Saturday, December 31, 2011

memilih untuk melihat

bismillahirrahmanirrahim

Ya Allah,
pemilik cahaya langit dan bumi,
aku sentiasa mendambakan cahaya-MU.
moga dengannya, aku dapat melihat rahmat-MU di sebalik dinding batu.

amin ya Rab

Teringat pula saat huru hara Mesir, saat pelajar-pelajar semua perlu pulang Malaysia. 7kilo. Hanya 7kilo sahaja berat beg yang dibenarkan bawa pulang, dengar kata. Ramai yang mengeluh, ramai juga yang tension, berani saya kata tiada langsung yang bahagia.

Hampir rosak mungkin penimbang di tingkat lima asrama MARA. Beratur panjang ingin menimbang. Kalau boleh memang mahu 7kilo tidak kurang. Bagi yang 8,9 kilo berdoa-doa moga di'halal'kan sahaja 1,2 kilo yang terlebih. Entah mengapa terlalu 'skema'. Mungkin salah satu alasan, takut terpaksa ditinggalkan barang yang menyebabkan terlebih kilo di airport. Itu salah satu khabar angin yang tersebar.

Menge'pack' beg 7kilo seolah lebih lama dari yang 35kilo. Apa yang perlu dibawa, apa yang tidak. Apa yang penting, apa yang tidak. Sudahnya 2,3 kali barang yang sama keluar masuk beg. Susah betul bila semua penting dan semua perlu. Entah cukup atau tidak buat bekalan sepanjang di Jeddah hingga pulang Malaysia.

Kisah yang sudah lewat berlalu ini, hingga kini membuatkan diri terfikir-fikir...

Kita semua sedang mem'packing' sebenarnya
Kerana kita semua akan dievakuasi
Ada yang ber'packing' bersungguh-sungguh
Ada ber'packing' ala-ala kadar
Ada yang lupa tentang evakuasi dan lupa untuk ber'packing'
leka bergembira pada bumi yang sedang merekah, bakal punah..
malah ada yang berani mencabar kecelakaan yang bakal menimpa, nau'dzubillah

Ada juga yang buat tak endah,
tak tahu,
tak kesah,
walau peringatan datang menempias menempias
tetapi..
hakikatnya pada siapa yang tak diendahkan, tidak dikesahkan
bukankah pada diri sendiri?
kubur lain-lain bukan?

Maha Suci Allah,
tiada had langsung dalam mencari bekalan ke akhirat kelak.
Antara mahu tak mahu.

Maha suci Allah,
siap ada guideline lagi bekalan mana yang penting dan dijamin berpanjangan.
dan yang mana harus sama-sekali akan dan perlu ditinggalkan
Antara tahu tak tahu.

Maha suci Allah,
bekalan yang salah yang akan jadi berat,
yang betul bahkan meringankan.

.....

bukankah
hikmah dari Allah itu berganda-ganda dan merata-rata
bahkan takkan mampu disingkap semua

Subhanallah
Subhanallah
Subhanallah
walhamdulillah...

Wahai Allah,
limpahan kasih-MU sentiasa mengalir pada setiap saat teapi aku menyedari,
aku selalu lupa mengucap terima kasih kepada-MU.
Aku khuatir sekiranya Engkau marah kepadaku, namun ternyata
sehingga kini limpahan kasih-MU tidak pernah terhenti
sehingga aku berasa malu kepada-MU.

..........

Tidak janggal, malah biasa, bukankah manusia itu mudah lupa.. dan kerana itu sebenarnya manusia juga buta. Melihat tidak semestinya tidak terhalang penglihatan. Bukankah deria itu dari Allah. Maka Allah juga yang mengawalnya. Bukan bergantung pada lensa semata. Mungkin kerana itu wujud istilah-istilah 'melihat dengan hati' 'melihat dengan iman'. Mungkin kerana definisi melihat itu sangat luas.

Mungkin kerana itu juga sentiasa muhasabah dan mentadabbur alam itu penting. Manusia perlu berusaha untuk melihat. Yang ternyata itu semua nampak. Yang tersembunyi itu hanya untuk yang mencari.

Yang menciptakan tujuh langit berlapis-lapis. Tidak akan kamu lihat sesuatu yang tidak seimbang pada ciptaan Tuhan yang Maha Pengasih. Maka lihatlah sekali lagi, adakah kamu lihat sesuatu yang cacat ? Kemudian, ulangi pandangan(mu), sekali lagi (dan) sekali lagi, nescaya pandanganmu akan kembali kepada-mu tanpa menemukan cacat dan ia (pandanganmu) dalam keadaan letih. ( al-Mulk: 3-4 )


Maka jadilah istimewa kerana melihat yang tidak semua orang nampak. Jadilah istimewa di sisi Allah kerana berusaha. Jadilah istimewa kerana istiqamah bermuhasabah dan mentadabbur alam. Bukan hanya di waktu sempit dan susah sahaja, malah di waktu lapang dan bahagia juga. Kerana bukankah hikmah Allah itu dimana-mana dan bila-bila?. Subnahallah. Jadilah istimewa kerana merasai kasih sayang Allah itu.

dan moga kita dikurniakan keikhlasan dalam melihat kerana Allah semata, dan dikurniakan petunjuk serta hidayah dari Allah sepanjang berusaha, serta dilindungi dari syaitan yang dilaknat dan dikeji... amin ya Rab

astaghfirullahal'azim

wallahua'lam