Thursday, May 28, 2009

Cinta Luar Biasa

Cinta luar biasa..
Cinta seorang Kekasih kepada umatnya..
Hingga pada hembusan nafasnya yang terakhir..
Lidah Rasulullah menuturkan tanpa henti..
"Ummati.. ummati.. ummati.."

Cinta luar biasa..
Kisah cinta Handzalah..
Meninggalkan isteri di malam pernikahan..
Lantaran menyahut seruan jihad..
Akhirnya syahid di medan perjuangan..

Cinta luar biasa..
Seteguh kasih Khadijah..
Tak pernah jemu memberikan sokongan..
Rela mengorbankan segala kemewahan..
Di saat Rasulullah dan Islam dipinggirkan. .

Cinta luar biasa..
Kisah kesetiaan Abu Bakar..
Kasih seorang sahabat yg tiada tandingan..
Insan yang sentiasa membenarkan. .
Sewaktu kata-kata Rasulullah dipersendakan. .

Cinta luar biasa..
Kisah ketabahan Hajar..
Ditinggalkan di tanah yang gersang bersama Ismail..
Bukti kasih seorang ibu yg berlarian mencari air..
Tatkala mendengar tangisan si anak kecil..

Cinta luar biasa..
Umpama keberanian Ali..
Di malam penghijrahan Nabi..
Menggantikan Rasulullah di tempat tidurnya..
Walaupun jiwa menjadi taruhan..

Cinta luar biasa..
Cinta Asiah, Masyitah dan Sumaiyyah..
Menggadaikan nyawa demi mempertahankan aqidah..
Iman di dada tak sedikit pun goyah..
Kerana keyakinan yang teguh atas segala janjiNya..

Kisah cinta luar biasa..
Insan pilihan yg berada di atas jalanNya..
Betapa tulusnya kasih, teguhnya jiwa..
Redha dan sabar menempuh segala ujian..
Merekalah insan yg memahami erti kemanisan iman..

Mampukah diri ini meraih cinta luar biasa..??


pesanan penaja~~entry ini di copy paste~~(^^,)

sme2 muhasabah
insyaAllah

wallahua'lam

Wednesday, May 6, 2009

~~Maafkan~~

bismillahirrahmanirrahim...

dengan namaMU ya Allah
yang membolak balikkan hati
tetapkanlah hati lemah kami
atas satu-satunya jalan yang KAU redhai..

ya Allah
berkati jalan pilihanku ini
berkati setiap baris bait kata hati
amin ya rab

salah dia
tiada siapa yang dia salahkan melainkan dia
lalu putus hati atas tegar rasa diri
dia harus mengundur pergi
bukan kerana tak sudi jauh sekali kerana benci

dia sedar
tidak dia sekembang sewangi
namun
menawar pancing buat musuh laknat
disabit mengubah fitrah jadi fitnah
lemah ditangisi
dan masih sentiasa sungguh dia sedar
tidak dia semekar sewangi

dia bukan batu tanpa hati
dia bukan kera sumbang tak perlu teman
dialah insan sebiasa punya perasaan
simpan,jaga
bukan untuk yang salah bukan jua belum
biar jadi istimewa

dia diuji
begitu jua si dia
mujahadah yang masih panjang
boleh putus di tengah jalan
andai bukan di dunia fana
di akhirat kan berkekalan

diuji dengan sabar redha dan yakin
pada qada' qadar tertulis
dia berserah, pasrah
kerana kehendak tertinggi bukan pada cinta hamba
cinta Agung Tuhan Maha Pencipta yang didamba
hidup para srikandi yang dicari
mati merinduiNYA yang dinanti

dia tahu si dia memahami
kerana dia yakin arah tuju cita-cita sama
ayuh tinggalkan yang fana
kejar yang abadi
yang fana kan terpelihara andai selari

lupakan dia, nyahkan dia...
maafkan dia...


"serahkan cintamu pada Allah, nescaya di temukn pemilik terbaik. andai gerangan nya bukan di sini, janjinya pasti di negeri abadi..."


* ade sorg akh kt sini, die buat cerpen..
* pasal sorg ikhwan ngan akhowat ni, dah saling berta'aruf..
* ikut jln yg syaro' InsyaAllah, melalui org tgh..
* tp akhowat ni,iman die agk mantap.
* die merasakn diri die fitnah bg laki tu, sbb laki tu asik tingat kt die wlpn dorg tgh berta'aruf..
* jd die putuskn hubungan dan ckp, jgn cari die lg..
* akhwt tu ckp, andai ada jodoh,pasti dorg bsama jgk tp jgn tunggu die..
* si ikhwan ni jd separuh gila laa jgk..
* yela, sape xnk berzaujah kn srikandi pejuang islam,kn..
* ktegasn akhwt tu nk prtahankn iman ikhwan yg die jgk suke sebenarnya, sampai akhwt tu trima pingangan ikhwan lain yg lgsg die x knal..
* waktu dorg baru ja akad nikah,tgh kenduri, ikhwan yg kawin ngan srikandi tu jumpa ngan ikhwan yg suke kt srikandi tu..
* die suh amik srikandi tu jd isteri sbb die hidup x lama..
* lepas tu, ikhwan tu terus jatuh n meninggal..
* akhirnya, kahwin laa srikandi tu dengan mujahid yg penah bertakhta di hati die...
* lihat betapa allah menguji cinta org2 yg berkasih keanaNya
* Allah bg jgk, bkn x bg tp demi mengingkatkn darjat dan menguji tahap keimanan hambanya sama ada, menjadi Adbillah atau hamba cinta, Dia menguji mereka terlebih dahulu..


wamakaru wamakarallah wallahukhairul makirin

wallahua'lam