula)".
(al-kahfi; 109)


Dengan ilmu yang kita ada mungkin pada kita kejayaan adalah kejayaan pada peperiksaan yang sedang kita hadapi, markah yang tinggi ataupun apa2 sahaja setakat yang mampu dicapai akal lemah manusia, sedangkan Allah itu Maha Mengetahui dan Maha Mengasihi, menyediakan yang bekali2 ganda lebih baik untuk kita. Cuma ada ketikanya dihadapkan dengan sedikit ujian untuk menjadi bukti keimanan. Betapa bodohnya kita kadang mempersoalkan apa yang Allah tetapkan buat kita hanya dengan berpandukan apa yang kita tahu dan mahu. Sedang kita lupa yang mengaturnya itu adalah Allah yang Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana. Betapa kufurnya sebagai seorang hamba mempersoalkan ke mana perginya penat lelah yang telah dicurahkan, hakikatnya bukankah Allah itu Maha Adil?

“Dia-lah Allah Yang tiada Tuhan (yang berhak disembah) selain Dia, Yang Mengetahui yang ghaib dan yang nyata (Al-‘Aalimul Ghoib wa Syahaadah) , Dia-lah Yang Maha Pemurah (Ar-Rahmaan) lagi Maha Penyayang (Ar-Rahiim). Dia-lah Allah Yang tiada Tuhan (yang berhak disembah) selain Dia, Raja (Al-Maalik), Yang Mahasuci (Al-Quddus), Yang Mahasejahtera (As-Salam), Yang Mengaruniakan Keamanan (Al-Mu’min), Yang Maha Memelihara (Al-Muhaimin), Yang Mahaperkasa (Al-Azis), Yang Mahakuasa (Al-Jabbaar), Yang Memiliki Segala Keagungan (Al-Mutakabbir), Mahasuci Allah dari apa yang mereka persekutukan. Dia-lah Allah Yang Menciptakan (Al-Khaaliq), Yang Mengadakan (Al-Baari’), Yang Membentuk Rupa (Al-Mushawwir), Yang Mempunyai Nama-Nama Yang Paling Baik. Bertasbih kepadaNya apa yang ada di langit dan di bumi. Dan Dia-lah Yang Mahaperkasa lagi Mahabijaksana." ( Al-Hasyr [59] : 22-24).

“Allah (Pemberi) cahaya (kepada) langit dan bumi. Perumpamaan cahaya Allah, adalah seperti sebuah lubang yang tak tembus, yang di dalamnya ada pelita besar. Pelita itu di dalam kaca (dan) kaca itu seakan-akan bintang (yang bercahaya) seperti mutiara, yang dinyalakan dengan minyak dari pohon yang banyak berkahnya, (yaitu) pohon zaitun yang tumbuh tidak di sebelah timur (sesuatu) dan tidak pula di sebelah barat(nya), yang minyaknya (saja) hampir-hampir menerangi, walaupun tidak disentuh api. Cahaya di atas cahaya (berlapis-lapis), Allah membimbing kepada cahayaNya siapa yang Dia kehendaki, dan Allah memperbuat perumpamaan-perumpamaan bagi manusia, dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu." ( An-Nuur [24] : 35).

Syukur adalah terima kasih atas kasih sayang Allah; kerana nikmat itu bukan balasan atas kebaikan yang kita kerjakan, tetapi dari sifat Maha Pengasih dan Pemurah Allah itu sendiri. Dan setiap nafas kehidupan itu semuanya kerana nikmat dari Allah. Kerana kita tak mampu dan tak mungkin mampu melakukan kebaikan hinggakan 'mendapat balasan' segala apa yang kita kini miliki, pernah miliki dan akan miliki...


Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah...

wallahu taala a'lam