ada kisah yang mahu dikongsi..
hari ini terasa seperti mahu mencari buku baru.. sedang buku lama pun masih belum habis baca.. suka benar melonggok buku.. mungkin longgokan buku itu ada auranya..
tak susah untuk mencari buku baru. tak perlu beli.. rak-rak buku ayah yang tersusun dengan buku-buku sejak sebelum lahirnya saya hingga yang terkini tersedia. beruntung punya ayah yang suka membaca. :)
menelek-nelek.. lama juga..
terjumpa buku '20 KESILAPAN ANAK'.. Merah membara tulisannya.. lebih 100 muka..
tersenyum sendiri.. sedikit kelat mungkin.. membelek aja muka depannya terpampang tulisan;
Ya Allah Ya Tuhan, kami minta kepadaMU petunjuk, sifat taqwa, keluhuran budi pekerti dan kekayaan. Amin! Amin
22-1-1999
Hadiah daripada Tokyang utk cincinda Nusaibah
dengan dakwat pen biru kekuningan bercampur latar yang dulunya putih
terkejut kecil.. setelah 11 tahun baru saya tahu rupanya tokyang yang hadiahkan.. hati menjadi sedikit pedih kerana rasa bersalah..
nampak sangat tak pernah baca kan?...
Ayah yang bagi buku ni, hadiah katanya.. lalu sangka saya ia hadiah daripada ayah..
senyum kelat lagi.. kenapa tak pernah baca nusaibah?
keluh kecil.. dulu buku ini amat menakutkan.. dengan tajuk merah membaranya cukup untuk membuat diri tidak mahu membaca.. takut, takut andai semua isi buku itu berkisar mengenai saya..
budak kecil (kecillah sangat~), biasalah, bila takut lari.. tiada istilah 'atasi ketakutan' ni..
akhirnya buku ini telah dilupakan.. 10 tahun.. hilang disebalik buku-buku tebal ayah..
takdirnya hari ini.. saya dan buku ini bertemu lagi..
kandungan buku 20 KESILAPAN ANAK;
1. Berbicara dengan kata-kata yang kasar
2. Mengalihkan pandangan
3. Ketika duduk mendahului ibubapa
4. Mengherdik ibubapa
5. Bercekak pinggang di depan ibubapa
6. Membelakangi ibubapa
7. Merendahkan atau menghina ibubapa
8. Memaki ibubapa
9. Mengingkari nasab
10. Mengubah wasiat ibubapa
11. Mengabaikan keperluan ibubapa
12. Mengambil harta ibubapa tanpa hak
13. Menghina agama ibubapa
14. Enggan mengurus ibubapa yang uzur
15. Melawan perintah ibubapa
16. Pergi berjihad tanpa izin ibubapa
17. Dendam terhadap ibubapa
18. Memasuki bilik tidur ibubapa pada tiga waktu terlarang tanpa izin
19. Membiarkan ibubapa menjadi hamba
20. Membunuh ibubapa
belum terlambat kan untuk saya tunaikan tanggungjawab membaca buku ini?
setelah 11 tahun pun.. saya masih seorang anak dan selamanya seorang anak..
moga kita semua mampu menjadi anak yang soleh solehah buat ibubapa kita..
amin ya Rab